...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Monday, December 31

2012 - 2013

Esok, akan muncul 2013. Apa yang terjadi dalam 2012? Apa yang kita dapat sepanjang setahun ni? Adakah yang baik-baik belaka? Yang buruk-buruk belaka? Yang pasti apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya....

Untuk hani banyak cerita suka duka yang terjadi sepanjang 2012. Yang hani pasti apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Allah hanya akan menduga pada mereka yang mampu. Cara kita mengatasi segala yang datang itu yang membezakan antara kita.

Mungkin ada yang fikir secara positif, tapi akan ada juga yang berfikir secara negatif.  Yang penting kita kena teruskan hidup kita dengan gembira dan positif. Buat yang terbaik untuk diri sendiri. Setiap masalah bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Semoga kita semua sentiasa kuat dan tabah dalam melalui liku-liku kehidupan yang sangat sukar untuk diduga.

Bagi hani 2012 banyak membawa perubahan besar untuk diri hani dan keluarga.

Tahun 2012 kami dapat beraya dengan anugerah agung dari Allah, Nurul Hana Insyirah Binti Mohd Hanfie. Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya ada juga tangisan bayi perempuan dalam keluarga kami. Terima kasih Allah untuk rezeki yang sebesar ini.

Tahun 2012 juga hani menukar status dari anak dara kesayangan mak & ayah kepada isteri Fairuz Muhammad Aris. Doakan masjid yang kami bina kekal & bahagia hingga hujung nyawa. Amin.

Tahun 2012 juga hani dapat sepupu perempuan!!! Its been 16 years ok. Kami sangat menantikan kedatangan / kelahiran sepupu perempuan. Alhamdulillah now kami jadi 4 orang. Kalau ada rezeki boleh dapat lagi sepupu perempuan. Amin.

Tahun 2012 juga hani tukar status lagi.... Tukar jadi mommies to be. Melalui pengalaman sebagai ibu mengandung. Merasai apa yang mak rasa selama mengandungkan hani. Untuk 10 minggu ni. Hani tak da alami alahan yang teruk. Baru sekali jer muntah. Mungkin sebab demam. Harap-harap itu muntah yang terakhir utuk kandungan kali ni..ngeeeeee.... Yang lain-lain normal, cuma letih-letih biasa jer..

Itulah perubahan besar dalam hidup hani. Hani percaya lain orang lain pula ceriteranya. Kita simpan segala yang pahit. Kita nikmati segala yang indah. Semoga 2013 lebih bermakna untuk hani dan keluarga. We are planning for family trip after budak-budak habis exam . 2013 ada 4 orang akan melalui exam besar. Kimi & afiq akan ambil UPSR. Ekal & Chacha akan ambil SPM. Moga-moga akan terjadi memori yang indah tuk budak-budak ni.

Tahun 2013 jugak sara akan menjadi seorang pelajar & kakak. Harap-harap sara akan membesar dengan cukup sempurna. Belajar hidup dengan sempurna. Semoga daddy & mama punya kekuatan utuk membesarkan kalian ( untuk baby sekali ).

Selamat tinggal 2012. Selamat datang 2013.
Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup kami. Berkatilah & rahmatilah kehidupan kami sekeluarga.

Amin Amin Amin.

:)

Sunday, December 30

urutan untuk bayi anda :)

http://www.facebook.com/HalalBirdsNEST

Cara urutan bayi.... credit to halalbirdsnest...

All momies and mummy to be .... mari kita belajar cara urutan bayi... Mak hani selalu buat urutan kat kami adik beradik. Mak cakap urutan ni akan menambahkan kasih sayang antara ibu dan anak. Dengan cara usapan atau urutan ini bayi anda akan rasa selamat dan disayangi. Mak ada cakap jugak urutan ni mampu merangsang bayi kita. Jadi ia sangatlah bagus untuk diamalkan. Semoga yang baik dan yang indah-indah untuk baby ok... :)



Selamat mencuba!!

CARA URUTAN BAYI

Teknik urutan bayi adalah pelbagai. Anda boleh menggunakan mana-mana cara yang anda fikirkan sesuai, asalkan bayi suka dan selesa. Berikut adalah antara teknik yang boleh anda gunakan...

Muka

Urutan muka dimulai dengan mengusap wajah bayi ke arah kiri dan kanan dengan kedua tapak tangan.
Selepas itu tekan lembut di tengah dahi, dan buat gerakan ke samping kiri dan kanan.
Buat lingkaran-lingkaran kecil di pelipis, juga ke kawasan pipi di bawah mata.
Kedua ibu jari mengurut alis dari tengah ke tepi kiri dan kanan.
Contoh teknik lain mengurut wajah bayi:
Bedakkan pada hidung. Hidung bayi "dicolek" bedak dengan jari telunjuk ibu.
'Seterika' dahi dengan tapak tangan.
Cincin mata - buat lingkaran di sekeliling mata dengan hujung jari.
Lingkaran di pipi - buat lingkaran di pipi mula-mula besar kemudian makin kecil.
Gerakan mencubit-cubit kulit pipi.
Menempelkan telapak tangan di pipi lalu digoyang-goyangkan.
Gerakan bersiul - usahakan agar mulut bayi dimuncungkan.
Selain untuk mengurut wajah, teknik urut ini juga boleh dilakukan untuk bahagian lain badan.

Dada

Dada dipicit dengan telapak tangan membuat gerakan dari tengah dada ke samping.
Atau, gerakan membentuk gambar jantung dengan meletakkan hujung jari ibu pada ulu hati.
Cara lain, gerakan seperti membuat gambar jantung kecil di sekitar puting bayi.
Tangan dan Lengan

Urut tangan dimulai dari atas lengan bayi, tangan kanan dan kiri anda bergerak seperti memerah susu. Atau, kedua tangan melakukan gerakan memeras, memicit, dan memutar secara lembut pada lengan bayi.
Untuk telapak tangan bayi, gunakan kedua ibu jari anda, buat lingkaran-lingkaran kecil. Sementara keempat jari anda memijat bahagian belakang tangan bayi.
Jari bayi dipicit satu persatu ke arah hujung jari dengan gerakan memutar. Gerakan ini diakhiri dengan tarikan lembut pada tiap ujung jari.
Lengan bayi dipicit dengan gerakan menggulung dari kedua telapak tangan anda. Kemudian kedua lengan bayi dirapatkan ke badannya dan diusap lembut.


Kaki

Urut kaki dengan cara memegang pangkal paha bayi, lalu tangan digerakkan ke arah pergelangan kaki seperti memerah susu. atau, dua tangan bergerak bersamaan, dari pangkal paha dengan gerakan memeras, memicit, dan memutar kaki bayi secara lembut.
Telapak kaki diurut dengan kedua ibu jari. atau, buat lingkaran-lingkaran kecil pada telapak kaki.
Jari kaki dipicit satu persatu dengan gerakan memutar menjauhi telapak kaki, dan diakhiri dengan tarikan lembut pada setiap hujung jari. Bengkokkan juga setiap jari kaki bayi dan luruskan semula.
Betis diurut dengan kedua ibu jari.
Seterusnya kedua tangan membuat gerakan menggulung ke arah pergelangan kaki. Akhirnya, kedua kaki bayi dirapatkan, dan dengan halus kedua kaki bayi diusap dari atas ke bawah.

Perut

Untuk mengurut perut, lakukan gerakan pada perut bayi seperti mengayuh basikal, dari atas ke bawah, dengan telapak tangan kanan dan kiri secara bergantian.
Seterusnya, gerakan membengkokkan kedua lutut bayi secara lembut hingga menekan ke perut bayi.

Thursday, December 27

holiday

Last 2 weeks.... kami pi bercuti ker air papan mersing.. Jauh tak??? jauhhhh sangat kan. Ngeeeee. Tu je masa yang sempat untuk di curi untuk kami bergathering together-gether... Tak pa , kat mana-mana pun tak kisah. Janji dapat lepak together.

Memasing dari tempat memasing. And janji jumpa kat kilang ayang pukul 12. As usual, ayah dah tunggu dulu. Hani samapi dulu. Mak and adik-adik paling lambat. Dalam pukul 2 lebih kitorang pun sampai air papan. Kami stay kat air papan beach resort. Hani amik rumah seri melati. Ada satu katil king and satu katil queen. Kira ada bilik lain la. Jadi luas. Siap makan secara berjamaah lagi tegah hari tu. Mak dah masak bekalan untuk hari muka. Mak masak ikan bakar dengan sambal cicah. Sayur goreng. Terbaekkkk. Makan bertambah-tambah.

Lepas makan rehat-rehat dulu dalam bilik. Kang hitam rentung kang kalau terus main laut. Panas ok. T i hitam... cannottttt... Dalam pukul 5 kot baru kitorang keluar bilik. Tengok laut. Kasi insyirah jejak kan kaki dia kat laut. Heeeeee.. sweet jer. tertenjet-tenjet kaki minah tu...


Nampak tak kaki syirah? comel jer kan. Dah la kaki kecik. Ngeeeee.... Boys pulak... maklumlah family terlebih anggota lelaki. Dorang main bole sepak tepi pantai gitew. Memasing tunjuk kehebatan memasing... haaaaa. Samapi jatuh-jatuh ayahanda den. Kejar bola punya pasal..

Then lepas penat-penat main bola kita mandi kat swimming pool pulak. Tak mandi laut ok.. t gelap. Padahal dah memang gelap.. wakkakkakakaaaaaa.... Lepas mandi kasi chance la kat pegantin yang tak berapa nak baru tu pi berchenta.....

Haaaaa, kami berdua ( ayat skema ) pun berjalan beriringan di tepian pantai. Sambil melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Ngeeeeeeee... Siyes canttik sangat awan. Laut, Hutan. hani memang suka laut dari dulu lagi.






Wednesday, December 26

buka buku merah

Hari ni hani ambil half day - morning - sebab nak bukak buku rekod kesihatan ibu. Pukul 7.30 sampai klinik kesihatan tmn seri orkid. Tapiiii, mak aiii ramai giler manusia.... pehhhhh ( tarik nafas kejap, then hembus ).

Ok, memula dengan agak blur... This is my first time tau datang klinik ni. Nasib baik pagi tadi tak sesat. Tima kasih en google maps. Terus pi kaunter pendaftran amik no.. NO 0057... Kena pergi bilik no 5. Then tunggu...

Bilik No 5.......   Nurse panggil and dorang tanya la macam-macam soalan coz dorang nak fill up buku merah kita 2.. akan ada 2 buku. satu copy kita. satu lagi klinik simpan... Bila hari pertama untuk period terakhir. Bila nikah ( kena bawa surat nikah yer ) . Hani kena bawa jugak bill electric & water bill. Lepas tu kena bayar RM 4.00 untuk cover buku and bekas untuk buat urine test. ( biasanya ibu menagandung akan check kencing kotor or tidak tetiap bulan ).

