Hari ni hani ambil half day - morning - sebab nak bukak buku rekod kesihatan ibu. Pukul 7.30 sampai klinik kesihatan tmn seri orkid. Tapiiii, mak aiii ramai giler manusia.... pehhhhh ( tarik nafas kejap, then hembus ).
Ok, memula dengan agak blur... This is my first time tau datang klinik ni. Nasib baik pagi tadi tak sesat. Tima kasih en google maps. Terus pi kaunter pendaftran amik no.. NO 0057... Kena pergi bilik no 5. Then tunggu...
Bilik No 5....... Nurse panggil and dorang tanya la macam-macam soalan coz dorang nak fill up buku merah kita 2.. akan ada 2 buku. satu copy kita. satu lagi klinik simpan... Bila hari pertama untuk period terakhir. Bila nikah ( kena bawa surat nikah yer ) . Hani kena bawa jugak bill electric & water bill. Lepas tu kena bayar RM 4.00 untuk cover buku and bekas untuk buat urine test. ( biasanya ibu menagandung akan check kencing kotor or tidak tetiap bulan ).
Then hantar buku kat kaunter pendaftaran balik. Tunggu kat ruangan tengah. Sambil tu buat sendiri ujian air kencing, lepas tu mintak tester kat nurse. Nanti dia terus cakap ' bersih, ok'... Lepas tu boleh cuci bekas and simpan bekas untuk next check up. Bila nurse panggil dorang terus check blood pressure, amik berat. Yang ni selalu timbang sendiri. Since , this is my fisrt time. Hani tak reti guna timbang tu... Ala, yang kena estimate sendiri then jalankan pemberat tu.... Giler classic, tapi alat tu dah modern la...
Lepas tu kena pi bilik 7.. Ambil darah.. HIV TEST.. darah pulak di bahagikan 3.. satu botol dia kasi hani untuk di bawa ke makmal kat bilik 8. Lepas darah ok. Tunggu pulak kat bilik 8. Result keluar tapi hani tak paham. Tapi dia kata ok.
Now tunggu kat bilik no 3 pulak. Kat sini kena buka bra semua.. Dia buat breast cancer test. Dia suruh buat tetiap bulan even kita preggy. Buat sendiri kat rumah. Then nurse check perut. Picit sana. Picit sini. Tekan sana, tekan sini... Lepas siap baru borak2 ngan misi.... Dia tanya hani da makan apa-apa ubat tak. Then hani tunjuk la iberet folic yang hani nak makan tu. Dia kata ok and boleh makan. Just make sure 4 jam sebelum / selepas makan ubat jangan minum segala jenis susu. Nanti dia serap semua zat besi kat ubat tu. Yang lain-lain ok. So, nurse tak kasi hani apa-apa pill pun. Dia suruh jer continue apa yang hani ada sebab dia kata itu lagi bagus dari apa yang dia ada. Hopefully baby akan dapat semua zat dari pill yang hani makan.
So, next check up 7.02.2013... Ada sebulan lebih lagi... Nanti hani story lagi ok...
p/s - saya tak suka makan nasi now. Cam kembang jer tekak. So, hani akan ganti dengan gandum. Kena makan roti lebih sikit now. :) .
- tadi saya dah berjaya shopping!!!! hip hip horeyyyyyyyyyyyyy... Sorang diri tapi seronokkk sangat.
No comments:
Post a Comment
drop your comment here my dear :)