...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Monday, December 31

2012 - 2013

Esok, akan muncul 2013. Apa yang terjadi dalam 2012? Apa yang kita dapat sepanjang setahun ni? Adakah yang baik-baik belaka? Yang buruk-buruk belaka? Yang pasti apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya....

Untuk hani banyak cerita suka duka yang terjadi sepanjang 2012. Yang hani pasti apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Allah hanya akan menduga pada mereka yang mampu. Cara kita mengatasi segala yang datang itu yang membezakan antara kita.

Mungkin ada yang fikir secara positif, tapi akan ada juga yang berfikir secara negatif.  Yang penting kita kena teruskan hidup kita dengan gembira dan positif. Buat yang terbaik untuk diri sendiri. Setiap masalah bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Semoga kita semua sentiasa kuat dan tabah dalam melalui liku-liku kehidupan yang sangat sukar untuk diduga.

Bagi hani 2012 banyak membawa perubahan besar untuk diri hani dan keluarga.

Tahun 2012 kami dapat beraya dengan anugerah agung dari Allah, Nurul Hana Insyirah Binti Mohd Hanfie. Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya ada juga tangisan bayi perempuan dalam keluarga kami. Terima kasih Allah untuk rezeki yang sebesar ini.

Tahun 2012 juga hani menukar status dari anak dara kesayangan mak & ayah kepada isteri Fairuz Muhammad Aris. Doakan masjid yang kami bina kekal & bahagia hingga hujung nyawa. Amin.

Tahun 2012 juga hani dapat sepupu perempuan!!! Its been 16 years ok. Kami sangat menantikan kedatangan / kelahiran sepupu perempuan. Alhamdulillah now kami jadi 4 orang. Kalau ada rezeki boleh dapat lagi sepupu perempuan. Amin.

Tahun 2012 juga hani tukar status lagi.... Tukar jadi mommies to be. Melalui pengalaman sebagai ibu mengandung. Merasai apa yang mak rasa selama mengandungkan hani. Untuk 10 minggu ni. Hani tak da alami alahan yang teruk. Baru sekali jer muntah. Mungkin sebab demam. Harap-harap itu muntah yang terakhir utuk kandungan kali ni..ngeeeeee.... Yang lain-lain normal, cuma letih-letih biasa jer..

Itulah perubahan besar dalam hidup hani. Hani percaya lain orang lain pula ceriteranya. Kita simpan segala yang pahit. Kita nikmati segala yang indah. Semoga 2013 lebih bermakna untuk hani dan keluarga. We are planning for family trip after budak-budak habis exam . 2013 ada 4 orang akan melalui exam besar. Kimi & afiq akan ambil UPSR. Ekal & Chacha akan ambil SPM. Moga-moga akan terjadi memori yang indah tuk budak-budak ni.

Tahun 2013 jugak sara akan menjadi seorang pelajar & kakak. Harap-harap sara akan membesar dengan cukup sempurna. Belajar hidup dengan sempurna. Semoga daddy & mama punya kekuatan utuk membesarkan kalian ( untuk baby sekali ).

Selamat tinggal 2012. Selamat datang 2013.
Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup kami. Berkatilah & rahmatilah kehidupan kami sekeluarga.

Amin Amin Amin.

:)

Sunday, December 30

urutan untuk bayi anda :)

http://www.facebook.com/HalalBirdsNEST

Cara urutan bayi.... credit to halalbirdsnest...

All momies and mummy to be .... mari kita belajar cara urutan bayi... Mak hani selalu buat urutan kat kami adik beradik. Mak cakap urutan ni akan menambahkan kasih sayang antara ibu dan anak. Dengan cara usapan atau urutan ini bayi anda akan rasa selamat dan disayangi. Mak ada cakap jugak urutan ni mampu merangsang bayi kita. Jadi ia sangatlah bagus untuk diamalkan. Semoga yang baik dan yang indah-indah untuk baby ok... :)



Selamat mencuba!!

CARA URUTAN BAYI

Teknik urutan bayi adalah pelbagai. Anda boleh menggunakan mana-mana cara yang anda fikirkan sesuai, asalkan bayi suka dan selesa. Berikut adalah antara teknik yang boleh anda gunakan...

