...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Monday, July 8

ketam masak kari

*** ampun maaf dipinta kerana tiada gambar***
tapi percayalah sedap hingga menjilat jari..... makan with tempe goreng & nasi panas....nyummmmmm

1.5kg ketam - size comel jer - makan berdua :)
seulas bawang besar
4 ulas bawang putih
15 biji cili padi
2 batang cili merah
sedikit halia
sedikit kunyit
2 batang serai
1/2 kotak kecil santan
serbuk kari
asam jawa
garam
serbuk perasa

cara-cara memasak

1) tumbuk semua bahan diatas.
2) Tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk. Serai tu titik jer.
3) Sampai naik bau. Masukkan sebuk kari, laju-laju curah sedikit air. ( Jangan sampai hangus yer ).
4) Masukkan ketam. Tambah sedikit air. Masukkan air asam. Garam n serbuk perasa.
5) Tutup periuk / kuali. Pastikan ketam & bahan-bahan tadi merasap antara satu sama lain. :)
6) Masukkan santan.
7) Biarkan seketika.
8) Siap untuk dihidang.


Suami hani memang suka makan ketam. So, inilah resepi ketam yang hani belajar & suami suka.

:)

No comments:

Post a Comment

drop your comment here my dear :)