Then hantar buku kat kaunter pendaftaran balik. Tunggu kat ruangan tengah. Sambil tu buat sendiri ujian air kencing, lepas tu mintak tester kat nurse. Nanti dia terus cakap ' bersih, ok'... Lepas tu boleh cuci bekas and simpan bekas untuk next check up. Bila nurse panggil dorang terus check blood pressure, amik berat. Yang ni selalu timbang sendiri. Since , this is my fisrt time. Hani tak reti guna timbang tu... Ala, yang kena estimate sendiri then jalankan pemberat tu.... Giler classic, tapi alat tu dah modern la...

Lepas tu kena pi bilik 7.. Ambil darah.. HIV TEST.. darah pulak di bahagikan 3.. satu botol dia kasi hani untuk di bawa ke makmal kat bilik 8. Lepas darah ok. Tunggu pulak kat bilik 8. Result keluar tapi hani tak paham. Tapi dia kata ok.

Now tunggu kat bilik no 3 pulak. Kat sini kena buka bra semua.. Dia buat breast cancer test. Dia suruh buat tetiap bulan even kita preggy. Buat sendiri kat rumah. Then nurse check perut. Picit sana. Picit sini. Tekan sana, tekan sini... Lepas siap baru borak2 ngan misi.... Dia tanya hani da makan apa-apa ubat tak. Then hani tunjuk la iberet folic yang hani nak makan tu. Dia kata ok and boleh makan. Just make sure 4 jam sebelum / selepas makan ubat jangan minum segala jenis susu. Nanti dia serap semua zat besi kat ubat tu. Yang lain-lain ok. So, nurse tak kasi hani apa-apa pill pun. Dia suruh jer continue apa yang hani ada sebab dia kata itu lagi bagus dari apa yang dia ada. Hopefully baby akan dapat semua zat dari pill yang hani makan.

So, next check up 7.02.2013... Ada sebulan lebih lagi... Nanti hani story lagi ok...

p/s - saya tak suka makan nasi now. Cam kembang jer tekak. So, hani akan ganti dengan gandum. Kena makan roti lebih sikit now. :) .

- tadi saya dah berjaya shopping!!!! hip hip horeyyyyyyyyyyyyy... Sorang diri tapi seronokkk sangat.




bebas hutang....

Last week, hani ada ambil cuti semata-mata untuk pergi kWSP.... sebenarnya last month pun ada ambil cuti n pi KWSP tapi document tak complete. Hani kena balik untuk ambil diploma certificate.... Tak tau pun kena bawak...  :(

So, for this 2nd time. Hani make sure all the document complete then pagi-pagi kita keluar pi Office KWSP... yeahaaaaa.... Sebelum ni hani just communicate dengan orang MARA by e-mail jer.. So, all the document actually send to me by MARA without any cost... JIMAT. TQ MARA. Sebab hani pun dah tak ingat kat planet mana agreement dengan mara masa nak buat loan dulu.. Tahun 2003 kot... Mana nak ingat weyyy.. Ingat nak perabih duit jer time tu...puiiiiii.

So, bila sampai sana, amik no.. Tunggu kejap. Ting tong.. No hani dah keluar... Yippiiii.... Terus gegas-gegas pi kaunter... Then, dorang terus check all the document. Cek sini, cop sini, cop sana. Teliti certificate betul-betul ( yang ni tak tipu,memang lama dia tengok diploma tu ) . Then, OK. Settle. Tunggu 2 weeks untuk cheque yer...

Wahhhhh, secepat itu? Sungguh ku terharu... hewhewhew... Maka mari kita balik dengan hati gumbira... Tadi call mak, and ada surat dari KWSP regarding payment from KWSP to MARA. cepat kan.... Surat tu just confirmation from KWSP. So, kita tunggu pulak untuk cheque yer...

Tak sabar rasanya untuk tengok baki pinjaman pendidikan MARA kita jadi RM  0.00..... Hahahhahah, nak bayar balik sikit punya malas. Jadi mari kita settlekan loan MARA pakai akaun 2 KWSP kita...

Hip Hip Horay...............

For those yang ada lagi baki pinjaman pendidikan tu, sila bayar yer.... Bukan apa kesian untuk generasi akan datang. Mana nak cekau duit if kita yang dah guna ni tak mo bayar kat MARA ker PTPTN ker...

Sape dapat biasiswa untung la kan.. No need to pay any single cents pun... That why hani torture adik-adik hani untuk make sure kan dorang dapat biasiswa.. Glad... uda dapat JPA. dah kumpul duit pun kat ASB... saving lebih banyak dari along dia... hahahahaaa... bagus adikku sayang.. Ada duit jangan lupa kakak yer....
Next year haikal pulak.. Kena make sure dia dapat biasiswa jugak. Duit untuk diri sendiri kan.... belajar-belajar..... berani korang tak belajar?????

p/s - saya seorang kakak yang sangat garang and sangat tegas.. lagi-lagi pasal belajar. Maybe sebab hani tak berapa nak belajar rajin-rajin dulu. And i know my mistake. Maka hani tak nak dorang ikut apa yang salah. Hani sentiasa nak yang terbaik dari adik-adik...



Tuesday, December 25

perasan

pagi ni sejam with abang nuar... sila feeling2 romantic okies....


 ber balik pada our topic today chewahhhh....

Perasan tak kekadang kita kena bedepan dengan orang yang perasan diri dia bagus sangat, hebat sangat. Sampai dia rasa orang lain semua nothing. Stress tak bila u olls kena hadap manusia cam gini?? Seriously masa memula kena hadap manusia macam ni hani sangat stress.

Rasa macam nak maki dia balik jer.... Tapi kan, percayalah u olls tak payah buat macam tu.. Manusia jenis cam gini caranya  buat jer tak tau. Biar jer dia perasan dia bagus. Layankan jer... Biar jer dia terus layan diri dia yang perasan tu. Sebabnya, lagi dia buat cam tu, itu sebenarnya lagi menunjukkan betapa diri dia sememangnya tak bagus. Tapi dia keep try untuk orang buat or orang percaya yang dia bagus..

Kita tak payah peduli dengan orang yang anggap dia bagus. Yang pasti kita tau, dia sebenarnya non ado... Nothing... Jadi kalau u olls kena hadap manusia cam gini.. Korang dia jer dia cakap ayat bagus dia tu. Korang tak payah cakap ayat korang. Sebab dia tak akan dengar atau ambil port pun. Dia akan always rasa dia yang terhebat.. Gempak jer lebey wey manusia cam gini..

Lantak la dia.. Dia tak da bukan kita tak bley hidup pun. Pi la kita mintak pendapat or tanya manusia lain yang lebih flexsibel... Yang lebih positive. Jangan tanya or mintak pendapat manusia perasan ni... Nanti hati boleh sakit.


Ok. Luahan hati ibu mengandung :P...

Esok nak pi klinik... 1st time nak buat check up... Hopefully everything will be ok.

Baby, be a good baby ok.. Mama sayang baby..   :)

Thursday, December 20

roti jala

Semalam, public holiday untuk warga johor.... Maka, kami pun mengambil kesempatan untuk balik ke teratak ayah bonda... hewhewhew... yippiiiii....

Gembira ok dapat balik rumah family..... padahal baru jer jumpa mak & ayah last weekend... Tapi happy jugak, sebab ari tu tak dapat jumpa rumah & landing di atas tilam kesayangan... hewhewhew....

Tujuan utama balik sebab nak hantar barang-barang mak... Ari tu masa pi mersing dorang bawak kereta mak... jadi bila balik bonet tak muat O_o... Tapi, tak kan tu jer kan... mesti la mintak upah... heheheheh.....

Bila tekak terasa nak makan roti jala with kuah kari mak.... maka diri ini pun rajin untuk jadi penjala.... Time ni la dapat tunjuk skill kat laki den. U, i pandai kirai roti jala tauuuuuu.... U, mesti tak reti kan?..

Hahahhaha, sebab excited sangat nak makan.. maka tiada gambar makanan... hahahhahahaaa... Yang penting hati gumbira dan tenang dapat makan roti jala dengan banyaknya... Nak beli kat kedai confirm tak sedap.. Sejuk & keras... i tak suka okiessss... roti jala mesti smooth jer... senang nak di carik bila nak masuk mulut... Makan pulak dengan kari daging yang banyak lobak. Dihidangkan panas-panas bersama kopi O... confirm meletopppp...


Burpppppp, lepas kenyang kita pi zirah pak long yang jatuh bumbung... Dapat pulak makan cempedak goreng.. auwwwwwww... lazat tak terhingga... makan lagi sampai kenyang.....

Lepas kenyang semua baru kita balik JB.

p/s ---- bonus day!!!!! super dupper happy..... hahahahahhahaaaaaa


alhamdulillah.. terima kasih Allah untuk rezeki ini... aminnnnnnnnnn

nak belanja mak & adik2 makan besar ahad ni.... check its out!!!

Wednesday, December 19

makanan bkhasiat untuk ibu hamil

tajuk entry mestilah skema.... hewhewhewhew...

Now, hani dah masuk 8 weeks pregnancy.. alhamdulillah... Everything ok... Hani pulak tak da mabuk2.. tak da muntah2... hopefully sampai deliver la macam ni kan... amin...

Ok. today  hani nak share pasal makanan yang berkhasiat untuk ibu yang hamil... Hani memang akan follow and amal kan apa yang mak hani pesan... Sebabbbbb, kerana Bonda Insyirah ini telah melahirkan seorang puteri & 4 orang putera yang hebat2 belaka....

Maka, mari kita tiru apa yang bonda suka makan.... Lets check it out!!!

1) Wajib minum susu... daily yer... wajibbb.

2) Amalkan makan kurma - disebabkan my family ada yang baru balik haji..maka kurma untuk hani & baby ditaja sepenuhnya oleh mereka... dah habis nanti baru beli lain... Jimattttt.

3) Makan segala tok nenek ubat yang doktor bagi. Memang ada yang tak mo makan ubat.. Takot baby besar, & macam2 lagi... Tak per... Orang dah bagi kita telan jer ok.

4) Makan telur..... Yang ni hani tak ambil hari-hari lagi.. Maybe bila dah 7 bulan hani akan ambil hari2... Now, hari try untuk makan berselang-selang. Telur ada protein yang baik untuk tumbesaran baby...

5) Makan sayur hijau. Berdaun hijau... Makan banyak sikit yer sayur-sayur begini... Banyak faedahnya nanti.

6) Makan buah-buahan banyak-banyak. Masa bonda mengandungkan hani... She love to eat green apple.... Hurmmmm, nak makan green apple banyak2... Nanti boleh jadik comel cam mama like mama baby .... hewhewhew.. tak tipu.... Bak kata may aunty.... along sangat cantik & cute masa baby....hahahhahahhaaaaa... jgn jeles semua....

7) Kurangkan kafein... No good for baby....

Ok.. mommies to be out there.... let try!!!!

May Allah  bless us..& .. our baby....


amin....

Tuesday, December 18

senaman ibu hamil


Ok.. I got this from http://www.facebook.com/CherishMama?group_id=0

All mommies out there let's exercise!!

chaiyokk!!!


ACID FOLIC

Now, dah masuk minggu ke dua hani makan folic asid ni... selama ni hani makan ubat ni, then terus minum susu.. lepas tu terus gegas-gegas pi kerja....