Muka

Urutan muka dimulai dengan mengusap wajah bayi ke arah kiri dan kanan dengan kedua tapak tangan.
Selepas itu tekan lembut di tengah dahi, dan buat gerakan ke samping kiri dan kanan.
Buat lingkaran-lingkaran kecil di pelipis, juga ke kawasan pipi di bawah mata.
Kedua ibu jari mengurut alis dari tengah ke tepi kiri dan kanan.
Contoh teknik lain mengurut wajah bayi:
Bedakkan pada hidung. Hidung bayi "dicolek" bedak dengan jari telunjuk ibu.
'Seterika' dahi dengan tapak tangan.
Cincin mata - buat lingkaran di sekeliling mata dengan hujung jari.
Lingkaran di pipi - buat lingkaran di pipi mula-mula besar kemudian makin kecil.
Gerakan mencubit-cubit kulit pipi.
Menempelkan telapak tangan di pipi lalu digoyang-goyangkan.
Gerakan bersiul - usahakan agar mulut bayi dimuncungkan.
Selain untuk mengurut wajah, teknik urut ini juga boleh dilakukan untuk bahagian lain badan.

Dada

Dada dipicit dengan telapak tangan membuat gerakan dari tengah dada ke samping.
Atau, gerakan membentuk gambar jantung dengan meletakkan hujung jari ibu pada ulu hati.
Cara lain, gerakan seperti membuat gambar jantung kecil di sekitar puting bayi.
Tangan dan Lengan

Urut tangan dimulai dari atas lengan bayi, tangan kanan dan kiri anda bergerak seperti memerah susu. Atau, kedua tangan melakukan gerakan memeras, memicit, dan memutar secara lembut pada lengan bayi.
Untuk telapak tangan bayi, gunakan kedua ibu jari anda, buat lingkaran-lingkaran kecil. Sementara keempat jari anda memijat bahagian belakang tangan bayi.
Jari bayi dipicit satu persatu ke arah hujung jari dengan gerakan memutar. Gerakan ini diakhiri dengan tarikan lembut pada tiap ujung jari.
Lengan bayi dipicit dengan gerakan menggulung dari kedua telapak tangan anda. Kemudian kedua lengan bayi dirapatkan ke badannya dan diusap lembut.


Kaki

Urut kaki dengan cara memegang pangkal paha bayi, lalu tangan digerakkan ke arah pergelangan kaki seperti memerah susu. atau, dua tangan bergerak bersamaan, dari pangkal paha dengan gerakan memeras, memicit, dan memutar kaki bayi secara lembut.
Telapak kaki diurut dengan kedua ibu jari. atau, buat lingkaran-lingkaran kecil pada telapak kaki.
Jari kaki dipicit satu persatu dengan gerakan memutar menjauhi telapak kaki, dan diakhiri dengan tarikan lembut pada setiap hujung jari. Bengkokkan juga setiap jari kaki bayi dan luruskan semula.
Betis diurut dengan kedua ibu jari.
Seterusnya kedua tangan membuat gerakan menggulung ke arah pergelangan kaki. Akhirnya, kedua kaki bayi dirapatkan, dan dengan halus kedua kaki bayi diusap dari atas ke bawah.

Perut

Untuk mengurut perut, lakukan gerakan pada perut bayi seperti mengayuh basikal, dari atas ke bawah, dengan telapak tangan kanan dan kiri secara bergantian.
Seterusnya, gerakan membengkokkan kedua lutut bayi secara lembut hingga menekan ke perut bayi.

Thursday, December 27

holiday

Last 2 weeks.... kami pi bercuti ker air papan mersing.. Jauh tak??? jauhhhh sangat kan. Ngeeeee. Tu je masa yang sempat untuk di curi untuk kami bergathering together-gether... Tak pa , kat mana-mana pun tak kisah. Janji dapat lepak together.

