Perasan tak kadang-kadang dalam hidup ni kita akan jumpa dengan sesuatu atau seseorang yang kita tak sangka. Tak sangka dalam hidup ni kita akan jumpa dengan perkara macam ni. Tak sangka kita akan jumpa dengan manusia macam ni...
Ada orang yang sangat tak menjaga perasaan orang lain. Dia hanya fikir diri dia dan apa yang dia fikir betul sahaja. Kekadang terfikir jugak. Manusia macam ni, samada otak dia tak berkembang atau dia sebenarnya saja nak sempitkan pemikiran dia??
Atau cara pemikiran dia pada waktu tu adalah bukan diri dia. Jadi kita boleh anggap ketika itu dia diluar kewarasan. Boleh macam tu? Mungkin dia terlalu ikut kata hati. Tapi kita pernah dengar kan kata-kata 'ikut hati mati'... Jadi kita sememangnya tidak disarankan untuk mengikut kata hati. Sebab kata hati tu mungkin dipengaruhi dengan kata hasutan syaitan atau manusia yang bertopengka syaitan.
Atau sebenarnya orang macam ni tak cukup ajaran atau didikan? Entah. Sebenarnya sangat sukar untuk mengenali seseorang itu. Bila kita rasa kita dah cukup kenal. Sebenarnya banyak lagi yang kita tak tau. Bila kita rasa kita tak kenal. Tapi dia lagi banyak kenal kita.
Manusia boleh berubah-ubah?? Berubahkah manusia?? Atau apa sebenarnya yang berubah??
No comments:
Post a Comment
drop your comment here my dear :)