Tapiiiiii, sabtu lepas.. adik ipar hani ( iza ) bagi tau yang two hour before / after taken this folic acid... make sure along tak amik sebarang susu / kafein...

What???? kenapakah?? selama ni memang la along makan ubat tu then terus minum susu...huwaaaaaa... naper tak da sape2 info saya pasal ni??

Iza cakap, doctor kata.. once kita makan benda ni together segala zat / khasiat asid folic ni akan gone....sedey ok... penat i makan 1 week.. tapi baby tak dapat apa2 pong...

So, lepas jer tau pasal ni.. terussss ubah cara pemakanan.. ( ayat buku )..

Now, pagi2 jer makan ubat, minum milo..makan roti... zasss terus p opis... Sampai opis kul 10 - 11 baru bancuh susu... makan with biskut ker apa ker... Then kalau dahaga ( skema ok ) buat teh jer... No nescafe lagi... kurangkan kafein katanya.. curik2 minum air en suami jer ( nescafe addicted ).

Hopefully all the zat from folic acid tu.. akan terus ker baby.... Sorry sayang mama tak tau.... folic acid ni sangat penting untuk tumbesaran baby...

p/s - today teringin nak makan nasi kerabu & tahu panas a.k.a taufufa....

nyummm. nyummm...


Monday, December 17

tak mo gado2 :)

Just an info:-

Pergaduhan suami isteri boleh menganggu perkembangan otak bayi seawal 6 bulan. Kajian yg dilakukan oleh Medina, 2010 bayi seawal 6 bulan boleh mengalami peningkatan tekanan darah, degupan jantung dan hormon stress macam orang dewasa setelah melihat kedua ibu bapa mereka bergaduh. Ini dibuktikan dengan pengambilan 'urine sample' dalam masa 24 jam pergaduhan berlaku. Mereka kurang ke
upayaan untuk berfikiran positif dan apabila mencecah umur 4 tahun tahap 'stress hormone' adalah 2 kali ganda daripada kanak-kanak biasa. Sekiranya keadaan pergaduhan suami isteri berlanjutan kanak-kanak ini mengalami masalah 'antisocial behavior', masalah emosi, kurang daya fokus, masalah kesihatan. 'pediatric depression' & 'anxiety disorders'. 

IQ kanak-kanak ini juga mempunyai 8 point IQ lebih rendah daripada kanak-kanak normal yang lain. Sekiranya pergaduhan yang membawa kepada perceraian, tidak mustahil kanak-kanak ini bakal mengambil dadah seawal usia 14 tahun.














Nauzubillah.... hani rasa semua mommies kat luar sana , tak mo benda2 tak elok berlaku kat anak-anak mereka... So, para ibu bapa..banyakkan bersabar...





wanna to share this to my hubby :)

doa untuk ibu hamil

hewhew.....

entry yang baik untuk permulaan hari yang baik...

sorang kawan telah share pasal doa ni kat FB..

Disebabkan hani mudah lupa... Lepas ni setiap apa yang hani dapat untuk ibu hamil... hani akan share kat sini.... senang kan.... nak tengok balik tuk adik baby nanti....hewhewhew...

Ok... untuk semua ibu menganding.. marilah kita sama2 amalkan doa-doa ini....semoga yang baik-baik untuk kita semua...amin..

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, 
dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, 
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia 
yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetap
kanlah di dalam hatinya iman kepada
Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya,
baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W,
dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Amin... :)





p/s --- i'm now in 8 weekd pregnancy :)

Sunday, December 9

berjaya :)

Sabtu lepas, lepas kena paksa dengan mak lin & chaca hani decide untuk pi check up lagi kat klinik... Bukan tak nak pergi...tapi takot nak pi..

Before this hani dah 2 kali check...sekali beli pregnat test & test sendiri ( yang ni belum lewat period pun ). Secondly hani pi klinik ( dah biasa pi klinik ni ) tapi -ve...Doctor cakap maybe apa yang hani rasa ( loya,pening) tu adalah perubahan hormon.Masa ni baru seminggu lewat.

Tapi, disebabkan hai tak period2 hani jadi cuakkkk.. Kenapakah ini? penyakit apakah ini? Jadi bila dorang paksa pi wat check up. Hani pun gagah kan diri...

Masuk jumpa doktor pun bertiga ( with my untie & cousin )... explain lebih kurang.. Doktor pun check urine... doktor check perut... thennnnnnn





Ini lah hasilnya...

Alhamdulillah... 7 weeks katanya.... Mudah-mudahan semuanya selamat...Doakan yang baik-baik..Harapkan yang baik-baik...

Hubby sangat happy & teruja.... 



Monday, December 3

bila

Bila cinta kini... tak lagi bermakna..yang kurasa kini..hanyalah nestapa..ditingglkan cinta masa lalu...
Dulu kau tawarkan manisnya janji mu....Dan ku sambut itu dengan segenap hatiku

Hani sangat suka kasyah, ayu & kate...sangat.. 1st time baca LBS adalah semasa form 3 kat STK dulu..orang sibuk dengan motivator kat depan...aku sibuk mentelaah kat belakang...

Tapi dapat beli semua novel LBS - 3 novel- masa study kat kolej dulu... masa dapat tu,kerja baca , baca n baca... Dan sampai sekarang bila baca LBS air mata ini tetap gugur kebumi...

Same goes bila hani tengok LBS2- Katerina..... air mata ini tetap gugur.. Sebab apa?? Sebab hani sangat teruja dengan cinta Kasyah..Pencinta Agung... siapa yang mampu buat macam tu?? Ada ker lelaki sekarang ni yang macam tu?? kalau ada..... hani akan jadi pencinta yang paling setia...heeeee

Itu la angan2 dari dulu..kalau la betul Kasyah tu wujud... hani sanggup untuk jadi ayu...kasyah lelaki yang sangat setia pada cinta.telus pada cinta.jujur pada cinta.yakin pada cinta.

cinta akan buat kita bahagia.
cinta juga akan buat kita derita.
walau apa pun enjoy ur life.your love.
biar derita & bahagia tu membuatkan kita gembira dengan hidup kita...

cant wait LBS 3 - Kasyah & Katerian ( Lagenda Berakhir )


Friday, November 23

bau

dari semalam terbau-bau hypnose...aiyrakkkkk, macam mana boleh jadi begini..i'm not lancome lover....

hurmmmm... adakah perlu beli satu???? perlu?? tak perlu??? perlu???

tepuk dada tanya poket..kuikuikui...

paris hilton by paris hilton--- yang ni dah makan 2 tahun x habis2...wakakakakaaa

ferragamo incanto bloom --- ini kesayangan hamba :)

burberry touch ---  tetiba saya benci bau ni....haishhhhhhhhhhh

yang pasti saya tak akan benci bau ni ---->> bukan strawberry tp colour botol maroon...tetiba hilang ingatan.. EDT - LIMITED EDITION - nape limited ea??? siyes, berbotol-botol daku pakai .... suka giler bau dia,

en kesayangan hamba pulak berbau ini ----->

















& ini..... yang ni dah berbakul-bakul dia pakai




















Ok.. sekian tajuk bau-bauan.... once hypnose tetiba jadi bau hamba, akan hamba coretkan...ngeeeeee..

Tuesday, November 20

wedding gift

Lebih sebulan sudah majlis itu berlalu, tapi malam tadi one of our friends datang rumah dan bagi kami wedding gift!!!! Suka sangat. hewhewhew.

Memang banyak hadiah yang kami dapat masa wedding, terima kasih banyak2 pada yang sudi memberi. Tapi hani lupa la samada member kitorang ni ada bagi atau tidak gift masa hari sanding ari tu. Hani rasa macam ada. Tapi sudah lupa... Kalau dia bubuh card boleh la hani carik. Balik teratak ayahbonda nanti nak cari... semua card adiah kawen hani tak buang. kami simpan bersama2 box guest book.

Kalau dia ada bagi adiah means dia bagi 2 adiah la...aloooolooo maluuuu *_*

Hadiah kali ni ialah....... 3 days 2 night stay at Grand Dorsett Subang... phewwwwwwww... Bestttt2... Dorang suruh kami honey the pokemon kat sana. Tapi kita decide tuk pi with mak & sara. Kang pi berdua sampai 3 hari kang mati kutu la kan jawabnya...

Aku tengok kau. Kau tengok aku... Sama jer macam kat rumah...hewhewhew..........

http://www.granddorsett.com/subang/images/rooms/deluxe-plus-room.jpg


Ini pic bilik .. best tak??? macam best kan. Once kami dah pergi nanti hani will update apa yang kami buat ea..... Tapi kan kami sangat la busy now.. Tak sempat nak pi mana2 dah.

Hani ada apply cuti on Dec tapi my boss reject. Cisssss berani. ngeeee. Dia kata on Dec semua cuti freeze.  Next year baru cuti.. Layannnnnnnn


KEMAHUAN


Kekadang kita terasa nak sangat sesuatu perkara tu berlaku, bila tak dapat kita akan rasa sangat sedih.

Tapi kita terlupa sesuatu sebenarnya, kita terlupa bahawa bila ALLAH tidak makbulkan permintaan kita tu, sebenarnya Dia tau itu adalah yang terbaik untuk kita pada ketika itu.

Mungkin kita sangat menginginkan perkara tu, tapi sebenarnya kita tak bersedia sepenuhnya untuk perkara itu.

Tidak bersedia untuk pikul tanggung jawab itu.

Mungkin kita rasa itu yang terbaik untuk kita. Tapi kita lupa bahawa Allah yang lebih tau apa yang terbaik utuk kita.

Jadi bila kita inginkan sesuatu kita mesti terus berusaha, jangan mengalah. Berusaha & berdoa. Bila sampai masanya InsyaAllah segala yang kita impikan akan tercapai. Pada masa & ketika itu percayalah bahaya kita akan lebih bersyukur dan menghargai apa yang kita ada.

:)

Salam pagi rabu, Doa yang terbaik untuk penduduk GAZA!!

Monday, November 19

sebuah perkahwinan


------ fakta atau auta----- tepuk dada tanya akal----

Sebelum jejari ini menaip tentang sebuah perkahwinan, hani dah mengoogle mencari erti perkahwinan... hurmmmm, memang tiada erti perkahwinan yang lebih details.

Apa maksud perkahwinan?? - sebuah kehidupan yang dibina selepas akad nikah. Betul, itu adalah ertinya tapi ia tiadak semudah itu.. banyak yang di tuntut dalam sebuah perkahwian dan tuntutan yang terbesar adalah pengorbanan.

Bagi hani bila seseorang tu dah bersedia untuk berkahwin ini bermakna dia susah bersedia untuk berkorban.
Berkorban dari banyka segi. Sangat banyak. Percayalah.

Berkorban masa, tenaga, wang ringgit, jiwa, raga, hati, perasaan dan segalanya adalah tentang pergorbanan. Pergorbanan yang perlu dilakukan dengan penuh ikhlas kalau nak dapat pahala :) - Kalau willing berkorban fpr nothing, silakan. Tak sape pun nak marah. :D.