Memasing dari tempat memasing. And janji jumpa kat kilang ayang pukul 12. As usual, ayah dah tunggu dulu. Hani samapi dulu. Mak and adik-adik paling lambat. Dalam pukul 2 lebih kitorang pun sampai air papan. Kami stay kat air papan beach resort. Hani amik rumah seri melati. Ada satu katil king and satu katil queen. Kira ada bilik lain la. Jadi luas. Siap makan secara berjamaah lagi tegah hari tu. Mak dah masak bekalan untuk hari muka. Mak masak ikan bakar dengan sambal cicah. Sayur goreng. Terbaekkkk. Makan bertambah-tambah.

Lepas makan rehat-rehat dulu dalam bilik. Kang hitam rentung kang kalau terus main laut. Panas ok. T i hitam... cannottttt... Dalam pukul 5 kot baru kitorang keluar bilik. Tengok laut. Kasi insyirah jejak kan kaki dia kat laut. Heeeeee.. sweet jer. tertenjet-tenjet kaki minah tu...


Nampak tak kaki syirah? comel jer kan. Dah la kaki kecik. Ngeeeee.... Boys pulak... maklumlah family terlebih anggota lelaki. Dorang main bole sepak tepi pantai gitew. Memasing tunjuk kehebatan memasing... haaaaa. Samapi jatuh-jatuh ayahanda den. Kejar bola punya pasal..

Then lepas penat-penat main bola kita mandi kat swimming pool pulak. Tak mandi laut ok.. t gelap. Padahal dah memang gelap.. wakkakkakakaaaaaa.... Lepas mandi kasi chance la kat pegantin yang tak berapa nak baru tu pi berchenta.....

Haaaaa, kami berdua ( ayat skema ) pun berjalan beriringan di tepian pantai. Sambil melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Ngeeeeeeee... Siyes canttik sangat awan. Laut, Hutan. hani memang suka laut dari dulu lagi.






Wednesday, December 26

buka buku merah

Hari ni hani ambil half day - morning - sebab nak bukak buku rekod kesihatan ibu. Pukul 7.30 sampai klinik kesihatan tmn seri orkid. Tapiiii, mak aiii ramai giler manusia.... pehhhhh ( tarik nafas kejap, then hembus ).

Ok, memula dengan agak blur... This is my first time tau datang klinik ni. Nasib baik pagi tadi tak sesat. Tima kasih en google maps. Terus pi kaunter pendaftran amik no.. NO 0057... Kena pergi bilik no 5. Then tunggu...

Bilik No 5.......   Nurse panggil and dorang tanya la macam-macam soalan coz dorang nak fill up buku merah kita 2.. akan ada 2 buku. satu copy kita. satu lagi klinik simpan... Bila hari pertama untuk period terakhir. Bila nikah ( kena bawa surat nikah yer ) . Hani kena bawa jugak bill electric & water bill. Lepas tu kena bayar RM 4.00 untuk cover buku and bekas untuk buat urine test. ( biasanya ibu menagandung akan check kencing kotor or tidak tetiap bulan ).

Then hantar buku kat kaunter pendaftaran balik. Tunggu kat ruangan tengah. Sambil tu buat sendiri ujian air kencing, lepas tu mintak tester kat nurse. Nanti dia terus cakap ' bersih, ok'... Lepas tu boleh cuci bekas and simpan bekas untuk next check up. Bila nurse panggil dorang terus check blood pressure, amik berat. Yang ni selalu timbang sendiri. Since , this is my fisrt time. Hani tak reti guna timbang tu... Ala, yang kena estimate sendiri then jalankan pemberat tu.... Giler classic, tapi alat tu dah modern la...

Lepas tu kena pi bilik 7.. Ambil darah.. HIV TEST.. darah pulak di bahagikan 3.. satu botol dia kasi hani untuk di bawa ke makmal kat bilik 8. Lepas darah ok. Tunggu pulak kat bilik 8. Result keluar tapi hani tak paham. Tapi dia kata ok.

