...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Monday, August 3

To anon

this entry special dedicated to mrs anon.

Yup, saya memang khas kan entry ni untuk dia.. Untuk menjernihkan keadaan.
Saya tak pernah sakitkan hati dia.jadi saya rasa dia tak perlu nak cakap apa2 pada saya.dia x ada hak itu.

Kenapa, mengapa,  bagaimana & sejak bila semua ini berlaku? Itu saya kira Mrs anon perlu tau. Dia tak boleh membuat tuduhan melulu. Dia tahu mana nak cari saya, sepatutnya sebagai orang yg bhemah, dia boleh jumpa dan tanya.

Bagi saya sebagai wanita muslim yang berakhlak mulia, dia tak patut menghukum wanita lain tanpa usul periksa. Dia tak tahu cerita sebenar. Dia hanya dengar apa yg dia mahu dengar. Dia hanya mahu cari kesalahan orang lain. Siapa kita untuk mhukum sesama kita??  Kita manusia biasa. Jangan sampai satu hari nanti, orang kita kita tuduh tu lebih tinggi martabatnya dari kita.

Ini blog saya.
Ini entry saya.
Ini cerita saya.
Saya tak mungkin lupa apa coretan saya.
Sebab ini adalah saya.
Saya insan biasa, yang masih belajar melalui kehidupan.
Kenapa saya perlu menegur, menentang, menghalang kalau saya tak nampak di mana silapnya???
Saya tau saya tak buta lagi.
Saya tak mungkin di butakan oleh budi..
Lagi pun budi siapa yang perlu saya bayar selain budi parents saya???
Bagi saya, Yang salah tetap salah.
Yang benar tetap benar.

Saya kenal Kawan2 saya. Apa yg blaku depan mata saya.semua saya nampak lagi. Saya selalu ada bsama mereka.
Jangan salahkan sesiapa.

Terima entry Ini dgn hati tbuka Mrs anon.

'semulia-mulia wanita adalah wanita yang tidak menghukum wanita lain. Adalah lebih baik kita bmuhasabah diri.'
Itu sebaiknya.

Cinta paling agung

This weekend tergilakan lagu ni..
Deep.

Tapi , tak sempat lagi nak layan cerita ni..
Tapi ada satu dialog yg best yang buat hani tertanya2 pasal Cinta paling agung ni.
Tak sabar nak tunggu sabtu.
Meh dtg cepat2 meh..

Lirik Lagu Ingatkan Dia - Wings

Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku

Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku...percayalah
Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih kau goda
Masih kau goda

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Monday, June 1

New office

Hi u olls.
Today is my 2nd day at New office.

Overall ok. So far so good. New co kan.. So, everything going smooth je...

Clap.Clap.Clap.

Banyak belajar benda baru. Luckily system sama.. Credit tuk hani la kan.m

Tapi banyak lagi kena belajar. Hopefully hani bjaya. Since hani pun dah lama sangat buat AP kan.

So, better belajar buat benda baru tuk tambah ilmu baru.

Co lama always in my heart....

Tuk account ni kira Co ke 3.
Dmsb
Bwppe
And now
Nyksm

Wish me luck. Jauh lagi perjalanan kerjaya hani...

Banyak lagi kena buat tuk capai impian yg belum tercapai tu.

Nope. Bukan tamak.

In our life we must set our goals.
Ur goals and my goals.
Will never be same.

Sebab tu jgn pertikai kan hidup org lain.
Dia ada cita2 dia.
Kau ada cita2 kau.
Ia tak akan sama.

Semoga Allah akan sentiasa lidungi kita.
SubhannAllah

Friday, May 15

Lunch treat

Kami!!!!

Ini gambar nak balik dah. Nampak tak mata memasing layu? Tu namanya dah kenyang...brupppppp. Alhamdulillah. Thank you mak minah. gonna missed u!!!

rindu nak lepak dengan mak minah, rindu nak makan masakan mak minah.
Mak minah dah berhenti ... Duk rumah jer la ea. Banyakkan berehat. tak payah keje lagi.
Okies...