Kenapa hani cakap macam tu?? Kita dah bercinta 2- 10 years, Mestila kami serasi.. Ohhhh, tidak!! Jangan percaya pada statement tu... Kenapa orang berkahwin 10 - 20 tahun boleh bercerai?? kenapa?? sebab tak sanggup lagi untuk berkorban. sebab tak ikhlas dalam berkorban.Sangat complicated.

Ok. Lets start with this. Dulu sebelum kahwin,dating time weekdays, weekend balik kampung. Sanggup tak tuk kurangkan balik kampung lepas kahwin? Sanggup tak untuk tinggal jauh dari family lepas kahwin?? Sanggup tak untuk duduk rumah jaga anak lepas kahwin?? sanggup???? kalau betul anda sanggup anda memang layak untuk berkahwin... :)

Berkorban seikhlas hati, buat kerana ibu bapa, keluarga, suami dan Allah. InsyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

amin :)

Nanti-nanti kita sambung ea

Thursday, November 15

simptom

Jeng Jeng Jeng,

Since last week sampai la sekarang ni ( tapi, now makin berkurang ).. Hani dapat simptom baru...ngeeeee

Tapi bukan sebab apa2 yer... tak da sebab yang munasabah.

Now, asyik pening kepala jer.. dia tak da la pening sangat sampai tak boleh bangun.. Cuma dizzy gitew.. cam lalat punya pening..ngeeee

Lepas tu rasa cam nak muntah jer.. tapi tak muntah pun... rasa macam ada benda jer nak keluar ikut tekak ni..haishhhh

Then, rasa sakit yang amat dekat T*T**... ngeeee macam nak meletup okies.. dia macam membengkak.

Kenapakah itu????

Adakah itu hormon-hormon yang terjadi selepas kahwin? Aikkkkk..boleh ker macam tu? hahahaaa... untuk info lebih lanjut kita tunggu nanti yer... mana tau dia hilang sendiri nanti lepas beberapa minggu. Kalau still sakit lagi marilah kita bersama-sama jumpa yang pakar...okies

TATATATA-- mood kerja tak datang.

our new cousin

12.11.2012 --- kami dapat new cousin :)

Syukur alhamdulillah dengan kelahiran ini.. my auntie tunggu almost 14 years for this baby gurl... Alhamdulillah rezeki itu memang dari ALLAH. Yang penting kita tak boleh berhenti berusaha.

Maka dengan ini genaplah cucu atok 14 orang... 9 lelaki 4 perempuan.. 4 je okies.. sikit jer tau cucu perempuan atok.. setiap orang anak hanya menyumbangkan sorang anak perempuan. hasilnya 4 jer cucu perempuan .. umur plak tu jauh-jauh tau... 27 - 20 - 16 - 1 --- giler kentang...

That why bila hani balik kampung jer...hani jadik kanak-kanak.. sebab geng semua kanak-kanak.. maka berperangailah kita seperti kanak-kanak.

Ahad ni pulak akan ada majlis doa selamat untuk baby zahra & haji kudin...ngeeee... my uncle akan balik insyaAllah hari ahad ni...

Maka kami akan berkampung la kat damansara aliff sebab tuan rumah dalam pantang....buat kenduri kecil-kecilan jer..

Mintak2 semua ok...tata

p/s - lately selalu sakit kepala--- kenapakah??





Tuesday, October 30

kesibukan melanda

Tadi sempat membelek calendar oct & nov, and what??

Rupanya me tak akan ada weekend yang free untill 17.11.2012, sejak my wedding day.. tapi itu untuk setakat hari ni..and me pun tak sure lagi if calendar akan jadi penuh..

Ishhh, fenat okies... Now. tengah bjuang untuk closing pulak ( tp sempat celoteh kat blog..aptb)...heeee.. Balik kerja pun lambat. tapi tak bley la nak balik lambat cam dulu.. cam tak sampai hati pulak nak balik kul 9 and biarkan orang tunggu kita balik kerja..

Tapi kerja sudah menimbun... boss sudah tanya revenue tuk this month..ish..sabar boleh???

Cuti sekolah bakal bermula, maka dengan itu akan banyak la wedding invitation yang ada... kalo sempat memang akan pergi... tapi kalo sampai ramai yang jemput tuk satu hari?? acaner tu? pergi semua?? gigih la nak pergi kalo semua satu area..klo pecah2?? x yah pi semua...ngeeee..kejam giler...

Lepas ni kena tunggu my aunty bersalin pulak.di sebabkan me yang paling dekat dgn dia (rumah) maka kami suami isteri kena alert dengan telephone.mana la tau member nak terberanak di tengah malam..tak ke naya... dah la pak cik tiada..dia pi Haji.. so, kami as a family kena la tolong monitor isteri tersayang dia kat sini..heeeee

Wedding pulak semua sedara mara.. gigih la kami.. plan nak berjalan pun tak bley nak budget timing lagi.. schedule penuh..wahhhh.. kalah PM cam gini..hewhewhew...

Ok. mari gigih siapkan kerja..

dear ACCPAC please be nice with me..mmmuuuuahhhh

kbai


Thursday, October 25

manusia itu...

Kekadang kita perasan tak yang manusia ni lahir dengan perangai yang sangat pelik?.. Kekadang mereka rasa diri mereka yang terbaik. Yang buruk semua bagi kat orang lain. Tapi kan sebenarnya meraka yang perasan baik ni  la, yang paling busuk hati..

Benda jadik sangat mudah, bila kita jadi perasan kita memang tak sedar diri. Lupa pada keadaan sekeliling. Sibuk tunding jari cari kesalahan orang, sibuk cari kekurangan orang, sibuk menjaga tepi kain orang. Tapi kita tak sedar, setiap kali kita buat macam tu.. Orang akan lagi nampak siapa diri kita yang sebenar.

Entah la ea.. memang manusia diciptakan dengan pelbagai ragam. Sangat pelbagai. Hani memang tak boleh nak layan perangai manusia. Satu perangai hani yang mak tak suka is tak reti berpura2 tuk tunjuk yang kita suka. Hani sangat transparent bab2 ni.. Kalau hani tak suka memang hani tak suka. Memang tak reti la nak bodek ke, senyum ke.. Memang samada hani diam or blah. Tu jer.. tak boleh nak laga2 pipi. senyum2 lepas tu kutuk belakang. Nope.. itu bukan saya.

Bila saya tak suka, saya akan cakap saya tak suka. Tapi bila dah tua  ni dan tau cara nak jaga hati orang. Bila hani tak suka hani diam jer ( time orang tu dok cakap2 depan kita). Tak pun hani pergi jer.elakkan diri dari orang yang kita tak suka tu. Cam tu gamaknya..

Hani bukan tak suka, pura2 berkawan..;lepas tu kutuk2 kat belakang.. Jangan buat macam tu yer.. Tak baik.

Sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Sedar siapa diri kita. Perhatikan pada yang memerhati kerana tak semua mata untuk kebaikan.

:: selamat hari raya aidiladha::

tahun depan nak ajak2 adik2 berkorban kat umah mak la :)

Friday, October 19

1 week after

Hari ni, genap seminggu ....

12.10.12 - 19.10.12

Rutin harian belum ada berubah sangat. Masih banyak yang sama. Belum lagi hari-hari kena masak lepas balik kerja. Dah 3 hari kami bekerja , hari-hari makan kat umah mak jer.. ngeeeee ( ngelat ).

Semalam encik suami tanya, nak masak ker malam ni? ... ngeeeee, masak maggie boleh tak? ' pemalas'.. tu jer dia cakap...hahhahahaa..

Ala, u... nanti weekend I masak special ea tuk U.. Jangan sakit perut sudah...;p

Esok, mak & ayah nak datang... hohooo..nervous ni nak sambut mak sendiri datang... heheheee... Mak dah la macam supervisor.. mak andam pun ngeri ngan mak.. apatah lagi kami... alolooooo..

Bila mak cakap nak datang tadi, hani terus msg en. suami.. dia just cakap ' ok, datang la'.... 30 minit lepas tu.. dia call pulak... pesan suh kemas rumah...hahahahaaa.. en. suami pun kalut gak dengar mak & ayah nak datang...

Hurm.. nak masak apa ea? Kimi suka makan sup.. masak mee sup je boleh tak?? Layan je la ea... hahahhaaa.. buat mee sup, tapi ada ayam goreng, ada nasi, apa lagi ea? pikir-pikir n pikir...teruja ni nak sambut tetamu.... ngeeeeee :)

Ok. kita tengok esok cam ne yer.. kena tanya en suami gak ni nak masak apa.. Dia tu nampak jer tak kisah, tapi sebenarnya cerewet.. Percayalah :)

Thursday, October 18

mood kerja

hurmmmm, 2nd day kerja...

Tapi mood kerja still tak datang lagi.. macam mana nak buat ni ea? Kerja dah bertimbun gak ni... Ada kang this month punya closing buat one shoot jer... hahahha... kalau macam tu 72 jam duduk kat opis tak balik-balik...

Ada berani??

mood kerja, mari kemari.. mari datang.. kita buat kerja sama-sama. Boss dah la bad mood. Ada kang yang kena hempuk dengan bos ni.. heeee

kbai.. ;p

p/s - tido semakin tidak lena dari hari ke hari - dugaan menjadi seorang MAMA

Wednesday, October 17

price tag

Guys, korang pernah tak di tanya dengan soalan like this :

' ehh, cantiknyaa cincin..berapa ni?'
' lawa gak jam ko ni, berapa ea?'
' berapa ko amik pakej ni? '

Korang, klo korang suka or tersuka pada apa-apa yang belongs to somebody... please yer... jgn terus petik harga... tak sopan la... kita kan orang melayu, penuh dengan adat dah budaya.

Sungguh tak sopan tau. Dan hani memang dari dulu tak suka dan tak selesa dengan soalan cepu emas macam tu...

And kalo korang memang suka and nak beli benda yang sama jugak... better korang cakap dengan ayat macam ni pulak :

' awak, cantik la badges ni.. saya nak beli juga.. nanti awak bagi tau ea , awak beli kat mana'

sweet kan...

tak da la nampak terlalu gelojoh and rakus gitu..

okies...

banyak kerja ni.. sambung nanti

p/s - sedang berusaha untuk mendapatkan phone no yang lama''

    - awak, kenapa curik tepon saya, sian tau saya...

status kini bertukar

From single to in relation ship,
from in relation ship to engaged,
from engaged to married...

Sekarang sayalah isteri kepada en. apai, ibu kepada sara....

Status sudah bertukar, tanggung jawab sudah banyak,

Hopefully, everything will be ok.

Bila kita yang baik-baik, InsyaAllah yang baik pasti untuk kita. Tapi kita tetap tidak boleh menidakkan ketentuan atau pun dugaan Allah untuk kita.

Yang pasti, setiap apa yang berlaku dan terjadi pasti ada hikmahnya.....

