...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Friday, November 23

bau

dari semalam terbau-bau hypnose...aiyrakkkkk, macam mana boleh jadi begini..i'm not lancome lover....

hurmmmm... adakah perlu beli satu???? perlu?? tak perlu??? perlu???

tepuk dada tanya poket..kuikuikui...

paris hilton by paris hilton--- yang ni dah makan 2 tahun x habis2...wakakakakaaa

ferragamo incanto bloom --- ini kesayangan hamba :)

burberry touch ---  tetiba saya benci bau ni....haishhhhhhhhhhh

yang pasti saya tak akan benci bau ni ---->> bukan strawberry tp colour botol maroon...tetiba hilang ingatan.. EDT - LIMITED EDITION - nape limited ea??? siyes, berbotol-botol daku pakai .... suka giler bau dia,

en kesayangan hamba pulak berbau ini ----->

















& ini..... yang ni dah berbakul-bakul dia pakai




















Ok.. sekian tajuk bau-bauan.... once hypnose tetiba jadi bau hamba, akan hamba coretkan...ngeeeeee..

Tuesday, November 20

wedding gift

Lebih sebulan sudah majlis itu berlalu, tapi malam tadi one of our friends datang rumah dan bagi kami wedding gift!!!! Suka sangat. hewhewhew.

Memang banyak hadiah yang kami dapat masa wedding, terima kasih banyak2 pada yang sudi memberi. Tapi hani lupa la samada member kitorang ni ada bagi atau tidak gift masa hari sanding ari tu. Hani rasa macam ada. Tapi sudah lupa... Kalau dia bubuh card boleh la hani carik. Balik teratak ayahbonda nanti nak cari... semua card adiah kawen hani tak buang. kami simpan bersama2 box guest book.

Kalau dia ada bagi adiah means dia bagi 2 adiah la...aloooolooo maluuuu *_*

Hadiah kali ni ialah....... 3 days 2 night stay at Grand Dorsett Subang... phewwwwwwww... Bestttt2... Dorang suruh kami honey the pokemon kat sana. Tapi kita decide tuk pi with mak & sara. Kang pi berdua sampai 3 hari kang mati kutu la kan jawabnya...

Aku tengok kau. Kau tengok aku... Sama jer macam kat rumah...hewhewhew..........

http://www.granddorsett.com/subang/images/rooms/deluxe-plus-room.jpg


Ini pic bilik .. best tak??? macam best kan. Once kami dah pergi nanti hani will update apa yang kami buat ea..... Tapi kan kami sangat la busy now.. Tak sempat nak pi mana2 dah.

Hani ada apply cuti on Dec tapi my boss reject. Cisssss berani. ngeeee. Dia kata on Dec semua cuti freeze.  Next year baru cuti.. Layannnnnnnn


KEMAHUAN


Kekadang kita terasa nak sangat sesuatu perkara tu berlaku, bila tak dapat kita akan rasa sangat sedih.

Tapi kita terlupa sesuatu sebenarnya, kita terlupa bahawa bila ALLAH tidak makbulkan permintaan kita tu, sebenarnya Dia tau itu adalah yang terbaik untuk kita pada ketika itu.

Mungkin kita sangat menginginkan perkara tu, tapi sebenarnya kita tak bersedia sepenuhnya untuk perkara itu.

Tidak bersedia untuk pikul tanggung jawab itu.

Mungkin kita rasa itu yang terbaik untuk kita. Tapi kita lupa bahawa Allah yang lebih tau apa yang terbaik utuk kita.

Jadi bila kita inginkan sesuatu kita mesti terus berusaha, jangan mengalah. Berusaha & berdoa. Bila sampai masanya InsyaAllah segala yang kita impikan akan tercapai. Pada masa & ketika itu percayalah bahaya kita akan lebih bersyukur dan menghargai apa yang kita ada.

:)

Salam pagi rabu, Doa yang terbaik untuk penduduk GAZA!!

Monday, November 19

sebuah perkahwinan


------ fakta atau auta----- tepuk dada tanya akal----

Sebelum jejari ini menaip tentang sebuah perkahwinan, hani dah mengoogle mencari erti perkahwinan... hurmmmm, memang tiada erti perkahwinan yang lebih details.

