...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Thursday, January 31

ayah & mak

seminar kenali anak kita bersama petronas,,,,,lotus desaru,,,,,,,tanggungjawab kita membimbing anak2 bahagia barjaya dunia akhirat,,,,,


Ayat kat atas tu hani copy ayat mak hani..... my lovely mum ..... Tetiba sebak pulak bila baca ayat mak. ' Tanggungjawab ibu bapa membimbing anak2 bahagia, berjaya , dunia & akhirat.

Tapi, u olls bila diri sendiri jadi seorang ibu, terasa sangat takut. Mampukah? Berjayakah ? untuk ajar, didik & bimbing anak2 sendiri untuk berjaya dunia & akhirat.

Semoga hani & suami diberi kekuatan untuk melakukan amanah Allah ini.

Tapi, kekadang ada jugak terdetik kat hati ni. Tak pastilah untuk orang lain kan. Tapi hani ada perasan parents sekarang ni. Suka buat benda tak elok depan anak2. Tunjuk contoh yang tak baik depan anak2. Maki2 depan anak2. Sungguh itu adalah didikkan yang tidak bagus untuk anak2 anda.

Yer, hani sedar siapa diri ni. Tak layak untuk berkata2 atau ulas pasal anak2. Tapi hani diberi akal & fikiran untuk fikir baik & buruk, kesan & akibat dari perbuatan parents itu kepada anak2 dia.

Ajar anak cakap bodoh.. Bukan ajar, tapi cakap bodoh depan anak2.. Bukan maki anak2. Tapi dok maki orang lain. Jadik anak2 akan fikir , cakap bodoh tu tak salah pun. Sebab parents dorang boleh sebut.

Entahlah... semoga kita semua dapat memberi contoh yang terbaik untuk anak2. Dapat jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak2. Kerana anak adalah amanah Alllah yang terunggul untuk kita. Berjaya kita, berjayalah anak kita.

Berjaya menjadi seorang manusia . Itu penting. Perkataan manusia tu sangat subjektif. Manusia yang berlasndakan Al-Quran. Bukan duniawi semata. Akhirat jua.

Semakin kita dewasa, semakin banyak yang kita boleh fikir & kaji sendiri. Buatlah yang terbaik untuk anak2 kita. Sebab bila kita tak ada nanti. Dialah penyambung legasi kita. Dialah yang akan mendoakan kita. Sedekahkan bacaan Al-Quran untuk kita. Jangan nanti, kita terpaksa tanggung semua dosa dia. Sebab kita tersalah bagi didikan pada anak-anak kita.

Tak salah ikut peredaran zaman, yang salah bila agama semakin di lupakan.

Salam pagi jumaat. 


Tuesday, January 29

semalam...

semalam cuti berkembar sempenan thaipusam..... yang beraya orang lain..yang sibuk bercuti orang lain..maka jalan akan jem dengan jayanya..itu yg kita namakan 1malaysia..HEBATTTT..... ( clap-clap-clap ).

Oleh kerana cuti 3 hari, kalau tak buat apa-apa kat rumah otak boleh jadi tepu..Untuk elakkan otak jadi tepu mari kita buat pengisian untuk hari-hari cuti kita. Memandangkan en. suami cuti on Sunday jerrrr... Jadi tak boleh la nak pi mana-mana...sabtu & isnin dia kerja okies...Company dia kerja very the islamic, tak amik thaipusam..layannnnn.

Sabtu, do nothing....kemas.masak..siap masak 2 kali tau...1st time ni..selalu lauk lunch santak ke dinner...tapi sebab rajin...2 kali i masak.....comel jer lauk...macam main pondok-pondok..2 perut jer nak isi.tak kan nak masak sekawah. Malam laki den ajak dating. Pi umah mak kejap, tengok sara. Lepas tu kita merambu melihat bandar JB. Dah lama tak keluar malam tau. Dulu time berchenta bukan main suka kluar malam. Dah kawin ni, baru sekali ni haa dok keluar ronda-ronda JB. Giler ahhh.... ramai giler manusia.. Dorang ni tak reti nak tido ker? Lepas meronta kita bersantapan kejap kat dataran. Kasi ilang dahaga...heheheh..macam maraton jalan kaki jer kan.. Dalam kul 3 pagi baru balik umah... Tapi mata still tak ngantok. Tgok tv pulak... Pastu baru tdo..