:)-

Puan. Hani

Sunday, October 7

petua ohh petua

baru kejap tadi sy telah menyuruh en goggle untuk bekerja dengan sedikit keras.. heee...

mission : mencari petua menaikkan seri wajah... auwwwww :P

Heee, memandangkan hari yang di tungu-tunggu semakin hampir, ditambah dengan badan yang penat & lesu, tambah lagi dengan badan yang tak berapa nak sihat ( batuk, selsema demam sikit ) segala penyakit datang ni..makaaaaa, saya pun carik alternatif lain supaya kelihatan glowing semasa majlis nanti..heheheheee ( ayat kepoyoan )

Esok, i dah book makcik spa.. boleh la kiranya badan ini berehat-rehat sekajap..before berpenat-penat semaksimum yang mungkin....OMG..fenatttt

Today, balik kerja plan nak p clinic.. nak ckp gan doktor ku syg...' doc, please yer..bg ubat yg terbaik...sy nak nikah ni.....' :)

Last weekend balik rumah pun tak berapa nak daya nak tolong mak. ada buat sikit-sikit jer..badan macam tak larat.lemah jer..huwaaaa...tetamu ramai pulak tu yang datang..maka kepenatan itu bertambah..nasib tetamu datang semua membawa perkhabaran yang gumbira..ngeeee

Aunty2 datang menolong segala benda yang pending.. cousin datang bawah dalam 30 hamper ( dia pensponsor untuk cabutan bertuah) best tak??? best kann

This time, barang untuk hantaran semua we all buat sendiri tau... masa tunang saya & en tunang sewa jer..sebab malas nak pikir. tapi kena marah dengan mak cik2 kesayangan ku..dorang nak buat sendiri...jadik marilah kita pedajal kan mereka... yipppiiii ' nak, hamik ni, buat cantik2 yer' ngeeee

Now, barang pun dah siap.. tinggal tunggu makanan jer macam cake, chocolate & buah..eh sirih junjung sekali...ikut adat la katakan..heeee

So, tinggal 4 hari jer la before saya menjadi isteri kepada en tunang... harapan saya sila doakan kami bahagia hingga ke hujung nyawa.. amin :)

p/s - tadi bank call, dia suruh amik adiah...wakakkaka( malu la saya dtg nak amik adiah jerrrr ).
     - smlm pun da sedara dtg bg adiah awal sebab tak dtg nanti..( x pa sy faham , tak kan nak balik dari KL tiap2 minggu kan)

tq to all.. sungguh sy sayang kamu semua...

mak idah, mak lin & mak yan....
cik mili, pak chu & cik kudin....
abang long, ninot,chacot,adik afiq,ucop,imran,baim...