Hani doakan mak minah sihat selalu... tak mo skip makan ubat tau..
luv u!!

tengok bakal panten - kiri sekali, practice jaga anak okkk.
good job.

Riang betul si budak hani tu dapat makan...
huhuhuuu.
Memang senak giler perut lepas makan. Banyak giler kot makan. ahhaahahha..
mati laaa.
gembira lelemak kat badan, bakal dapat kawan baru.
:P

Korang nampak tak mak minah masak apa?
ikan keli masak lemak - mantoppp
sotong goreng tepung - marvelossss
pecal - daebakkkk

tembikai merah menyala + air sirap sejuk.

lengkap.

terima kasih daun keladi,
lain kali kami datang lagi.

heheheheh.
Ni budak-budak comel yang bergumbira nak dapat makan.
hahahhaha.
sebelum pi kita amik pic dulu.

dorang kata.

yan - hani tak yah pakai hilll   high heel - 
hani - pe kes??? aku pakai flat ok today
korang yang rendang.

hahahahhahah.
ni pun cara-cara hani dah bengkok kan kakikuyangpanjang.

hahahahha.

ok u olls.

kami
#bwppe

2011-2015


Tuesday, May 12

150JUTA


150JUTA

Dah dengar? Hahhaha, tiap kali dengar lagu nu mesti ingat en apai, text dia terus.

U, I dengar lagu u, lagu u usha I.. :P

dengar lagu ni since 2010 kot... 1st time dengar sebab en apai suh dengar.

then terus i mark lagu ni as LAGU U...

enjoy reading korang.

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


credit en goggle

Sunday, May 10

Happy mother's day


Selamat Hari Ibu tuk ibu-ibu semua!!!!

Mesti semua busy kan semalam. Nama jer hari IBU tapi still, ibu-ibu tak dapat off day.
KihKih

Nak buat lagu mana, gitu jer la jawabnya.

Korang buat aktiviti apa semalam? Hani kena bawak abeed gi main jew. Patut abeed bawa mama g Spa.
Tapi tbalik pulak.
Apa la abeed ni.
Sukati dia jew.

Last friday hani just belikan MIL cake' selamat hari ibu' kebetulan ada kenduri kat rumah cousin en apai. So, ada ramai ibu-ibu kan. Kita makan cake reramai yerk. 

Sepatutnya sabtu tu bonda & atok datang rumah. Tapi last minute plan cancel sebab ada kenduri sebelah rumah tu. Tak dapat la mama nak manja-manja dengan bonda suh urut-urut kaki.
Heheheh.

Atok bijak tau, tiap kali mother's day bawa bonda datang jumpa hania. Pandai sangat atok ni. Hahahah, nasib hani bijak. Boleh baca semua plan atok ..

Hahahaha.

Atok tak payah susah-susah nak celebrate bonda, suh hani jer celebrate . Ngelat tu atok.
:P

p/s

Terim kasih mak !!!
Terima kasih sebab sudi jaga along selamat 30 tahun ni. Hanya Allah mampu membalasnya. Along doakan mak panjang umur, sihat selalu & menjadi isteri serta ibu yang membawa kami terus ke syurga.

Amin.

Untuk MIL. terima kasih mak!! untuk segalanya. Terima hani seadanya ( maklumlah menantu tak pandai masak )

gluppp
glupppp

Untuk Mak Idah, Mak Lin & Mak Yan.

Selamat Hari Ibu Jua. Thanks coz always be a good mother, I will try to be good as u olls. To be tough as u olls. 

Doakan hani mampu jadi sehebat mereka-mereka ini.

ok. nak bekpes.
lapar weiiiii

Wednesday, May 6

MAY

bila di kaji-kaji... macam2 jugak pernah jadi kat bulan May ni tau...