Now tunggu kat bilik no 3 pulak. Kat sini kena buka bra semua.. Dia buat breast cancer test. Dia suruh buat tetiap bulan even kita preggy. Buat sendiri kat rumah. Then nurse check perut. Picit sana. Picit sini. Tekan sana, tekan sini... Lepas siap baru borak2 ngan misi.... Dia tanya hani da makan apa-apa ubat tak. Then hani tunjuk la iberet folic yang hani nak makan tu. Dia kata ok and boleh makan. Just make sure 4 jam sebelum / selepas makan ubat jangan minum segala jenis susu. Nanti dia serap semua zat besi kat ubat tu. Yang lain-lain ok. So, nurse tak kasi hani apa-apa pill pun. Dia suruh jer continue apa yang hani ada sebab dia kata itu lagi bagus dari apa yang dia ada. Hopefully baby akan dapat semua zat dari pill yang hani makan.

So, next check up 7.02.2013... Ada sebulan lebih lagi... Nanti hani story lagi ok...

p/s - saya tak suka makan nasi now. Cam kembang jer tekak. So, hani akan ganti dengan gandum. Kena makan roti lebih sikit now. :) .

- tadi saya dah berjaya shopping!!!! hip hip horeyyyyyyyyyyyyy... Sorang diri tapi seronokkk sangat.




bebas hutang....

Last week, hani ada ambil cuti semata-mata untuk pergi kWSP.... sebenarnya last month pun ada ambil cuti n pi KWSP tapi document tak complete. Hani kena balik untuk ambil diploma certificate.... Tak tau pun kena bawak...  :(

So, for this 2nd time. Hani make sure all the document complete then pagi-pagi kita keluar pi Office KWSP... yeahaaaaa.... Sebelum ni hani just communicate dengan orang MARA by e-mail jer.. So, all the document actually send to me by MARA without any cost... JIMAT. TQ MARA. Sebab hani pun dah tak ingat kat planet mana agreement dengan mara masa nak buat loan dulu.. Tahun 2003 kot... Mana nak ingat weyyy.. Ingat nak perabih duit jer time tu...puiiiiii.

So, bila sampai sana, amik no.. Tunggu kejap. Ting tong.. No hani dah keluar... Yippiiii.... Terus gegas-gegas pi kaunter... Then, dorang terus check all the document. Cek sini, cop sini, cop sana. Teliti certificate betul-betul ( yang ni tak tipu,memang lama dia tengok diploma tu ) . Then, OK. Settle. Tunggu 2 weeks untuk cheque yer...

Wahhhhh, secepat itu? Sungguh ku terharu... hewhewhew... Maka mari kita balik dengan hati gumbira... Tadi call mak, and ada surat dari KWSP regarding payment from KWSP to MARA. cepat kan.... Surat tu just confirmation from KWSP. So, kita tunggu pulak untuk cheque yer...

Tak sabar rasanya untuk tengok baki pinjaman pendidikan MARA kita jadi RM  0.00..... Hahahhahah, nak bayar balik sikit punya malas. Jadi mari kita settlekan loan MARA pakai akaun 2 KWSP kita...

Hip Hip Horay...............

For those yang ada lagi baki pinjaman pendidikan tu, sila bayar yer.... Bukan apa kesian untuk generasi akan datang. Mana nak cekau duit if kita yang dah guna ni tak mo bayar kat MARA ker PTPTN ker...

Sape dapat biasiswa untung la kan.. No need to pay any single cents pun... That why hani torture adik-adik hani untuk make sure kan dorang dapat biasiswa.. Glad... uda dapat JPA. dah kumpul duit pun kat ASB... saving lebih banyak dari along dia... hahahahaaa... bagus adikku sayang.. Ada duit jangan lupa kakak yer....
Next year haikal pulak.. Kena make sure dia dapat biasiswa jugak. Duit untuk diri sendiri kan.... belajar-belajar..... berani korang tak belajar?????

p/s - saya seorang kakak yang sangat garang and sangat tegas.. lagi-lagi pasal belajar. Maybe sebab hani tak berapa nak belajar rajin-rajin dulu. And i know my mistake. Maka hani tak nak dorang ikut apa yang salah. Hani sentiasa nak yang terbaik dari adik-adik...



Tuesday, December 25

perasan

pagi ni sejam with abang nuar... sila feeling2 romantic okies....


 ber balik pada our topic today chewahhhh....