Apa maksud perkahwinan?? - sebuah kehidupan yang dibina selepas akad nikah. Betul, itu adalah ertinya tapi ia tiadak semudah itu.. banyak yang di tuntut dalam sebuah perkahwian dan tuntutan yang terbesar adalah pengorbanan.

Bagi hani bila seseorang tu dah bersedia untuk berkahwin ini bermakna dia susah bersedia untuk berkorban.
Berkorban dari banyka segi. Sangat banyak. Percayalah.

Berkorban masa, tenaga, wang ringgit, jiwa, raga, hati, perasaan dan segalanya adalah tentang pergorbanan. Pergorbanan yang perlu dilakukan dengan penuh ikhlas kalau nak dapat pahala :) - Kalau willing berkorban fpr nothing, silakan. Tak sape pun nak marah. :D.

Kenapa hani cakap macam tu?? Kita dah bercinta 2- 10 years, Mestila kami serasi.. Ohhhh, tidak!! Jangan percaya pada statement tu... Kenapa orang berkahwin 10 - 20 tahun boleh bercerai?? kenapa?? sebab tak sanggup lagi untuk berkorban. sebab tak ikhlas dalam berkorban.Sangat complicated.

Ok. Lets start with this. Dulu sebelum kahwin,dating time weekdays, weekend balik kampung. Sanggup tak tuk kurangkan balik kampung lepas kahwin? Sanggup tak untuk tinggal jauh dari family lepas kahwin?? Sanggup tak untuk duduk rumah jaga anak lepas kahwin?? sanggup???? kalau betul anda sanggup anda memang layak untuk berkahwin... :)

Berkorban seikhlas hati, buat kerana ibu bapa, keluarga, suami dan Allah. InsyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

amin :)

Nanti-nanti kita sambung ea

Thursday, November 15

simptom

Jeng Jeng Jeng,

Since last week sampai la sekarang ni ( tapi, now makin berkurang ).. Hani dapat simptom baru...ngeeeee

Tapi bukan sebab apa2 yer... tak da sebab yang munasabah.

Now, asyik pening kepala jer.. dia tak da la pening sangat sampai tak boleh bangun.. Cuma dizzy gitew.. cam lalat punya pening..ngeeee

Lepas tu rasa cam nak muntah jer.. tapi tak muntah pun... rasa macam ada benda jer nak keluar ikut tekak ni..haishhhh

Then, rasa sakit yang amat dekat T*T**... ngeeee macam nak meletup okies.. dia macam membengkak.

Kenapakah itu????

Adakah itu hormon-hormon yang terjadi selepas kahwin? Aikkkkk..boleh ker macam tu? hahahaaa... untuk info lebih lanjut kita tunggu nanti yer... mana tau dia hilang sendiri nanti lepas beberapa minggu. Kalau still sakit lagi marilah kita bersama-sama jumpa yang pakar...okies

TATATATA-- mood kerja tak datang.

our new cousin

12.11.2012 --- kami dapat new cousin :)

Syukur alhamdulillah dengan kelahiran ini.. my auntie tunggu almost 14 years for this baby gurl... Alhamdulillah rezeki itu memang dari ALLAH. Yang penting kita tak boleh berhenti berusaha.

Maka dengan ini genaplah cucu atok 14 orang... 9 lelaki 4 perempuan.. 4 je okies.. sikit jer tau cucu perempuan atok.. setiap orang anak hanya menyumbangkan sorang anak perempuan. hasilnya 4 jer cucu perempuan .. umur plak tu jauh-jauh tau... 27 - 20 - 16 - 1 --- giler kentang...

That why bila hani balik kampung jer...hani jadik kanak-kanak.. sebab geng semua kanak-kanak.. maka berperangailah kita seperti kanak-kanak.

Ahad ni pulak akan ada majlis doa selamat untuk baby zahra & haji kudin...ngeeee... my uncle akan balik insyaAllah hari ahad ni...

Maka kami akan berkampung la kat damansara aliff sebab tuan rumah dalam pantang....buat kenduri kecil-kecilan jer..

Mintak2 semua ok...tata

p/s - lately selalu sakit kepala--- kenapakah??