Bulan may banyak tahun la..... Rasanya dulu en apai ajak tunang pun bulan may'10 kot ( gedik ok ) date? memang tak ingat la kan. i is pelupa... wakakkakakaaaa. tapi date tunang jadi 28.11.10 - sebab bonda busy bebenor nak carik date pun payah... tapi date cantik..... BOD en apai & me... No No No.. tak plan pun... tetiba notice date ni BOD pun time nak order doorgift.. hahahhaha....

Masuk keje kat opis seri alam ni pun bulan May gak 2011... now may 2015... kalau baby tu... dah g sekolah dah.. yer la dah 5 tahun. Now bila pikir terpaksa meninggalkan opis ni. sedey kot... huhuuuuu... dari zaman muda remaja, sampai jadi mak orang dah. Ni la kali pertama hani kerja paling lama dalam satu company tu..ngeeeeeee.

Jadi terasa sangat. So, now nak spend time baik-baik dengan mereka-mereka ini. group primadona masih aktif insyaAllah ( nama group whatsapps ktrg ) Nama mesti glemer, kalah che ta & erra. Hahhahaha.


Jadinya, hujung bulan ni akan jadi bulan terkahir hani kat opis ni... sob sob sob. Tak pa la. mungkin ini yang terbaik. Sebab bila lama sangat kat satu-satu company tu kita akan jadi terlalu selesa. Sebab dah selesa maka kurang mencabar. hamboiiii, nak mencabar pulak yerk.

Begini... hani dah buat AP 5 tahun. before this buat semi AP gak 3 tahun. so total dalam 8 tahun kot. makanya semua dah dalam kepala. Jadinya kepala jadi malas nak pikir yang berat-berat dah. Now pulak keje overload. So, memang la seperti orang ngantuk disogok kan bantal. Carik jer tempat lain.

Jap lagi dapat opis yang dekat jer dengan rumah. Memang tu kot yang hani impi-impikan sebelum ni. Konon dulu nak beli rumah area seri alam. jap lagi tekan-tekan calculator macam tak mampu pulak. kat seri alam ni rumah paling murah rm400K kot..gluppppp.tekan lagi calculator laju-laju. ahhahahaha

So lepas ni boleh plan la untuk area selesa jaya tu jerk. bukit indah ada. gelang patah ada ( balik tempat lama ) hahahhaha. Dulu duduk taman nusantara lama gak kot. 2 -3 tahun jugak..

Plan jerk. jadinya tak tau lagik. bermimpi itu percuma. maka silalah bermimpi & berdoa semoga mimpi itu jadi kenyataan . Siapalah kita yang nak menafikan takdir Allah kan. Jadi mimpi, impian, usaha, doa. Penting tu.

Hani memang kuat berangan-angan ni.... kihkihkih. percuma kot.

wish me luck ok kat tempat baru!!! cuak gituu, semalam dah sign offer letter & buat medical check up. Hopefully semuanya under control. Nebes.

Nak cerita gak. since hani berjinak-jinak dalam bidang pekerjaan ni kan. hani tak pernah fail dalam interview. Tiap kali interview mesti dapat. Kira hari tu lepas g interview memang nebes. satu cuak takot tak dapat - so, record tak pernah fail tu akan pecah. nanti sdey. hahahhahahaaa.

no no no. tak kata pun i hebat. i poyo jerk. :P

So, kita tengok la ea. berapa lama nanti i akan kerja kat tempat baru tu... hhuuhuhhu. semoga jodohnya berpanjangan & berbahagia hendaknya.

ok. ada orang call ajak asar sama-sama. sweet tak? sweet sangattt. susah nak carik orang-orang macam ni.

bye....

Thursday, April 16

interview

hamboiii, terasa macam tajuk entry sangat seperti orang bijak pandai pulak. auwwww.

Hahahhaha. Entry merapu pandai la. Entry bijak-bijak ni kasi orang lain la ea.