Perasan tak kekadang kita kena bedepan dengan orang yang perasan diri dia bagus sangat, hebat sangat. Sampai dia rasa orang lain semua nothing. Stress tak bila u olls kena hadap manusia cam gini?? Seriously masa memula kena hadap manusia macam ni hani sangat stress.

Rasa macam nak maki dia balik jer.... Tapi kan, percayalah u olls tak payah buat macam tu.. Manusia jenis cam gini caranya  buat jer tak tau. Biar jer dia perasan dia bagus. Layankan jer... Biar jer dia terus layan diri dia yang perasan tu. Sebabnya, lagi dia buat cam tu, itu sebenarnya lagi menunjukkan betapa diri dia sememangnya tak bagus. Tapi dia keep try untuk orang buat or orang percaya yang dia bagus..

Kita tak payah peduli dengan orang yang anggap dia bagus. Yang pasti kita tau, dia sebenarnya non ado... Nothing... Jadi kalau u olls kena hadap manusia cam gini.. Korang dia jer dia cakap ayat bagus dia tu. Korang tak payah cakap ayat korang. Sebab dia tak akan dengar atau ambil port pun. Dia akan always rasa dia yang terhebat.. Gempak jer lebey wey manusia cam gini..

Lantak la dia.. Dia tak da bukan kita tak bley hidup pun. Pi la kita mintak pendapat or tanya manusia lain yang lebih flexsibel... Yang lebih positive. Jangan tanya or mintak pendapat manusia perasan ni... Nanti hati boleh sakit.


Ok. Luahan hati ibu mengandung :P...

Esok nak pi klinik... 1st time nak buat check up... Hopefully everything will be ok.

Baby, be a good baby ok.. Mama sayang baby..   :)

Thursday, December 20

roti jala

Semalam, public holiday untuk warga johor.... Maka, kami pun mengambil kesempatan untuk balik ke teratak ayah bonda... hewhewhew... yippiiiii....

Gembira ok dapat balik rumah family..... padahal baru jer jumpa mak & ayah last weekend... Tapi happy jugak, sebab ari tu tak dapat jumpa rumah & landing di atas tilam kesayangan... hewhewhew....

Tujuan utama balik sebab nak hantar barang-barang mak... Ari tu masa pi mersing dorang bawak kereta mak... jadi bila balik bonet tak muat O_o... Tapi, tak kan tu jer kan... mesti la mintak upah... heheheheh.....

Bila tekak terasa nak makan roti jala with kuah kari mak.... maka diri ini pun rajin untuk jadi penjala.... Time ni la dapat tunjuk skill kat laki den. U, i pandai kirai roti jala tauuuuuu.... U, mesti tak reti kan?..

Hahahhaha, sebab excited sangat nak makan.. maka tiada gambar makanan... hahahhahahaaa... Yang penting hati gumbira dan tenang dapat makan roti jala dengan banyaknya... Nak beli kat kedai confirm tak sedap.. Sejuk & keras... i tak suka okiessss... roti jala mesti smooth jer... senang nak di carik bila nak masuk mulut... Makan pulak dengan kari daging yang banyak lobak. Dihidangkan panas-panas bersama kopi O... confirm meletopppp...


Burpppppp, lepas kenyang kita pi zirah pak long yang jatuh bumbung... Dapat pulak makan cempedak goreng.. auwwwwwww... lazat tak terhingga... makan lagi sampai kenyang.....

Lepas kenyang semua baru kita balik JB.

p/s ---- bonus day!!!!! super dupper happy..... hahahahahhahaaaaaa


alhamdulillah.. terima kasih Allah untuk rezeki ini... aminnnnnnnnnn

nak belanja mak & adik2 makan besar ahad ni.... check its out!!!

Wednesday, December 19

makanan bkhasiat untuk ibu hamil

tajuk entry mestilah skema.... hewhewhewhew...

Now, hani dah masuk 8 weeks pregnancy.. alhamdulillah... Everything ok... Hani pulak tak da mabuk2.. tak da muntah2... hopefully sampai deliver la macam ni kan... amin...

Ok. today  hani nak share pasal makanan yang berkhasiat untuk ibu yang hamil... Hani memang akan follow and amal kan apa yang mak hani pesan... Sebabbbbb, kerana Bonda Insyirah ini telah melahirkan seorang puteri & 4 orang putera yang hebat2 belaka....