Thursday, October 4

~~~semalam~~~

Semalam kan birthday one of my exBF.. wahhhh, statement maut ko hani... berapa banyak EX ko?? heeeeee..

X yang terbaik yang pernah aku ada. Just maybe kami tak ada jodoh. Now dia pun dah kahwin and dah ada 2 anak pun.. Tapi... kami memang tak pernah contact each other since his solemnization's day. Seriously, kami memang tak berhubung. No msg, No calling, No facebooking.. No.. Tidak sama sekali.

Tapi aku dapat tau semua pasal dia. eh. tak ada la semua kan. Just update macam,eh ur X kan dah ada 2 anak... cam tu je la... X ko kan dah keja kat M***.. cam tu la gamaknya.. tak da la update semua benda. Biasa-biasa je.. And aku pun ok tuk dengar semua tu. Sebab aku percaya memang kami ditakdirkan untuk tidak bersama, Sebab tu dia now boleh happy with fmly and anak-anak dia.

Memang kami decide tuk tak berhubung sejak dia nikah. Ayat tu lebih tepat. Sebab pagi hari dia nak nikah tu. Memang dia call. Pesan macam-macam. Suruh macam-macam. Sebab aku tau dia kenal aku. Kenal kedegilan aku.. Sebab tu pesan macam-macam.wakakakka..

Sebab dia akan jadi suami orang, dan aku bukanlah perempuan jalang tuk kacau laki orang dan aku bukan perempuan yang tak da perasaan tuk biarkan wife dia redha jer aku berkawan dengan laki dia. Maka, kami putus hubungan. Hubungan kawan yer. Lepas kami break off kami still kawa-kawan.

Aku masih ingat masa tu aku gaduh ngan BF aku ( now ex sudah ).. aku call X aku yang sorang ni la... siap nangis-nangis bagai..kat dapur pulak tu..hahahhah.. nangis kat dapur pasal room-mate tengah tido. kang tak pasal-pasal dia bangun...Ingat hantu dok nangis celah telinga dia..heeee

X aku ni la yang dok pujuk. dah-dah tak mo nangis.. pi tido.. kunci pintu. jaga diri. tak yah kawan lagi dengan bf ni.. dia tak baik...hhahaha..tapi memang ponggggg... ex-bf yang ni suka-suka hati jer nak lempang muka aku..cisssss.. nasib tak kena.kalau kena balai polis aku report.

So, oleh kerana aku tak boleh nak say kat X aku... maka dengan ini aku ingin mengucapkan ayat ini ' Happy B'day ***, hani doa kan *** happy awaz witf ur luvly wife, daughter, and ur big fmly' kat sini jer... hohohohohoohooo


boleh jer kan... ok la.. aku doa yang baik-baik tau untuk dia... kalo kami boleh berkawan kan..mesti dia boleh jadik BFF aku ( male categories la kan )...

p/s - sorang member pernah tanya aku menyesal tak clash dgn ***.
     - aku cakap tak.

sebab aku tau dia bukan untuk  aku dan aku bukan untuk dia. percayalah. kalau kami bersama pun kami tak akan happy. :)


Wednesday, October 3

8days to go

Masih terasa lagi detik itu..waktu itu...

1st time kami keluar b'sama..bukan berdua tapi btiga... waktu tu...tiada apa-apa rasa... officemates.. officemates yang paling kejam...ngeeee

Yer, our relationships b'mula dari rasa yang tak berapa selesa..menyampah.. tu la ayat yang sebenarnya...

Keluar pun atas dasar 'ohhh, ko banyak tolong aku, meh aku belanja makan'.. rezeki jangan ditolak.Orang nak belanja meh kita makan..( Feb'10)


Tapi bermula dari rasa itulah terjadik la fasa yang sekarang..

Kenal-kenal jer..terus encik tunang ajak kami bertunang.. masa decide nak tunang tu baru jer dalam 2 - 3 bulan kenal... giler cepat kot.. before this just kenal-kenal kat tempat kerja je la kan.. tu pun bukan duduk satu office.. aku kat office dia kat site.( June'10)


Then, bila kami decide tuk tunang, aku bg syarat untuk ikat lama... konon-konon nak kasi kenal lama sikit la..heeee.. giler gediks.. then 28.11.10.. our engagement day...Plan bulan 6 jadik bulan 11..giler busy kot family aku ni..heee...sebab masa tu langgar bulan puasa & raya..lepas tu pulak ada wedding cousin.. So, kena drag jauh sikit... cincin tunang pulak awalll giler beli...hahahaaaa.. giler jakun & poyos. ;p

Now.... we decide to get married. 12.10.12 ( solemnization day & berinai ) 13.10.12 ( my big day!! )..

Sangat berharap semua akan menjadi seperti yang dirancang. Sangat berharap Allah memberkati & memudahkan majlis yang kami rancang. Sanagt berharap semua yang dijemput dapat menghadirkan diri. Sangat berharap family yang ada dapat membantu. Sangat berharap jiran tetangga ada kelapangan untuk merewang.Sangat berdoa kami sihat dan bersedia untuk majlis itu nanti.

Kita semua mampu berdoa. Tuhan yang merancang. Semoga Allah memudahkan semuanya untuk kami. Seperti Allah memudahkan rancangan kami untuk perkahwinan ini.

p/s - Harap semua dah ok & ready to my wedding!!!




Wednesday, September 26

berdosakah aku?

Ada macam tajuk telenovela?? Abaikan..

Last night aku bercerita dengan sorang teman. pasal memaafkan, kemaafan.

For me, satu kemaafan itu perlu lahir dari hari yang jujur barulah dia jadi satu kemaafan yang terindah.

Bila kita memang tak dapat maafkan someone itu, kita ada reasons kita yang tersendiri.. Noboday can change it. Tak da sape yang boleh paksa kita untuk beri kemaafan itu.

Jadi selagi aku tak dapat memberi kemaafan itu, sesungguhnya aku tak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan orang itu..

Sebab bagi aku, orang tu belum layak mendapat kemaafan aku.. Entah.. yer pada dasarnya aku dah maafkan dia..tapi untuk lupakan and act likes nothing happens. Sorry, aku masih belum mampu.

Dia? bagi dia kesalahan dia terlalu kecil.. Sebab tu dia just cakap' sorry yer, lupaka jer kisah lama'

Tu jerkkk??

Tak pa..aku pun hanya senyum tanpa kata apa-apa.

Tak pa la, Biarlah..

Hati ini masih belum mampu.

Belum mampu untuk kata.. 'ok, kita buat cam biasa je like tak da pape jadik'

Belum mampu.

Maafkan aku.


muara hati

Kegilaaan apakah ini

Sejak dua tiga hari ni...

Satu kegilaan telah berlaku

Hari-hari mesti nak dengar lagu si 'Muara Hati' ni..adushhh . eh betulkan tajuk dia muara hati..asyik ingat Muara Kasih pulak..dekat-dekat je kan...ngeeee

Tak tau la orang lain suka or tak lagu ni.. Tapi i suka u... Lagu dia penuh dengan jiwa n energy ( chewahhhh )

Start dengar lagu ni time raya - pasal astro 24jam dok tayang lagu ni..tapi dengar gitu-gitu je la kan...raya kan hari yang penuh dengan bebusyan.. so tak sempat nak feeling-feeling pasal lagu ni..

Tapiiiiii , bila dah dengar banyak kali kat radio..terusss I jatuh cinta pandang sejuta kali... ^_^

Best kan lagu ni...

Demi Cinta dalam hatimu,
Ku yakin engkau untukku,
Meski jejak pisahkan kita,
Cinta kan bawa kembali padamu..........

Demi cinta dalam hatimu,
Biarkan aku merasuk,
Bersatu dalam hatimu,
Hanya dirimu dan aku

Cinta.......

p/s - sebenarnya tak da mood nak buat  kerja 'PMS' melanda  O_o

Tuesday, September 25

puaka di tebing biru

berpuakakah tebing itu?

Ok. Ye memang cerita ni dah lama gila.. Time ni farhin Ahmad masih da muka remaja lagi.. Now dah jadi muka hero-hero idaman gadis malaya --- auwwwww

Malam tadi lepas layan macam-macam cerita tak TV.. Tetiba pulak boleh terbukak cerita ni. Since, aku memang tak pernah tengok cerita ni.Ok, mari kita layan...

Tengok punya tengok... focus ni..ada la tanjat-tanjat sikit.. :P

Kaji punya kaji..faham punya fahammmm...

Aku decide tuk tukat tajuk cerita ni toooooo ---------->> Hantu Gersang

Sebab????

Ishhhh... tak ok la cerita ... Maksud aku untuk tontotan orang timur yang penuh dengan kesopanan cam kita ni...

Ishhh, kot nanti tetiba tertengoj cerita ni ngan anak-anak satu hari nanti.

Mesti I malu sendiri tau..

Hurmmm.. rasanya tak perlu ada scene berkemban banyak kali tu.. adegan konon si Muhksin tu tido dengan Ayu ( masa ni ayu dah mati kira dah jadi hantu la time ni)..


Alahaiiii, tidak perlu tidak perlu...sangat tidak perlu..








Wednesday, September 19

beza

kalau dia boleh buat?
kenapa kita tak boleh?

Tapi kalau kita buat jugak?
Apa beza kita dengan dia?

Kita yang tentukan diri kita untuk jadi siapa & apa..
Jangan biarkan orang lain tentukan tentang semua keputusan atau tindakan yang kita ingin lakukan.

Kita boleh pilih untuk jadi baik atau jahat.
Kita boleh fikir,
Kita boleh rasa.

Jangan biarkan orang lain yang fikir untuk kita.
Jangan biarkan orang laun yang buat untuk kita.

Sebab, kita tak boleh salah kan sesiapa atas setiap tindakan atau keputusan yang kita buat.

Tanya hati.

Pilih sendiri.

Kita akan tau.

Salah atau Benar.

O_o

p/s -- miss someone ;(

Monday, September 17

dung dang

debaran kian terasa... auchhhh

wedding card dah post untuk yg jauh2... tak jauh mana , paling jauh pulau luv-one jer...

Mudah-mudah semua guest di mudahkan untuk menghadirkan diri.. InsyaAllah.

Today, en tunang dah pi interview...friday ni I pulak la yg pi...nebes la pulak..jgn sampai semua ke laut sudah..dok sibuk mengetest en tunang kang diri sendiri ntah kemana... wallaaaweiii

Last weekend, sibuk ke sana ke mari.pi open house... biasala kan hujung-hujung macam ni semua ambil peluang nak buat rumah terbuka ni kan..moh la kita mengisi perut dengan makanan..memang jimat la kan...lunch & dinner semua free...hohohoho..terima kasih yer tuan rumah..tahun depan jemput kami lagi :)

Sambil pi open house, sambil pi shopping.. dok menambah barang2 yang kurang dalam dulang...biasa la kan..kalau dah namanya shopping mesti ada additional items yg tertambah....like last saturday la kan..plan asal..beli baju daddy & baju ayah ( b'day present  :)) ).... tapi hasilnya..baju sara & baju mama...boleh gitu? boleh jer... then dapat gift lagi.... ada event kat JJ ..join sekaki dapat baju free..rezeki tuk kimi la pulak..size dia..heheheheh

Family member dok melepak gak kat umah mak , kami dok menampal semua sticker kat gift yg ada..alhamdulillah selesai sudah :)


preview jer ni :)

mudah-mudahan semua b'jalan lancar nanti..amin

p/s -- sy sudah try baju panten...hohohohooh...mak andam kata..I dah kurus sikitttttt....ahhahaha :)

sy dpt special gift from lovely cousin...ninot -----

                                          sweetttt kan...orang suruh buat kerja dia menconteng2 pulak :p

stiker boleh carik kat sini http://www.facebook.com/stikerkucom?ref=ts


Thursday, September 6

bicara sekeping hati

beep jantung terasa laju,
badan terasa panas,
hati jadu tak keruan,
jiwa jadi tak tenang.

entah,
apakah ini sesuatu yang perlu?
apakah ini satu kewajiban?
apakah ini satu tanggungjawab?
apakah ini sesuatu realiti yang perlu di tempuhi?

Yang aku pasti,
aku sendiri tiada jawapan pada persoalan itu,
yang aku pasti,
aku rela untuk tempuhi semua ini.

kuatkah aku?
begitu yakinkah aku?
dari mana kekuatan itu datang?
sumpah aku tiada jawapan...

bicara  sekeping hati.
tiada dimensi.
hati ini sukar ditebak.

---------------------

Wednesday, September 5

homestay itu best

Last weekend masa spend time kat shah alam kitorang stay kat Homestay Puncak Alam

http://1malaysiahomestay.com/selangor/kuala-selangor/homestay-apartment-d-puncak-alam.html

sape yang ada buat apa2 yang area puncak perdana or puncak alam, u olss boleh jer pi kat sini...

Siyes saya suka, terasa seperti berasa di rumah sendri...tenang jer... dan sangat murah.. RM 130.00/ nite only... murahhh kan.... sila jangan bandingkan ketenangan yang saya maksudkan dengan aprtment @ PNB Darby Park yer...price pun jauh beza.

Ok. Homestay ada sofa, meja makan, kabinet dapur with freeze..dapur bley masak..bersih..bilik ada katil, almari... living hall with air cond...

owner pun ok jer...senang nak berurusan.. next time kalau datang sini nak tengok mak ucu..insyaAllah kami akan stay sini juga...  :)


Tuesday, September 4

tiada sudah

Last weekend kan aku pi Shah Alam with family en tunang..

Motif adalah untuk hantar adik en tunang pi sambung belajar..sambil hantar marilah kita berjalan-jalan dan terus berjalan...

Bukan main pagi lagi kami gerak dari JB..bak kata orang jawa 'uput-uput' gitu... Sebab dah janji dengan uncle untuk jumpa dorang kul 9 kat R & R macap... dengan hujang lebat pagi tu...nak masuk kan barang dalam bonet lagi..memang gigih giler okies....

Tapi evething ok kami berjaya sampai & balik ...alhamdulillah... heee :)