Tapi today nak cerita pasal interview. Rasanya semua orang pernah ada experience dengan interview session kan. Same goes to me. :)

1st time hani pergi interview ( masa nak apply keje bank ) Umur kanak-kanak ribena dan yup , saya sangat comot. Wakakakaka. Alaaa, i relax jer. En Apai pun selalu panggil saya budak comot . :P ( budget dia macho sangat nak panggil orang comot kan) cissssss.

Masa dapat interview ni bulan Sep 2006. Hani habis belajar jun 2006, so kira tengah keje kat shell la masa ni. hahhahah, i duduk dalam box tu jadi cashier. huhuuu. sebab yg lain semua boy. So, i di beri kelebihan oleh dorang sendiri la ea. I x yah keje luar. Panas. tapi boss suruh i belajar receive minyak. tang tu boss memang kejam. waakkakaka ( ex boss baca blog ni ) senyum sikit. Tapi i okey jer. Apa panjat tanker?? Small matter. Even waktu tu badan melayang-layang nak bukak penutup minyak tu. wakakakak. ketat ok.... Dah la kena panjat lori. dah tu kena buka penutup dia. check minyak.kot-kot dorang tipu sukatan.heheheheh.

Ok. Lari tajuk.

So, interview dapat kat CIMB jalan seserampang. Ramai ok. I dah nebes ni. Ada test bagai ( english & math ). Then baru masuk interview room. Nebes gituuuuuu. Memang lama. Sian member hani yang dok tolong hantar tu. Tq shak. Laki orang dah now. dapat orang kampung hani pulak ni.huhuuuu.

Then bulan Oct dapat keje. wahoooooo... tapi sampai 2008 jer. sebab i tak suka duduk counter nak layan orang. I bukan jenis yang ramah- tamah nak layan orang nicely tu. ahhahahahhaha. eh bukan sombong. tapi i memang tak reti. so, tak sesuai dgn jiwa. plus rasa macam tak berbaloi belajar, economi, account, math dulu. tak guna kot. semua thru systems jer.So, cari keje lain. Ada 2 keje jugak tuk terror kan pakai excell.

Untill ( apr 2009 ) i keje kat psr gudang ( tmpt i kenal en apai ). Masa interview kat sini. Memang semua based on paper jer. Nasib ada gak experiance pasak excell sebab ada test excell time tu. Yang lain memang kat sijil jer la. Tq kat k mah sebab bagi peluang. Tapi kan dia kata dia amik hani keje sebab braces!!!

hahahha. i pakai braces pink time tu. dulu memag suka tukar-tukar kaler. pink. biru, hitam.... tapi paling suka pink terang.memancor gitu. wakakkakaka.- over- kira en apai agaknya suka braces kot.wakakkakakak....- tapibenornyasayataksukadiaduluuuuuu,siyestaksuaka,diagarang,ibenci,tapijaplagiadushhhhhhtersukapulak-

Then lepas tu May 2011, hani apply keje kat sini. Saja cari pengalaman baru. lagi pun tak best keje satu opis ngan en tunang. wakakakakakka. eh. tak lawak. ada orang maybe tak kisah. but, i dont like it. hani x suka satu opis dengan orang yang ada kaitan dengan kita. like adik, akak, suami,mak. macam tu la... tak tau kenapa. tapi tak suka. Sebab saya agak keras sikit time keje. bila hani tak suka, hani akan cakap tak suka.
So, untuk menjaga hati banyak pihak. Baik tak payah satu opis. Kang ada yang nagis. Hhahahah.

Then semalam, after 4 years. Hani try pi interview semalam. huhuuuuu. saja carik angin baru konon nak dekat dengan rumah. result?? tak tau pun lagik. lagi pun bukan  tersedak nak carik keje. cuma kalau dapat tu kira bonus la kan. Penat dah la nak travel jauh-jauh hari-hari. tak jauh. jem jerk. tak sukaaaaaaa.

