Abeed now dah kuat membebel. Bila kena tinggal sorang-sorang maka membebel la dia carik orang tuk ajak main. huhuhuh...
Ok. Masa mengandung dulu. Hani just beli fiffy punya pump ( manual ). Now ada duk dalam kotak kat umah jadi perhiasan. ( nasib baik murah, kalau mahal gigih gak nak jual balik )... konon beli buat ada-ada. Yer la ada orang duk cakap, nanti susu tak keluar la, apa la... Tapi kan semua tuk kita kena usaha tau. Mesti yakin then baru sus tu keluar. Yakin, doa, usaha.
Hani notice hari ke 3 baru susu keluar. Abeed nagis jer hani sumbat puting ( nipple ) . Tapi memang susu tak keluar. Bila hani dah kena urut dengan bidan. Baru terasa susu tu mencurah-curah keluar. Alhamdulillah. Susu tak da la banyak giler-giler sampai kena beli deep freezer tuk buat stok. Tapi untuk setakat ari ni cukup la untuk abeed dengan stok tambahan dalam 70- 80oz....
Masa dalam 1 minggu lepas bersalin tu hani try la pump pakai fiffy tu.. Penat ok... tak daya tangan ni nak mengepam..hohohoho.... dapat la sikit..sebab malas nak pump...
Maka terus gegas2 carik electric pump yang murah and mampu berkhidmat dengan baik....terus riki-riki kat kawan and adik ipar. Dorang pun kasi link yang cun-cun..
Nak beli pump memang kena riki yer. Sebab setiap online shop tu akan ada sales timing yang berbeza. Kalau nasib kita baik dapat la carik barang yang sama dengan harga yang murah. Yipiiiiii...
carik punya carik, punya riki punya carik...makaaaaaa BELI KAT SINI huhuhu... murah masa hani beli ni... Harga kat kotak around RM 4++. tapi hani just bayar rm299. heeeeee...jimat tak???
Review hani tuk medela mini electric ni. Hani rasa ni la yang paling sesuai untuk hani. Sebab opis hani ada surau ( asing lelaki n perempuan ) . Jadi bila-bila masa boleh pumo. Dalam 15-20 minit siap la hani pump. Saper2 yang masa kurang tu kena beli double pump kot. other accessories tuk BF ni hani dah beli awal-awal kat tempat lain. Nanti ada masa I info yer.... Pump ni kecik molek jer. Boleh jer sumbat dalam beg. Hani lagi best..tinggal jer kat opis..hahahhaha...Sebab hani pump time working day yer. I kan malas. sekian :)
No comments:
Post a Comment
drop your comment here my dear :)