Ahad, bagun pagi buat bekpes..jemput-jemput jer la bekpes den. Laki den memang tak da menu lain.. Nak jemput-jemput jugak. Resepi rahsia kepuyaan den. Buat bekpes mesti pakai sleveless. Baru rasa dia mantopppp.bhahhahaaa...  Dalam kul 3 keluar. Ingat nak tgok Juvana, tapi sara tak mo layan movie la pulak. jadi daddy bawak pi masai. Motif? Sara nak jalan-jalan jer... Jadi la kan... nak sangat jalan.. maka tajuk jalan kita tukar. Jalan-jalan teman daddy carik kasut kerja... Makan kat tesco jer ari ni. Sara sangat bergumbira sebab ada tempat mainan katanya. Balik lepas hantar sara, laki bini yang tak reti penat ni. Gigih p cinema sebab nak jugak tengok juvana.... Lepas tu kita makan.... baby lapar... Daddy tak makan tau. Hebatttt.... Sampai rumah 12 lebih... Tengok tv then tdo...zzzzz

Isnin, bangun pagi gosoj gigi, goson dengan colgate..ngeeeeee.. Siapkan laki den poi kerja. Lepas tu den pulak siap2 balik umah mak & ayah den...sonok sonok sonok. Balik ngan sara jer... Banyak activiti kami, main badminton, main bola, tanam pokok, siram pokok. buat donat.buat pulut kuning... & tdo sambil peluk mak....wakakkakakkaaa... Tunggu ayah balik kerja then baru gerak balik skudai..... Hebat.... Sampai hari ni pinggang den terasa sakitnya lagi....

Jadi semalam daku dapat bersama dengan orang-orang tersayang untuk celebrate my 28th bday.....


Thursday, January 24

MANUSIA ITU

Perasan tak kadang-kadang dalam hidup ni kita akan jumpa dengan sesuatu atau seseorang yang kita tak sangka. Tak sangka dalam hidup ni kita akan jumpa dengan perkara macam ni. Tak sangka kita akan jumpa dengan manusia macam ni...

Ada orang yang sangat tak menjaga perasaan orang lain. Dia hanya fikir diri dia dan apa yang dia fikir betul sahaja. Kekadang terfikir jugak. Manusia macam ni, samada otak dia tak berkembang atau dia sebenarnya saja nak sempitkan pemikiran dia??

Atau cara pemikiran dia pada waktu tu adalah bukan diri dia. Jadi kita boleh anggap ketika itu dia diluar kewarasan. Boleh macam tu? Mungkin dia terlalu ikut kata hati. Tapi kita pernah dengar kan kata-kata 'ikut hati mati'... Jadi kita sememangnya tidak disarankan untuk mengikut kata hati. Sebab kata hati tu mungkin dipengaruhi dengan kata hasutan syaitan atau manusia yang bertopengka syaitan.

Atau sebenarnya orang macam ni tak cukup ajaran atau didikan? Entah. Sebenarnya sangat sukar untuk mengenali seseorang itu. Bila kita rasa kita dah cukup kenal. Sebenarnya banyak lagi yang kita tak tau. Bila kita rasa kita tak kenal. Tapi dia lagi banyak kenal kita.

Manusia boleh berubah-ubah?? Berubahkah manusia?? Atau apa sebenarnya yang berubah??

Sunday, January 20

testimoni

:: TESTIMONI::

boleh mengurangkan / menghilangkan rasa sakit-sakit sendi terutama di lutut.

## dengan pemakanan secara berterusan selama 2 minggu##

PERBEZAAN PMC PURPLE & WHITE

PERBEZAAN PMC PURPLE & WHITE :

WHITE ( GRED AA )
* Diproses secara stim.
*Diproses 3 kali.
*Kandungan antioksida kurang.
*Kurang garam.
*Kurang berbau.

PURPLE ( GRED AAA)
*Diproses secara semulajadi.
*Diproses satu kali sahaja.
*Kandungan antioksida tinggi.
*Bergaram.
*Berbau sikit.

*****Sekian untuk makluman semua*****

testimoni

::testimoni::

pure marine collagen juga mampu mengecutkan jerawat anda dengan pantas.....

Caranya : tepekkan PMC yang sudah dimasak dimuka anda..lebihkan sedikit di kawasan yang ada jerawat...

Jadikan ianya masker harian anda!!!