Nak pindah rumah kat PG,leceh. Banyak benda kena pikir. Pindah keje jer senang. Nanti cari jer umah lain area sana. Konon. Berangan tu free. Sila berangan. moga-moga jadi kenyataan.

Pasal interview tu. wishmeluck.
ahahhahahha

Nebes punya pasal. makanan banyak pun tak boleh makan. Hari ni baru terbayang-bayang makanan masa kat tempat interview semalam.ahhahahahah. Borak punya borak semalam, jap g orang tu kata. Jap lagi saya la masuk dalam nak interview awak!!!

glupppppp - terus tak nampak makanan. hahahahhahah.

p/s - apa perangai buruk time nak p interview??? perut saya mesti memulas-mulas. ahhahahahah.


Monday, April 6

1st time

Hi u olls,

Mama abeed still tak siap closing lagik. Tapi tetap nak update blog ni. Sebab apa tak siap? Sebab pening melayankan auditor bnyk songeh. Siyes this year punya auditor lain macam songeh dia. Tak paham den. Dorang yang tak paham, or hani yang tak paham?

Now tinggal nak confirmkan a beberapa benda and tunggu email. Maka kita curik masa jap ea.


Last saturday, hani & abeed balik lok heng jap. Ada jemputan dari jiran. En apai, keje...... maka gigih la 2 beranak ni berdua... 1st time la ni balik kampung berdua..kihkih. Agak mencabar jugak tapi akhirnya berjaya!!

Good Job abeed. Boleh buat lagi. kihkhikih.

Selalu jalan dekat-dekat takat pi umah tok mama, umah mak tok, hantar umah baby sitter. Jadi semua dekat-dekat. Tak da hal punya. 

Si budak abeed ni. Tak da la mintak susu. Dia mintak kita gentel kaki dia pulak untuk tidoooo... Gedik sangat ni abeed. Suh gentel sendiri tak nak.

Masa balik dia suh gentel telinga dia pulak.... tapi dia tak nangis la.. suh gentel, mama gentel. tengok-tengok dah lena...


Masa nak pi tu, dia nagis jugak la... Tapi masa balik.. Dia sangat ok. huhuuuu......
Pic  yang atas tu masa hantar pak chu balik hostel. Pak chu balik weekend. Tok ayah penat rewang, jadi biar abeed hantar jer. Then abeed terus balik umah. Daddy dah tunggu, ajak tengok bola sama-sama.




Yang ni budak kepoh ni, sibuk dok angkut barang pak chu ke hulu ke hilir. Pak chu biasa la... time nak balik, dia punya mengemas, alahaiiii, semut pun laju. padahal nak balik cepat. tapi hegeh-hegeh. Jadi biar abeed jer tolong.

wakakaka...

Sampai rumah nak dekat pukul 7 cam tu. masak nasi goreng & macaroni goreng jer. Macaroni untuk abeed. Sebab nasi goreng daddy wajib pedas. pijar kang abeed makan.

Ahad pagi, ada berita sedey. Bangun pagi, basuh baju. then ajak abeed mandi. Tengah-tengah mandi air makin lama, makin slow. Alamakkkkk... zas mandi lincah-lincah. Terus air mati. Alamakkkkk.

Kejut daddy, pack baju terus pi umah mak. Eh. pi pasar jap. Beli lauk siap-siap. Hehheheeh..... Sebab nak bersidai lama kan..... Jap g balik petang tengok air still tak ada... pack baju kerja terus tidur umah MIL jew...

Hohoho... block kitorang jer tak ada air. water pump problem. susah giler air tak da.... kalau darurat time tu. memang angkut air swimming pool la jawapnya. hahahaa...


ok. lunch hour. mari rehat kan badan.

bye.



Monday, March 30

POTRET - AKIM

Terangi malam ku dengan syair indah mu
Merenung kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemas ku bila tiada mu
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya
Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi
Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi


p/s 

i giler lagu ni okeyyyyyyy.......

jauhhhhhh

terbawa
lukisan hatimu,

hahahhah.. mati la asyik nak nyanyi jer....