Masa kat sana bawak la family pi ICT shah alam.. tu je kot yang ada kat shah alam tuk hilangkan bosan2... time CNY dulu..aku dah pi sini with my family..tapi time tu penat giler pasal baru lepas main kat Sunway lagoon..now pi ICT penuh ketenangan & dapat menikmati lampu2 main benda alah apa ntah tu...

Ok la kan tuk lepak2... tapi tak masuk pun snow walk..ari tu dah masuk..sekali cukup la..lagi pun tak pakai kasut..kang membeku lagi kaki den..tak tahan okies ...ahahahhahaaa

tapi kan...sdey okies..pic kat ICT semua tak da... kena delete oleh budak kenit yang gatal tangan....cisss, berani..ahhahaha..bila tanya ' adik delete pic mama ea' terus buat muka konon2 chomel...


Jadi gambar kat Shah Alam tiada sudah.... sila bersedeh..


p/s - nape saya amik darah last week tapi still membiru kat lengan until now?
sakittt :(

Wednesday, August 29

Aidilfitri 2012

Fuhhh...giler busy sampai baru hari ni dapat update blog...

Salam Aidilfitri 2012 semoga kita dapat bjumpa di aidilfitri 2013.. amin.

Raya tahun ni..memang macam biasa time nak raya , raya aku akan busy cam nak patah segala tulang yang ada.. Ingatkan raya tahun ni akan jadi ok....tidakkk ok...still sama..pasrah giler aku...

Raya kali ni ahli bertambah..last year..aku dapat adik ipar..this year dapat niece!!!

wahhhh..teruja giler..of course happy tu lebih pada se kecik itu..baju raya dia..giler banyak..kalah orang yang puasa penuh 30 hari...hehehehe

1st raya aktiviti wajib is marhaban kat kampung halaman la kan..syokk ...aku memang suka join marhaban..sebab??? sebab happy..dapat jumpa semua orang...dapat makan...hehehehe...walaupun penat and boleh tahan melengas jugak la satu badan..aku gigih jugak habiskan semua rumah..

Marhaban start pukul 10pgi until 3pm baru siap...perhhhggggg menguji tahap stamina perut..suara..intonasi dan segala kudrat yang ada...

Lepas marhaban kemas2 pulak nak balik kampung..plus layan2 orang datang beraya...last sekali kami gerak balik kampung around 6pm...hehehehhe... siap sedia untuk kena marah dengan orang kampung ( mak cik2 aku la tu )

Bestkan raya...sangat best.. InsyaAllah next year raya aku akan bertambah meriah... as a wife...mudah-mudahan dapat buat yang terbaik...amin

p/s --- tadi buat HIV test tapi kena tunggu result 2 weeks okies.... (GRRRRRR) --- rupanya news procedure need to wait for the result.. tak boleh dapat on the spot macam dolu2.....

tetiba rasa macam nak lambatkan masa......pleaseee jangan laju sangat...sangat banyak benda nak buat...takut tak sempat nak kejar....tunggguuuuuuu


Monday, August 13

kuih raya

kuih dah muih sila nikmati kawan..penat ku masak masa puasa...


heeee.. over? yer sangat over...

Last weekend  menghabiskan masa dengan buat kuih..pasang langsir.. dan kemas sikit tuk hari raya yang bakal tiba nanti..phewwww...

penat okies

Memula buat kuih siput ( favourite den ni ) ... mengentel siput with kimi... buat dengan kanak2 kan.. jadik mulut kena bercakap2 bagi motive sikit kat dia..jenuh gak la ' chaiyokk kimi chaiyokkk..sikit je lagi...1.30pm cnfrm siap ni...chaiyokkk' - macam sukaneka dah--

Ahad pulak buat maruku ( me yg goreng semua maruku ) makkk aiii...1st time ni...cam nak terbakor tangan den memula buat tu...tak lama kemudian..tangan pun dah kebal..tak rasa sakit dah..hohohoh..mak pulak wat candy..nyummm2... ( t raya baru amik pic kuih) now puasa..t kurang pahala...wakakakaka

yang lain2 semua kuih tunjuk...jadik la kan..nak buat semua mau kebas bontot den duduk atas lantai kang...
Jadik marilah kita beli apa yang tak mampu kita buat...choiiii

Hari raya bakal menjelma,
marilah kita bermaafan bersama,

Pakai baju warna-warni,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tuesday, August 7

percaya

Entry ni adalah kesinambungan kes accident kereta ayah...

Ahad tu kami singgah pekan ayer hitam.. ada nak carik barang...Park kereta macam biasa ( ikut law la kan..bukan parking tepi2 jalan..park di tempat letak kereta)... Then masuk dalam..carik barang..dalam 10 minit macam tu..tetiba ada announcement suruh pemilik kereta keluar... Terus kami keluar...( kami kat ground floor jer )..

DupDapDupDap...tengok-tengok jer kereta ayah sudah kena langgar......huwaaaaaa....ok time kejadian sangat cool yer..terus pi tempat kereta dan ada satu family yang park betul2 sebelah kereta ayah bagi tau ' ni, orang ni tinggal anak dalam kereta..anak dia tertekan pedal minyak and terus langgar kereta awak ni'

Masa sampai tu family budak yang langgar tak turun lagi...mak dia tengah kemaruk shopping bunga at level 3... Turun2 jer mak dia...terus alih kereta...and terus discuss cam ne nak settle... Nenek budak tu pun ada sekali... Jap lagi rupanya kam tinggal di daerah yang sama...

Jadikkkk...atas dasar percaya dan kesian ( mak budak tu hanya ada RM 200.00 untuk balik negeri 9 ) kami pun lepaskan family budak tu..dengan syarat dia akan settlekan semua kos pembaikan..Macam nenek dia cakap....cakap jer berapa kami boleh bayar...(maniskan ayat dia) sangat manis...sebab belum keluar duit....

Tapiiiiiii, bila ayah dah hantar kereta kat bengkel dan total cost repair dah tau....dorang cakap mahal la pulak...Mahal ker??? RM 400.00 je okies...murah la tu...dorang cakap ada kedai boleh buat RM 250.00........ tapi tak tau la kedai apa kan...cat apa... its what we call branding yer kak..... cat akak kalo murah setahun kemudian terus terkopek2 yer....kereta ayah saya memang dah lamaaaaaa...tapi lagi lawa dari kereta saya yang baru 4 tahun tu..sebabb??? dia sangat jaga kereta, jadik jangan samakan semua kedai repair yer...harga = kualiti...

So pihak dorang decide hanya akan bayar RM 300.00 only...sebab tak da duit...cisssss...ari tu bukan main gah lagi cakap ' berapa jer kena saya bayar' ... tiba masa RM 400.00 pun tak mampu nak bayar...kalo tak da duit kita buat cara tak da duit..saya boleh paham...

Kalo akak tak da duit..better kita report police on that day..senang...confirm akak kena saman RM 300.00( minima) &  rugi kat NCD coz of insurance deduct....

From now onward, me tak akan percaya lagi pada orang macam ni.... velagak gila... tapi nothing... tak pa la kak..saya tunggu akak bank in duit ari ni ( as promise ) kalo tak da gak...tak per... cara lain ada...What you give , You get back..ingat tu..kalo tak kat dunia..akhirat ada...

p/s - dah perasan family ni cam kerek sebab tak minta maaf langsung pasal anak dia dah langgar kereta ayah..tapi...hati ni duk cakap...bulan puasa..tak baik nak marah-marah...

Mudah-mudahan ada rezeki kami yang lain yang Allah nak bagi..semua ini ada hikmah ( bak kata ayah)


Monday, August 6

dummmmm--- tercium sudah

Last weekend adalah hari yang agak panjang for me & family....

Jumaat - Balik kerja terus rush balik teratak ayah bonda.. prepare makanan untuk buka.. Mak masak nasi impit with lodeh and rendang..Nyummm2.... ( alamak, terus terbayang rendang daging ) :(

After buka and solat, semua siap untuk pi malacca ( tok ayah rindu kat insyirah la pulak  ) heeee... Tapi sebelum p malacca tu, kami pi melawat mak cik yang admit kat Hospital Kota... Heart attack ( takot okies )

Tetiba je mak cik sakit..before this nampak macam sihat jer... Jantung dia tak boleh nak pam darah..ruang jadik sempit coz of lemak ( dat y kita kena jaga badan yer... bukan kurus or diet untuk cantik tapi untuk healthy ) mak cik memang pernah gemuk before this now, bila dah berumur badan dia susut sikit..tapi rupanya lemak yang jahat itu tidak susut..malah dok menghimpit jantung dia..sampai jantung tak boleh nak function.

Lepas singgah hospital, singgah kejap rumah mak idah ... hantar nasi impit & lauk2nya...dia pulak teringin nak makan..heeee ( mood nak raya nampak? ) Just hantar makanan and terus shoot to malacca.. sorry ninot(kazen) tak dapat borak lama....jauh ni nak sampai malacca..heeee ( jauh la sangat )

Tuptup..dah sampai kat malacca ( bak kata kimi kejapnya dah sampai) yerrr... itu kejap bagi yang tido sepanjang jalan... Kasik sikit orang yang drive cakap...( ngantok okies)  O_o

Around 12 lebih gitu sampai umah angah...Insyirah pun dah tido ( tapi mummy dapat tido dgn Insyirah malam tu heeee ) terus sahur....dalam pukul 3 baru tido...heeee

Sabtu siang..do nothing..puasa la konon tak mo jalan2..heeee... Angah & Iza tolong ambil kan me punya wedding card, banner & banting...( sukeeee)
Yang ni banner.



Yang lain2 tak yah tengok dulu yer...maluuuuuu...kahkahkah...Bila malam menjelma marilah kita bershopping raya...Tapi kimi & Insyirah jer dapat habuan... me tak beli apa2 pun..out of mood ( pinggang den sakit yang amat, tak sure kenapa..nak pegang insyirah pun terasa sakit )

Ahad pagi2 dah gerak balik johor... :( sedey nak tinggalkan Insyirah... heeee..tak pe raya nanti InsyaAllah kita jumpa lagi kan.... Singgah tangkak kejap..singgah kubur Arwah atok kejap..singgah umah ucu kejap...mak aiiii banyak betul singgah???

Then pi ayer hitam..ada nak carik baranggg..tapiiiiiiii kereta ayah sudah kena langgar.....cisssss..... berani kau langgar kereta ayah den...Ok ini pengajaran kepada semua...Jangan Tinggalkan anak anda didalam kereta dengan enjin yang hidup...

Pasal accident ni kita sambung entry lain yer...hohooooo...petang sikit ker..

p/s - ada logik ker..if sakit pinggang ( belakang) disebabkan oleh stress???? logik ker?? jawab..cepat jawab.



Sunday, July 29

Shopping Raya :)

Jeng Jeng Jeng.... heheheheh

Last weekend, me spend my quality time with my family... :)  Masa dibahagi seadil-adilnya... belah my family & my incik tunang family... bagus kan saya ^_^ --- hhohoho ( masuk bakul then angkat sendiri )

Sabtu tu.. kena kerja la pulak.. maklumlah bulan puasa ni .. tak da sape kan nak balik lambat n stay kat office untuk habiskan semua kerja ni.. so, terpaksalah bkorban jiwa & raga untuk kerja on saturday...huwaaa ;(

Tapi tak per.. kita wat kerja laju2 then kita p jengjalan with my luv... :) -- sukaaaa

Lepas siap kerja terus p amik adik tersayang @ hostel then jumpa yang lain kat Jusco Bukit Indah.. kat sini memang plan untuk beli baju raya for Ekal & Kimi... Tapi mak & uda pun dapat sekali..cissss.. ngelat dorang ni... huhuhhuu... Lepas beli2 apa yang berkenan di hati... mari kita pergi berbuka puasa...

Menu berbuka ditaja oleh tuan rumah...  Kali ni buka   kat rumah Mak Yan pulak.. Last week dah buka kat umah M Idah & My mum.. So, now turn mak yan pulak... Bruppppppp... kenyang giler... hahahhahaaa

Lepas buka ayah & uda sambung shopping kat Jusco Tebrau pulak.. tak larat den nak join.. Baik kita lepak kat umah m yan sambil beli tudung..heeee... M yan kan jual tudung ..jadik kena la support family..heheh ( memang me jarang beli tudung kat luar )

Dapat gak tudung yang menarik tertarik & d Bommmm....ahakssss

Ahad pulak shopping with sara, incik tunang & shila.... Jusco Tebrau... ( saya dapat kasut jekkk ) jeles...gan  budak yg dapat kasut, baju & seluar...cissss...ngelat...hohohohohoooo

Then, buka with family incik tunang kat Sedap Corner... menu saya of course laaa Beef Mee & teh tarik...tak yah bukak menu..membazir jer...


Then lepas buka, kita g round2 cuci mata kat Galleria a.k.a kotaraya...sudah canggihhhh okies...heheheheee... then layan live band kat sana...itu sahaja


Balik umah.. tido..penat...lupa sekajap pasal kahwin...fokus kat raya dulu... ^_^

p/s minggu depan macam nak turun malacca -- rindu kat Insyirah ---  

Monday, July 16

kesibukan melanda

wahhh.... title macam kan ko busy bebenor je kan hani... hahahahha

Last thursday, aku celebrate b'day one of my frenz... Since, now mber yang single semua jauh2 belaka ( padahal tak la jauh sangat tapi, smua bzzzz )  aku terpaksa celebrate b'day dia bdua jer..hahahahaha..

Cian miss neno, berdua je dpt makan ngan aku.. sorry yer neno.. tu jer kesempatan yang adooo.. kang nak tunggu semua adooo.. bulan 10 jer kang aku clebrate..hehehehee



comel je kan cake ni  :)

Jari neno & Jari hani

Disebabkan makan pun bdua, jadi makan kat Domino's sudah...hehehehe..tak special langsung kan... Tempat makan pun hari2 nampak...tak pe la..redhoooooo...heeee              