::selamat mencuba::

Thursday, January 17

petrol ohh petrol

Semalam, tengah-tengah isi minyak kereta tetiba terfikir pulak... This month macam dah banyak kali isi minyak...kenapakahhhh??? Jadi hari ni, mari kita kira berapakah duit yang dah lebur untuk minyak...   :( --- nak nagessss.....sobsobsob...

Mari kita kiraaaaaaaaaa.... sekali buat kira-kira matematik, dengan tambah dan tolak.... makaaaaaaaaaaa...

total duit yang dah lebur untuk jan'13 yang belum berakhir ni adalah RM 300.00..... O_o.... aiyarkkkkk, manyak tu..... kemanakah myvi ku bergerak???? pikir-pikir cepat pikir....duit dah habis baru nak pikir... itu belum masuk petrol untuk pi KL this weekend, nak balik kampung pulak minggu depannya..... huwaaaaa...... nape banyak sangat jalan bulan ni..........

Feb,mac dan seterusnya nak duduk umah diam-diam... jimat minyak..selamatkan alam sekitar....hahahhaaaa..padahal terperanjat petrol bulan ni mencanak-canak naik...cissssss, berani ko minyak..... kenapa ko asyik nak habis jer ni...banyak jalan ker?????

Cepat pikir....pi tangkak sekali, pi melaka sekali, balik kampung sekali, jalan-jalan sekali...ohhhhhhh, kereta tak duduk diam rupanya.... sian myvi..kena kasi dia rest ni.....( jimat-jimat)...hahahhahah

mak, ayah.... isikan minyak pleaseeeeee    :) --------------   PM tak nak kasi voucher minyak ker? hewhewhewhew... pakai hybrid la cam ni...adios

Tuesday, January 15

11weeks

Hurmmm, sekejap jer rasanya.... now dah 11 minggu.... apa rasanya setelah 11minggu membawa janin didalam perut?

Sekarang rasa sangat selesa. tak macam memula dulu. Rasa lain macam jer. Now dah ok. Makan pun dah bertambah-tambah. Sangat la meyelerakan semua makanan.... Kecuali nasi dan lauk-lauk. Nafsu makan akan berkurang once nampak nasi... Ntah la... tak sure lagi kenapa. Kalau mee ker, steak ker, laksa ker, semua bertambah-tambah. Kuih-muih, buah-buahan mak aiiii, tak cukup-cukup nak masuk mulut... heeeee...

Tak per la. Makan nasi banyak-banyak bukan bagus pun kan. Makan jer la benda lain . Nasi buat ada-ada jer.....ngeeee....

Tapi kan... rasanya macam betul jer... statement yang mengatakan ibu mengandung ni suka di manjakan..sensitif... ker aku yang gedik???hahahahahhaaa

rasanya betul kot....  macam best jer bila mak urut-urut... mak belikan baju.... ayah selalu tepon... adik ipar selalu msg tanya khabar...rasa cam happy jer..... ngeeeee.... kawan-kawan office amik berat. suka, suka, suka n suka.....

Suka gak bila borak dengan en. suami pasal baby.... huhuuuuu... macam-macam dah plan kepala ni... Tak sabar nak realisasikan...

Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar....kami dapat jadi ibu bapa yang terbaik untuk baby. baby sihat sejahtera dan sempurna hendaknya... amin...

p/s - Rasullah ada berkata pada fatimah untuk mencukur kepala hassan kemudian ditimbang rambutnya dan dinilaikan dengan perak kemudian disedekahkan kepada fakir miskin. Hari yang terbaik untuk mencukur rambut bayi ada pada hari ke -7. wallahualam.





Wednesday, January 9

kebaikan PMC

Ok, hani dah update pasal harga PMC, cara-cara masak. Now, hani nak cerita pasal khasiat dia pulak..... ok... readyyyy.... goooooo


Ok. antara kebaikan pure marine collagen :

1) Membantu meningkatkan metabolisme.
2) Melembutkan kulit, mengencangkan punggung & payu dara ( bukan janji tapi pasti ).
3) Membuang toksin dalam badan.
4) Menghilangkan sembelit.
5) Memulihkan sel-sel kulit mati ( bekas jerawat ).
6) Mengurangkan kedutan,jeragat ( bintik hitam ), selulit dan jerawat.


Kandungan yang terdapat dalam Pure Marine Collagen.