Budak terlebih rajin


Ok

Sila abaikan rumah yang bersepah tu. Maafkan saya. Saya hanya akan kemas rumah weekend ONLY. Hari lain, maaf yer. Closed day. hahahhaha.

Sampai rumah paling cepat pukul 9. Bila mana pulak nak kemas. Ingat nak baring jer time ni. Mandi pun berjemaah dengan abeed. Basuh baju, angkat baju. Settle esok punya barang. Zasssss. Baring depan TV. Main dengan abeed. 

Last week, sampai rumah jer abeed terus tido. Tak dan nak main. Kesian abeed. Dapat jumpa mama kejap jer. Banyak masa habis kat rumah baby sitter. Huhuuuu.. Ni mama tau, mama... Dulu abeed duduk dalam perut mama. Hari-hari ikut mama pi kerja. Hari-hari kita borak dalam kereta masa mama nak pergi & balik kerja. Kita nyanyi sama-sama. Kita nangis sama-sama ( i tak suka jem, kang i nagis ).

Now, abeed jarang jumpa mama. Sedeyyyyyyy.

Sebab tu kalau boleh weekend tu, nak buat kerja time abeed tidur jer. Time lain nak main jer dengan abeed. 

Maka terciptalah gambar di atas.

Kita kemas sama-sama jer la abeed. Abeed main, mama kemas. Sama-sama...... Yup, memang la lambat nak siap. Boleh jadi berejam. Time vacuum abeed pun suka. Dia yang sibuk memvacuum. Masak memang kena tunggu abeed tidur. Sebab dia suka sangat main kat dapur.

BAHAYA.

Tapi tu la kan.... kang kalau lambat masak, ayarkkkkk... tak kan nak suh daddy tunggu pulak kan. Daddy balik jer terus nak makan. Huhuuuu..

Maka still kena lincah-lincah. Sambil-sambil. Petang sabtu main lagi dengan abeed.
Huhuhuhuuhu.

Abeed dah besar now. Terasa sangat dia dah besar. Dah boleh cakap sikit-sikit.
CAR, BUS, MEOWWW - x nak dia sebut cat okeeee...
KAK, D, Maa.

Kalau mandi tu, abeed nak shishi? - pandai dia terus shishi.....
hehehehe....

Nak mandi pandai dah amik towel. Mesti amik towel mama sekali, walaupun mama dah mandi. Tak kasi amik terus marah......
HUHUUUU.

Paling rajin berus toilet. 

hahhahahah.

Kalau suruh amik TOTO, laju jer masuk bilik. Konon nak tarik. Boleh la dia tarik. Kuat jugak budak tecik ni.

Membesar dengan sihat yer Abeed Qushayyi.

Mama doakan abeed berjaya dunia & akhirat. Jadi anak yang soleh.


Monday, March 16

R I N DU

Sebenarnya hari ni adalah hari malas sedunia. Sebab??? Bos hani pun malas hari ni... Maka anak buah sila la bermalas-malasan. Now keje memang penat. Banyak...... Sampai malas nak buat. Betul. Tak tipu.

Tapi bila memikirkan dateline makin dekat. Time tu tetiba jer aura rajin datang. Nope. Bukan aura rajin. Aura terpaksa rajin tu datang. Tu yang boleh duduk dari pagi sampai tengah hari. Tetiba tengok kiri kanan orang dah keluar lunch.

Tu bukan rajin. Tu maksud dia kerja selambak. Gigih siapkan. Bila semua benda kena handle sendiri now. Terasa beban dia kat otak. Yup.. belum busy tahap orang lain. Tapi 8 jam yang tersadai depan PC tu sangat memenatkan. Tak semua orang rasa. Tak semua orang paham.

Tak pe la... Dah tak da mood boss. Nak buat macam mana. Janji kita close on time. Gitu je la prinsip now.

