...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Tuesday, July 23

wedding card & badge button

hohoooo,

Dah sekian lama baru nak update pasal wedding... tak pa la.janji update. Senang nak refer bila adik-adik daku berkahwin nanti... huhuuuu... ada lagi 3 kekosongan yer..lelaki yang gagah & perkasa. Kot-kot ada sesiapa yang berkenan nak jadi my in law. Sila isi form.... Saya menjual adik saya yang gagah-gagah itu untuk dijadikan calon suami..hohoohohohooho..Kesian kat dorang, kalau kakak dorang tak wat cam ni..Kang tak laku pulok....mihmihmih...

Ok. Wedding card.... daku beli on9.Senang, mudah,pantas, tak panas, buat depan PC atas kerusi. hhohohoho, sebab daku memang malas yer.....  setelah mencari yang murah & dipercayai maka daku telah memilih....  kadkahwin . Yang penting dipercayai yer. Sebab biasanya dorang akan minta deposit. Kang kalau tertipu tak ker haru.... Kak ita ni memang best. Relax jer. Yang penting sila order awal yer. Kad kahwin better order 3 month before. Like daku yang rakus ni wedding OCT tapi kad dah amik since AUG. Yer la nanti nak masukkan kad dalam sampul lagi. Nak agih-agih lagi. Bukan semudah A B & C yer... Kang kalau buat lambat-lambat kalut pulok.

Then , untuk menambahkan kegekikan daku telah mengorder button badges. Haahhahahah, ni tak masuk dalam budget pun. Tapi sebab mengada. Maka mari kita order. Order dekat sini yer, murah & pantas.  sticker & button badges . Tuk 2 benda ni daku order disini. Kira murah & pantas. Since masa tu last minute order kat sini. Sebab 1st choice tuk sticker tu reject my order. Dia kata tak sempat. Huwaaaaaaaa..

Hasilnya mestilah cantik & chomellllll... I yang pilih kan.. Of course cantik, menarik & de booooommmm. ( sila puji diri sendiri yer ).



cantik kan......


Sekian untuk tatapan kalian. heeeeeee


Monday, July 8

ketam masak kari

*** ampun maaf dipinta kerana tiada gambar***
tapi percayalah sedap hingga menjilat jari..... makan with tempe goreng & nasi panas....nyummmmmm

1.5kg ketam - size comel jer - makan berdua :)
seulas bawang besar
4 ulas bawang putih
15 biji cili padi
2 batang cili merah
sedikit halia
sedikit kunyit
2 batang serai
1/2 kotak kecil santan
serbuk kari
asam jawa
garam
serbuk perasa

cara-cara memasak

1) tumbuk semua bahan diatas.
2) Tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk. Serai tu titik jer.
3) Sampai naik bau. Masukkan sebuk kari, laju-laju curah sedikit air. ( Jangan sampai hangus yer ).
4) Masukkan ketam. Tambah sedikit air. Masukkan air asam. Garam n serbuk perasa.
5) Tutup periuk / kuali. Pastikan ketam & bahan-bahan tadi merasap antara satu sama lain. :)
6) Masukkan santan.
7) Biarkan seketika.
8) Siap untuk dihidang.


Suami hani memang suka makan ketam. So, inilah resepi ketam yang hani belajar & suami suka.

:)