** Ia mengandungi nutrisi kolagen 10 kali ganda dari sirip ikan yu.

** Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang.

Jadi apa lagi...... Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan PMC dari saya!!!!

ares_niza@yahoo.com

makluman lanjut boleh klik SINI


Monday, January 7

cara-cara penyediaan PMC

today hani akan buat tutorial macam mana nak rebus / masak rumpai kita.. okies... bersedia semua....

1) Basuh rumpai dalam 5 - 6 kali... Ramas2 rumpai tu, gaul2... macam kita basuh beras tu.

2) Lepas basuh, rendam semalaman. Agak-agak dalam 8 - 10 jam.

3) Bilas lagi dalam 2 - 3 kali.

4) Rebus dengan 1.5liter air untuk 100grm rumpai.

5) Rebus dalam 20 minit atau sehingga ia betul-betul larut / likat. Boleh la dikacau-kacau, macam masak lengkong tu.

6) Masukkan dalam bekas, biarkan sehingga sejuk,  kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk. Tahan sehingga 4 minggu. Bergantung kepada cara penyimpanan.


HASIL RENDAMAN

                                                                  MASA MASAK
DAH SIAP

*********************************************************************************

---- Makan----

1) Rumpai yang dah siap masak boleh di makan begitu sahaja. Boleh juga masa kita masak tu kita tambahkan gula sebagai penyedap rasa.

2) Untuk mengurangkan rasa payau, boleh juga dimakan bersama bancuhan sunquick atau ribena (vitamin C).

----Masker----

1) Basuh muka terlebih dahulu.

2) Ambil dalam sesudu rumpai yang sudah di masak, letak kat tapak tangan. Tepek la kat muka dengan lemah gemalai. Buat sedikit urutan. Biarkan seketika atau boleh juga dibiarkan semalaman.

----Rendaman Kaki----

1) Air basuhan rumpai juga boleh dibuat sebagai air rendaman tapak kaki. Simpan air rendaman yang ke 3 hingga ke 6.

2) Rendamkan kaki untuk 10 - 20 minit. Buat sedikit urutan manja di tapak kaki anda. Ia bagus untuk menghilangkan rekahan di kaki.


****** selamat mencuba******

untuk tempahan sila e-mail     ares_niza@yahoo.com

Pure Marine Collagen Gred AAA ( purple ) RM 20.00
Pure Marine Collagen Gred AA ( putih )  RM 15.00






Sunday, January 6

pure marine collagen aka PMC

from now and onwards.... hani akan supply PMC... chewahhhh..bniaga la konon.... hahahahaaaa....

Since, now ramai yang dah tau pasal PMC ni.. hani pun jadik minat nak jual. Kat kampung pun mak hani ada beli dengan orang. Tapiiii, mak ai harga dia.. melambung-lambung kau... Mentang-mentang la jual dengan orang felda bukan main banyak lagi ko mark up harga ea......

Habis tu ko jual murah sangat ker hani???? ngeeeee.... I x da jual murah-murah sangat. Biasa-biasa jer tapi tak de la sampai mahal gilesssss.... Hani & sorang kawan decide tuk jual benda ni sebab member hani ni kenal dengan supplier. So, hani pun sambil menyelam minum la air...brupppp blup blup blup... Orang ajak join, kita join jer la .. x payah susah-susah. Jual jer...

Jadi kepada sesiapa di luar sana ingin membeli Pure Marine Collagen gred AAA & gred AA.... Sila hubungi saya dikaunter berdekatan anda... sila e-mail ares_niza@yahoo.com.

Harga kami ada RM 15.00 & RM 20.00.... sila order lebih dari satu untuk mendapatkan diskaun sempena promosi pembukaan kami.... sila -sila beli jangan malu2....

Gambar, nanti hani tepek ok....

Orang pregnant macam saya boleh tepek kat muka( masker ) & badan (lotion) kalau takot & tak boleh nak telan.... -----------> saya la tu....hehehehehhe

 GRED AA   RM 15.00
GRED AAA RM 20.00



air mata


06.01.2013 ---- happy b'day hakimi ---- we luv u...

bila air mata menjadi teman tidur,
selangi ia dengan istigfar,
selangi ia dengan Allah maha besar,
tiada sedu terbaik selain kerana Allah.

Bila air mata itu mengalir,
jangan bazirkan ia,
pastikan ia berbaloi,
kerana ia sangat berharga.

#hidupituindah#