Pernah tak korang rasa down dengan life korang? Macam mana nak hiburkan hati yang lara ea?
Yer ye ye... saya tau... duduk berdoa atas sejadah. Boleh mengubat hati yang lara. But, in others way how?

ada orang suka menangis bagai nak rak... sampai tertido-tido nagis... but then bangun dengan semangat baru....

ada pulak, tetiba meroyan macam nak gila. Then baru dia akan normal, then baru dia boleh pikir dengan waras.


Ada yang akan share dengan orang yang dia percaya.

So, macam-macam la kan biasanya orang akan buat bila dorang rasa down. Yang penting kena kuatkan iman & tabahkan hati. Tak ada sesiapa kat dunia ni yang nak hancurkan hidup dorang sendiri. Masing-masing ada cita-cita, impian, harapan. Yang penting make sure kita gunakan cara yang betul. Insyaallah semua akan berjalan lancar. Aim your goal. Set your dreams.

Tapi percayalah, masalah, dugaan, Allah hanya akan beri pada orang yang Dia sayang. Pada orang yang Dia rasa mampu. Untuk apa? Untuk menguji kita. Untuk tengok sejauh mana sayang kita pada dia. Cabaran / ujian pulak dari pelbagai segi.

Tepuk dada, tanya iman.

Tak semua orang kuat. Tak semua orang mampu. Tu yang tetiba ada masuk hospital mental tu... Sebab apa? sebab tak tahan dengan dugaan. Rasa down sangat. Jadi stress. Hilang kawalan. Mental terus celaru. Dah tak boleh nak fikir lagi dah. Subhanallah. Jauhkan lah kita dari semua ni. Hani doakan semua kawan-kawan hani. family.. kuat dengan dugaan yang dihadapi.

Bangkit.
Bangun.
Hidup mesti diteruskan.
Hidup mesti bahagia.
Life must be happy.
Hidup mesti menggembirakan.

Kalau rasa tak happy.... cari jalan macam mana nak happy. Cuba untuk selesaikan masalah.

Hani ada kenal someone yang sangat kuat. bangkit. kagum sangat.....

Jatuh sekali, tak bermakna kita akan jatuh selamanya. Sakit itu pasti. Tapi kita tak boleh terus meratapi kesakitan itu. Kita mesti bangun. Jadikan sakit tadi sebagai satu pengajaran. Bangun dari sakit. Cari kebahagiaan.

Yang pasti. Kita tak akan pernah faham , hidup / masalah orang lain selagi kita berada dalam situasi tu. Makanya, jangan suka masuk campur atau memandai dalam hidup orang lain. Sentiasa positif.

Ok la... mood run run away. Please come tomorrow. Miss u already. :P

Monday, March 9

Wedding and Saturday activities

Hi,

Lama jer macam tak update blog ni. Huhuuu, last week closing time. Busy la konon. Nak baca blog kak D pun tak sempat :P

Ok ni cerita last friday. ada majlis aqiqah ex school mate en apai. 1st time kot join en apai jumpa kawan-kawan sekolah dia.

Majlis buat kat taman permainan, so luas.abeed suka jer nak main. Memula jer diam baikkk sangat. Lepas mama dia siap makan dia pun mula ronda kawasan.


Actually masa kami pi majlis tu mak ayah ada kat rumah..hohoohhoho...  Ajak mak ayah datang sebab dorang hari jumaat tu pi BP - Melawat FIL m yan meninggal dunia.
Alang-alang dorang tak ada apa2 aktiviti ajak jer lepak rumah. Pak uda bawa dorang pi makan malam tu. Dating la dengan anak bujang gituu.


Sabtu pagi, ajak dorang breakfast kat pasar dahlia jer. Huhuu. Lepas tu mak ayah terus balik.
Lepas breakfast lincah-lincah siap sebab nak pi wedding Pn Hazirah!!!! Tahniah awak, saya doakan jodoh awak berkekalan hingga ke syurga. Selamat menjadi isteri & anak yang baik. Amin.
Hazirah ex officemate merangkap ex house mate. gituuu.

