...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Wednesday, April 17

Kek gula hangus ( pemanggang ajaib )

Last weekend hani berkesempatan buat apam / kek gula hangus. kek ni memang hani suka. Selalu kalau pi kenduri nampak jer kek ni, memang hani rembat banyak-banyak masuk dalam perut. heee... So, today hani nak share resepi dia ea....

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 sudu soda bikarbonat
2 sudu mentega
4 biji telur

cara-cara penyediaan


  • masak gula dengan api sederhana sehingga hangus.
  • masukkan air panas sehingga gula cair.
  • masukkan mentega. Biarkan sehingga sejuk.
  • pukul telur sehingga pekat &  kembang ( sebab saya tak ada mixer, kita balun pakai blender jer ea ).
  • masukan susu pekat.
  • masukkan tepung.
  • masukkan soda bikarbonat.
  • masukkan gula hangus yang kita sejukkan tadi.
  • perap dalam 3-4 jam.
  • bakar dengan api sederhana 30 minit - 40 minit ( saya guna happy call, sila guna api paling kecil tau ).
  • sedia dihidang. Sila makan dengan sopan. :)
  • SELAMAT MENCUBA!!!!

No comments:

Post a Comment

drop your comment here my dear :)