Tuesday, June 5

Hidup ini satu perjalanan @ perjudian??

Adalah sangat susah hidup ini, bila kita terpaksa puaskan hati semua pihak.. Kadang-kadang kita tak dapat buat semua tu...

Diluah mati emak, ditelan mati bapak...

Mereka-mereka ni tahu tak? mengerti atau tidak? Apa yang mereka cuba lakukan ni sebenarnya telah membuatkan seseorang hidup dengan penuh stress..

Adakah mereka rasa, sebab mereka pernah melaluinya..maka, mereka lebih berkuasa...Berkuasa untuk menetukan apa yang perlu atau apa yang tidak??

Mereka terfikir atau tidak..sebenarnya, mereka hanya perlu memberi pendapat secara umum..tidak perlu memberi kan jawapan samada perlu atau tidak..

Adakah mereka-mereka ini akan bertanggung jawab atas semua keputusan yang mereka tolong putuskan ini??

Mereka ini sedar atau tidak yang mereka juga pernah membuat keputusan ini untuk diri mereka sendiri, tanpa ada paksaan dari sesiapa.. Jadi, kenapa mereka perlu memaksa orang lain untuk turut dengan keputusan mereka??

Adakah kerana mereka merasakan mereka gagal dalam membuat keputusan mereka dulu, maka orang lain perlu meresa beban itu??

Arghhh... adalah sangat kejam jika kita terpaksa membuat keputusan hanya untuk memuaskan hati semua pihak, dan membiarkan kita menaggung derita itu...

Atau... adakah kita tega membuat keputusan dan menghancurkan hati semua pihak...asalkan kita bahagia..bahagia dengan keputusan kita...

--semua ini hanya perjudian, kenapa perlu dipanjangkan??--
--perjudian untuk meneruskan hidup--
--hidup yang telah Allah ciptakan untuk umatnya--
--kita perlu merasa sakit, agar kita mengerti rasa kesakitan itu--

~~ l i f e m u s t g o o n~~


No comments:

Post a Comment

drop your comment here my dear :)