On weekend plak, di penuhkan dgn menghadiri kursus kahwin ( hehehehehe, baru nak pi  Kursus ok)  Ustaz  pun ok.. Yang tak ok adalah mata aku... Giler ngantok ok.. Lagi2 slot petang..peh... rasa macam berpinar2 jer bijik mata aku ni...

Tapi, layannnn... Nak dapat certificate punya pasal. Kenalah gigih... Lama okies tak masuk apa2 class or seminar like this.. Selalu kalau pun kena attend seminar adalah dalam 1/2 day cam tu.. Ni....... 2 hari okies.. 2 hariiiiii......

Aku p kursus ngan Incik Tunang & Miss neno... tq nenooooo :)


p/s - Aku rasa berat badan cam naik jerrr.... O_o

Tuesday, July 10

guest book




                                          cantikkkk ke tidakkkkk???? --- sila cakap cantikkkk

Semalam petang , aku pi collect guest book.. Memula janji nak jumpa kat tesco je.. tapi tak dan.. So, lepas kerja ... bedesuppp terus p amik...

Lega...

Guest book cantik... Mungkin budak yang buat tu baru lagi, jadi tak berapa kemas .. Tu jer.. lay out cantik.. Aku suka.. haahahahaa.. Dia suruh komen.. So, aku dah bagi komen paling jujur.. Tapi ok la kot... ntah la..support la orang melayu..tak gitu?

Hehehehe.. lepas ni nak carik pen tuk menconteng guest book.. colour apa ea? Pink, purple, black, blue...lagikkk ??? pikir jappp

Lepas ni rasanya boleh fokus tuk carik door gift kot.. yang lain2 tu macam dah ok... kot la..mana la tau da benda tak carik lagi...

Coz, ramadhan lagi 9 hari, then raya... otak cnfrm ingat raya jer...hahahhaha..  ( raya lagi penting okies )

Eh, sebut pasal raya.. berapa banyak ea baju raya aku tahun ni..jap nak kira... 1,2,3,4.... 4 jerkkkk??? hahahha... jadik tahun ni tak payah beria nak cuti raya lama2 yer..kang tak pasal2 kena recycle baju raya tu.... :p

Now, otak ni duk ligat perfikir apa nak letak kat meja guest book tu.. prob dia.. deco dia.. macam nak buat sndri..coz, tu jer kot yang aku boleh buat sendiri...  ahhahaha... yang lain semua hasil orang tangan orang lain..jadi tuk deco tempat ni jer la aku boleh curahkan ke kreatifan tangan ku...

Feninggg.. feninggg... fening lalat tau cengini... ehhehe...

Kbai...

p/s - sy dah beli kasut kawen... :) --- hahahahhahaaaa- tp...... ntah la... ;p








Monday, July 2

baju sudah settle

aku menulis bukan kerana nama...

ntah la.. aku sendiri tak pasti kenapa tetiba aku rajin untuk berblogger..maybe untuk menulis, meluahkan apa yang aku rasa... suatu hari nanti pasti aku tersenyum membaca coretan sendiri..

Kenapa nak pakai blog?? pakai la diary, bukan ker lebih mudah? Sebabnya satu..aku memang tak suka menulis...sebab tulisan aku buruk..siyes buruk...

Ok.. sila abaikan ayat poyo diatas..

Tujuan nukilan ini di taip adalah untuk menyatakan perasaan lega di hatiku... ( walau masih ada ragu2 / gundah gulana ) ;p

Semalam, pagi - aku telah berjaya mencari baju untuk di pakai oleh bakal para pengapitku/ dayang-dayangku  @ miss gudong..para??? kenapa para?? sebab lebih dari satu...heheheheheee

Lega sangat dapat pilih colour yang sesuai, even colour sebenar yang aku nak tak dapat carik... hurmmm, tak pa lah..harmony sikit banyak2 colour..asalkan tone nya sama...

lagi lega bila baju untuk bakal pengantin perempuan & lelaki jugak telah berjaya di cari... even bermula dengan mood yang tak elok. Tapi, akhirnya semua baju dapat di cari...amin

Semalam jugak - petang - aku & encik tunang p servey2 a few perabot untuk rumah kami nanti... Servey tu penting, sebab bakal rumah yang kami akan duduk tu nanti tidak sebesar banglow.. kang carik benda besar2 gabak kang, nak lari dalam rumah pun tak muat..hohohohoho

Mission kami adalah tak mahu berhutang.. jadik penjimatan yang maksima adalah penting...

Now, aku kena carik masa untuk duduk setable dengan mak andam pulak..need to discuss apa yang aku nak dia tolong realisasikan untuk my big day...

Tapi, siyes tuk July x da masa nak jumpa..huwaaaaaa, stress okies... Nasib baik mak dah tolong book.. At least tak da la aku kalut sangat...

Ok.. sekian untuk today... c u t

p/s - now tengah pikir pasal wedding cake & door gift for solemnization & malam berinai :)

Monday, June 25

last sunday

Last sunday,
Ada Majlis Aqiqah Nurul Hana Insyirah,
Comel sangat Insyirah..baik jer...pandai... pandai bawak diri untuk majlis tu..

Selesai jer majlis Insyirah,

Jengjengjeng...

Ada sikit discussion... pasal apa tu ea??

Hurmmmmm,

Pasal my big day!!!!

And now, saya sudah tersangat busy, pikir about the wedding... theme, colour, wedding invitation, invitation list, door gift & blablablaaaaaa....

Kat kepala ni just nak something simple but nice.. hurmmmm... Warna apa yang nice ea...purple, pink, white & blalalaa :)

And the most important thing is... kena rajin cari sponsor..huuhuhuhuuuu

And I will work hard for this :) -- yippiiii

apa2 pun please wish everything will be ok... amin :)

have a nice day!!

Wednesday, June 20

stress

Sangat strees,
Sangat tak cukup masa,

Rasa macam banyak benda tak buat,
Rasa macam banyak benda akan jadi tak sempat...

Ohhhh....Tidakkkk....

Kita buat satu-satu ok..
Kita buat pelan-pelan..

Kasi settle semua,
Kasi bereh semua..

:)

Dunia....ohhhh..please.,... help me

Tuesday, June 19

BeaniePlex


 Ok.. Kejakunan tahap melampau...

Hahahhaha...

Hari tu en tunang ajak p tengok movie @ TGV Bukit Indah... Saja nak test tempat baru...Jap lagi rupanya kami yang di test..Heee

Memula naik jer terus teruja..Cantik ok..Luasss jer..Tak Payah bersesak2..Ada seat lagi untuk waiting . Bley la duduk2 kan, Tak payah la tercanguk2 diri tengok orang...

Pastu pi la beli tiket.. MIB3 for 2 pax RM 38.00... huhhhh??? aku pun buat aksi terkejut la kan..then cakap kat  budak tu...Dik pe kes mahal pulak ni? Budak tu pun jawab' ni je yang ada kak untuk MIB3, yang ni Beanieplex kak'...Time tu muka aku dah blurrr...Tengok muka en tunang dengan conpius sambil otak aku yang sengal2 udang ni b'kata-kata ' Apakah itu BeaniePlex??'

Jap g masuk jer..Taraaaaaa.....

Seat macam kat pic...

Macam kerusi kat rumah okies..Bean Bag..so, selesa la kan..untuk si Kaki Panjang like me... siap melintang2 la kan aku duduk..Siyes, selesa... Jauh tau jarak kerusi kita dengan orang depan..Kira bley selunjur kaki sebaik2nya la kan..

Lepas tu dun worry la pasal terganggu dek kepala orang depan ker..Apa ker...coz, memang tak nampak kepala orang depan okies....

Kalau yang bawak anak sorang tu,,Bley jer share kerusi ni... Luas..

Jadi, sila la pergi menonton wayang @ Jusco Bukit Indah...hehehhe
http://www.tgv.com.my/#!/cinemas/BI0


Sunday, June 17

Hukuman Dari Ayah

Pagi tadi...sambil pacu kereta laju2 , telinga pulak dok layan HOTfm...

Topic, hukuman dari ayah yang masih segar dalam ingatan..

Terus teringat kenangan dolu2...aku dulu..agak nakal ok... Jadi from now aku dah doa, anak aku sila jgn nakal cam aku..ikut yg baik2 jer..yang nakal2 jgn ikot, pasal aku kurang sabar..hahahah

1 ) Kena rotan giler pakai hanger kot.
      Yang ni giler tragis ok. Memula cam gini... Petang tu aku main baling selipat ngan angah..Tengah2 dok happy go lucky main tu..aku terbaling selipar tu kat muka angah..Si kememe angah tu apalagi, nagessss!!! Aku yang cuak terus masuk bilik..konon2 nak study... Ayah pulak bila tengok angah nages terus la p kat anak lelaki dia tu kan..jap g angah p salah kan aku...dammmmmm, tak guna punya angah..

 Lepas tu apa lagi, ayah terus la p bilik carik aku...aku, terus kunci pintu..dumdumdum..ayah suh bukak..tapi si degil ni, x mo bukak..konon teror la kan...jap g ayah lagi teror rupanya...ayah pecahkan okies pintu bilik aku..huwaaaa...korang bayangkan,.pintu blik pecah okies..

Kalau pintu pecah, apa lagi dapat kat aku..berbirat2 badan aku kena sesah...adoiiiiii....giler birat ok..bukan main2 punya...degil sangat kan..nak tunjuk hebat x mo bukak pintu bagai,,dapat hadiah baik punya la kan..

Terus tertido lepas kena sesah, sedap sangat kot dapat hanger.heheheheheeee...

Ok. sekian untuk hukuman pertama...nanti2 kita sambung untuk yang ke 2...

 :)

Wednesday, June 13

Encik @ Abang ??

Ini adalah cerita last weekend...

Time tu, aku & mak nak pi kedai untuk beli lauk untuk masak tengah hari then nak pi makan cendol.. Kami pi naik motor mak jer... Malas nak panaskan enjin kereta...

ok..Sampai kedai beli2 la barang tuk masak..Done.. Tapiiii, motor pulak tak boleh start..Alamakkkkk, nape pulak ni..tak kan rosak pulak mak?? Dah la tak bawak tepon..Kang tak pasal kena menapak balik rumah??...( padahal dulu balik sekolah ada gak jalan kaki..bolehhh jerrr)

Then, mintak la tolong sorang brother ni... Dia pun start kan..boleh pulak...wakakkaka... Mak pun cakap ' Terima Kasih' aku pun cakap gak la 'Terima Kasih cik'\

Nak tau apa brother tu cakap??? ' laaa, pak cik pulak tu, abang laa'( sambil ketawa)...then, aku terus bulat kan mata then tutup mulut...

Naik jer motor terus jalan & ketawa kuat2 dengan mak... hoohohohohooo... Brother tu tak setuju la aku panggil dia cik a.k.a pak cik..heheheheh

Tapi kan..aku memang tak berapa reti untuk panggil orang dengan panggilan abang..lagi2 orang tu kawan2...kalau cousin tu lain la kannn,,

Ntah ea..memang tak reti la..kat office pun tak pernah panggil sesiapa dengan panggilan abang..even ada kawan2 yang panggil abang untuk orang tu.. Aku lebih selesa panggil nama @ encik sahaja..

Dulu time kenal en. tunang pun..aku juz panggil kau / aku jer... umur kami jarak 5 tahun okies..orang lain ada duk gigih panggil dia abang..tapi aku..non adooo..tak terkeluar kat anak tekak ni nak panggil dia abang..until now..tak dok & tak teringin pun nak panggil dia abang...wakakakakaaa.. Panggil nama ada la..kekadang tu macam segan pulak kat depan mak dia, dok panggil dia nama jer kan...tapi tu la...tak reti...

ok tu jer...

bye2



Tuesday, June 12

DIET

Hurmmm, lately ramai yang share kan pasal CARA MAKAN NABI MUHAHAMMAD..

So, apa kata kita follow... For me, untuk follow benda ni.. InsyaAllah boleh.. tak susah kan..Kalau kita cuba mesti boleh..

Sebab apa boleh?. Sebab kalau aku makan , aku lebih suka hanya ada satu main course..Like, ayam & sayur... Daging with sayur or ikan with sayur...Macam tu la.. Tak berapa suka ada banyak2 ...

Next part adalah, bila makan tom yam .. Lepas ni try untuk tidak order TOM YAM CAMPUR... so, kalau nak order better Tom Yam Seafood kot... Lagi satu mesti  ingat untuk tak makan Daging + Ikan... jadik kalo nak makan ikan bakar, maka tak boleh la order tom yam campur..Lepas tu, kalau order ikan bakar, tak boleh la order telur dadar...


Tapi, part paling  gigih nak kena buat adalah...cocktail... its my favourite okies...huwaaaa.... Kalau lepas ni kita amik kuah/ air buah campur tu, then buah kita keluarkan ...campur with susu & puding & sumi..ok kot.... or..juz pakai nata de coco... I think its better... Lets try ok.. :)

Makan buah ni penting, orang kita... dah terbiasa, untuk jadikan buah as pencuci mulut.. kira makan buah ni last sekali..hurmmm..cam ner nak ubah ea...Tak pe, kita try ubah pelan2 okies...

Yang pasal makan dengan susu tu... ( ikan + susu, ayam + susu, daging + susu) , rasanya lepas ni tak boleh la minum teh ais lepas makan yer..teh tarik pun tak boleh...huhuuu, gigih jugak kan nak buat ni..tak per, kita try pelan2 yer... Minum air masak je la senang... hohoho.. tak pun minum jer air teh o, kopi o...hohohoohohoo...gigih tau...


Makan malam ni rasanya tak semestinya pukul 8 malam kot...kira makan pukul 6 pun boleh kira makan malam... As long as kita ada amik makan berat untuk malam hari.. Jangan biar perut kosong waktu tidur..Itu la fakta utamanya...

Ok dear..lets try to do this ok.. Jangan malas2 untuk follow diet ni yer...




Bernyawa Dengan Sebelah Jiwaku


Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh, oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup
***
Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh…
Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh, oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula
Ulang ***
Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa oh, oh, oh
Kini ku berani lebih berdikari yeah, yeah, yeah
Ulang ***
Bernyawa dengan sebelah jiwaku 2x