Maka, mari kita tiru apa yang bonda suka makan.... Lets check it out!!!

1) Wajib minum susu... daily yer... wajibbb.

2) Amalkan makan kurma - disebabkan my family ada yang baru balik haji..maka kurma untuk hani & baby ditaja sepenuhnya oleh mereka... dah habis nanti baru beli lain... Jimattttt.

3) Makan segala tok nenek ubat yang doktor bagi. Memang ada yang tak mo makan ubat.. Takot baby besar, & macam2 lagi... Tak per... Orang dah bagi kita telan jer ok.

4) Makan telur..... Yang ni hani tak ambil hari-hari lagi.. Maybe bila dah 7 bulan hani akan ambil hari2... Now, hari try untuk makan berselang-selang. Telur ada protein yang baik untuk tumbesaran baby...

5) Makan sayur hijau. Berdaun hijau... Makan banyak sikit yer sayur-sayur begini... Banyak faedahnya nanti.

6) Makan buah-buahan banyak-banyak. Masa bonda mengandungkan hani... She love to eat green apple.... Hurmmmm, nak makan green apple banyak2... Nanti boleh jadik comel cam mama like mama baby .... hewhewhew.. tak tipu.... Bak kata may aunty.... along sangat cantik & cute masa baby....hahahhahahhaaaaa... jgn jeles semua....

7) Kurangkan kafein... No good for baby....

Ok.. mommies to be out there.... let try!!!!

May Allah  bless us..& .. our baby....


amin....

Tuesday, December 18

senaman ibu hamil


Ok.. I got this from http://www.facebook.com/CherishMama?group_id=0

All mommies out there let's exercise!!

chaiyokk!!!


ACID FOLIC

Now, dah masuk minggu ke dua hani makan folic asid ni... selama ni hani makan ubat ni, then terus minum susu.. lepas tu terus gegas-gegas pi kerja....

Tapiiiiii, sabtu lepas.. adik ipar hani ( iza ) bagi tau yang two hour before / after taken this folic acid... make sure along tak amik sebarang susu / kafein...

What???? kenapakah?? selama ni memang la along makan ubat tu then terus minum susu...huwaaaaaa... naper tak da sape2 info saya pasal ni??

Iza cakap, doctor kata.. once kita makan benda ni together segala zat / khasiat asid folic ni akan gone....sedey ok... penat i makan 1 week.. tapi baby tak dapat apa2 pong...

So, lepas jer tau pasal ni.. terussss ubah cara pemakanan.. ( ayat buku )..

Now, pagi2 jer makan ubat, minum milo..makan roti... zasss terus p opis... Sampai opis kul 10 - 11 baru bancuh susu... makan with biskut ker apa ker... Then kalau dahaga ( skema ok ) buat teh jer... No nescafe lagi... kurangkan kafein katanya.. curik2 minum air en suami jer ( nescafe addicted ).

Hopefully all the zat from folic acid tu.. akan terus ker baby.... Sorry sayang mama tak tau.... folic acid ni sangat penting untuk tumbesaran baby...

p/s - today teringin nak makan nasi kerabu & tahu panas a.k.a taufufa....

nyummm. nyummm...


Monday, December 17

tak mo gado2 :)

Just an info:-

Pergaduhan suami isteri boleh menganggu perkembangan otak bayi seawal 6 bulan. Kajian yg dilakukan oleh Medina, 2010 bayi seawal 6 bulan boleh mengalami peningkatan tekanan darah, degupan jantung dan hormon stress macam orang dewasa setelah melihat kedua ibu bapa mereka bergaduh. Ini dibuktikan dengan pengambilan 'urine sample' dalam masa 24 jam pergaduhan berlaku. Mereka kurang ke
upayaan untuk berfikiran positif dan apabila mencecah umur 4 tahun tahap 'stress hormone' adalah 2 kali ganda daripada kanak-kanak biasa. Sekiranya keadaan pergaduhan suami isteri berlanjutan kanak-kanak ini mengalami masalah 'antisocial behavior', masalah emosi, kurang daya fokus, masalah kesihatan. 'pediatric depression' & 'anxiety disorders'. 

