Monday, March 30

Budak terlebih rajin


Ok

Sila abaikan rumah yang bersepah tu. Maafkan saya. Saya hanya akan kemas rumah weekend ONLY. Hari lain, maaf yer. Closed day. hahahhaha.

Sampai rumah paling cepat pukul 9. Bila mana pulak nak kemas. Ingat nak baring jer time ni. Mandi pun berjemaah dengan abeed. Basuh baju, angkat baju. Settle esok punya barang. Zasssss. Baring depan TV. Main dengan abeed. 

Last week, sampai rumah jer abeed terus tido. Tak dan nak main. Kesian abeed. Dapat jumpa mama kejap jer. Banyak masa habis kat rumah baby sitter. Huhuuuu.. Ni mama tau, mama... Dulu abeed duduk dalam perut mama. Hari-hari ikut mama pi kerja. Hari-hari kita borak dalam kereta masa mama nak pergi & balik kerja. Kita nyanyi sama-sama. Kita nangis sama-sama ( i tak suka jem, kang i nagis ).

Now, abeed jarang jumpa mama. Sedeyyyyyyy.

Sebab tu kalau boleh weekend tu, nak buat kerja time abeed tidur jer. Time lain nak main jer dengan abeed. 

Maka terciptalah gambar di atas.

Kita kemas sama-sama jer la abeed. Abeed main, mama kemas. Sama-sama...... Yup, memang la lambat nak siap. Boleh jadi berejam. Time vacuum abeed pun suka. Dia yang sibuk memvacuum. Masak memang kena tunggu abeed tidur. Sebab dia suka sangat main kat dapur.

BAHAYA.

Tapi tu la kan.... kang kalau lambat masak, ayarkkkkk... tak kan nak suh daddy tunggu pulak kan. Daddy balik jer terus nak makan. Huhuuuu..

Maka still kena lincah-lincah. Sambil-sambil. Petang sabtu main lagi dengan abeed.
Huhuhuhuuhu.

Abeed dah besar now. Terasa sangat dia dah besar. Dah boleh cakap sikit-sikit.
CAR, BUS, MEOWWW - x nak dia sebut cat okeeee...
KAK, D, Maa.

Kalau mandi tu, abeed nak shishi? - pandai dia terus shishi.....
hehehehe....

Nak mandi pandai dah amik towel. Mesti amik towel mama sekali, walaupun mama dah mandi. Tak kasi amik terus marah......
HUHUUUU.

Paling rajin berus toilet. 

hahhahahah.

Kalau suruh amik TOTO, laju jer masuk bilik. Konon nak tarik. Boleh la dia tarik. Kuat jugak budak tecik ni.

Membesar dengan sihat yer Abeed Qushayyi.

Mama doakan abeed berjaya dunia & akhirat. Jadi anak yang soleh.


No comments:

Post a Comment

drop your comment here my dear :)