IQ kanak-kanak ini juga mempunyai 8 point IQ lebih rendah daripada kanak-kanak normal yang lain. Sekiranya pergaduhan yang membawa kepada perceraian, tidak mustahil kanak-kanak ini bakal mengambil dadah seawal usia 14 tahun.














Nauzubillah.... hani rasa semua mommies kat luar sana , tak mo benda2 tak elok berlaku kat anak-anak mereka... So, para ibu bapa..banyakkan bersabar...





wanna to share this to my hubby :)

doa untuk ibu hamil

hewhew.....

entry yang baik untuk permulaan hari yang baik...

sorang kawan telah share pasal doa ni kat FB..

Disebabkan hani mudah lupa... Lepas ni setiap apa yang hani dapat untuk ibu hamil... hani akan share kat sini.... senang kan.... nak tengok balik tuk adik baby nanti....hewhewhew...

Ok... untuk semua ibu menganding.. marilah kita sama2 amalkan doa-doa ini....semoga yang baik-baik untuk kita semua...amin..

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, 
dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, 
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia 
yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetap
kanlah di dalam hatinya iman kepada
Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah,
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya,
baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W,
dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Amin... :)





p/s --- i'm now in 8 weekd pregnancy :)

Sunday, December 9

berjaya :)

Sabtu lepas, lepas kena paksa dengan mak lin & chaca hani decide untuk pi check up lagi kat klinik... Bukan tak nak pergi...tapi takot nak pi..

Before this hani dah 2 kali check...sekali beli pregnat test & test sendiri ( yang ni belum lewat period pun ). Secondly hani pi klinik ( dah biasa pi klinik ni ) tapi -ve...Doctor cakap maybe apa yang hani rasa ( loya,pening) tu adalah perubahan hormon.Masa ni baru seminggu lewat.

Tapi, disebabkan hai tak period2 hani jadi cuakkkk.. Kenapakah ini? penyakit apakah ini? Jadi bila dorang paksa pi wat check up. Hani pun gagah kan diri...

Masuk jumpa doktor pun bertiga ( with my untie & cousin )... explain lebih kurang.. Doktor pun check urine... doktor check perut... thennnnnnn





Ini lah hasilnya...

Alhamdulillah... 7 weeks katanya.... Mudah-mudahan semuanya selamat...Doakan yang baik-baik..Harapkan yang baik-baik...

Hubby sangat happy & teruja.... 



Monday, December 3

bila

Bila cinta kini... tak lagi bermakna..yang kurasa kini..hanyalah nestapa..ditingglkan cinta masa lalu...
Dulu kau tawarkan manisnya janji mu....Dan ku sambut itu dengan segenap hatiku

Hani sangat suka kasyah, ayu & kate...sangat.. 1st time baca LBS adalah semasa form 3 kat STK dulu..orang sibuk dengan motivator kat depan...aku sibuk mentelaah kat belakang...

Tapi dapat beli semua novel LBS - 3 novel- masa study kat kolej dulu... masa dapat tu,kerja baca , baca n baca... Dan sampai sekarang bila baca LBS air mata ini tetap gugur kebumi...

Same goes bila hani tengok LBS2- Katerina..... air mata ini tetap gugur.. Sebab apa?? Sebab hani sangat teruja dengan cinta Kasyah..Pencinta Agung... siapa yang mampu buat macam tu?? Ada ker lelaki sekarang ni yang macam tu?? kalau ada..... hani akan jadi pencinta yang paling setia...heeeee

Itu la angan2 dari dulu..kalau la betul Kasyah tu wujud... hani sanggup untuk jadi ayu...kasyah lelaki yang sangat setia pada cinta.telus pada cinta.jujur pada cinta.yakin pada cinta.

cinta akan buat kita bahagia.
cinta juga akan buat kita derita.
walau apa pun enjoy ur life.your love.
biar derita & bahagia tu membuatkan kita gembira dengan hidup kita...

cant wait LBS 3 - Kasyah & Katerian ( Lagenda Berakhir )