Memula tak kawan, lama-lama teman lepak. Kak hani garang katanya masa tak kenal. Eh. dah kenal rupanya baikkkk sangat. waakakak. itu tipu.
:P

Abeed: ehhh. naper ada unta kat sini mama?
Kakak : abeed cepat tengok depan, mama nak amik gambar.

siap ada en camel ok.... ko hado??? terus demam abeed jumpa en camel kat kenduri kawen. ahahhahahha. tanjat agaknya unta pun pi dewan.

Tapi abeed dah baik demam dah sekarang. Demam tanjat sikit-sikit jer. Lama tak pi BP. Last pi rasanya masa hazirah tunang..hahhahaha... Agaknya lepas ni pi untuk aqiqah anak dia pulak.
Eh. ko penting ker dia nak jemput ko hani??
:P


Tuesday, February 24

Tilam kelambu dan tilam bedung bayi murah 2015


Untuk yang tertanya-tanya samada hani jual lagi atau tidak tilam kelambu dan tilam bedung bayi ni..jawapan dia YES!!! Hani masih jual.

Korang boleh jer wassap hani 
0137240059

PRICE RM 75.00 include postage.

Hani memang suka tilam bedung tu sebab sangat-sangat berguna untuk baby masa dia baby. Senang nak dibawa kemana sahaja...

Baby pun boleh tidur lena kalau kita letak sekali dengan tilam bedung tu dalam stroller.

Gituuuuuu.

Tilam besar pulak siap kelambu lagi. Tak payah risau tilam tertinggal la, kelambu tertinggal la. Dia sekali harung jer.

Boleh jugak dilipat. So, tiada alasan untuk bergaya dengan tilam kelambu combo dengan tilam bedung.







#triputarakami 2

Ok. Entry yang ni banyak pasal gambar jer la ea...

Sampai jetty kuala perlis, cepat2 gerak pi padang besar. And kami tak jumpa petrol station yer . Cuak gak sebab minyak tinggal 2 bar jer masa tu. So, better u olls isi minyak dulu kat area kuala perlis tu baru gegas pi padang besar. Kang tak pasal ada yang tolak kereta.

Jalan ok jer. Kereta tak banyak. Then sampai jer padang besar apa lagi carik barang jer la. Tapi pada kami rantau panjang lagi best. Hewhewhew. Lagi murah kat rantau panjang. gituuuu. tapi sabit nak pi lagi kan. Dulu pi masa form 2 tak silap u olls. Pakai duit mak bapak lagik. Memang tak ada shopping-shopping ni. Ko tak payah banyak songeh sangat. Untung ayah dah bawak jalan. Duk diam and ikut jer. gituuuu.

Jersey kot yang murah. Memang murah berbanding harga kat JOhor ni la kan. Tapi mestilah i olls tak beli. waakakkaka... Baik i beli baju tidur. Banyak faedahnyaaaaaaaa.

Dont worry, surau dia semua ada kat sini. Besar lagi. Cuma kena ingat dorang tutup pukul 7 malam ok. Azan magrib jer memang korang nampak pintu jer. Dorang dah balik!!!!

Jadi pepandai la korang budget masa korang. Kena lincah kadukkkkkk.

Lepas tu terus balik kulim, pi umah mak lin. hehehhehe. malu sebenarnya dengan mak lin. sebab time belajar dulu memang selalu giler naik kulim. jap g bila dah kerja susah benar nak pi kulim. Last pi pun tahun 2012 kot. masa trip pi pangkor tu...hhohohoh... lepas tu la ni ha baru pi..siap bawak anak lagi..kihkihkih..melampau sunggguh anak sedara.

Dah sampai sini memang rehat habis-habis la kan. Tapi ada tragedy..kihkihkih... sampai-sampai jer on semua suis.. mandi... tup tup black out!!! hahhahahahha. pukul 11 malam black out ko. mana nak carik wireman???

Nasib ada magic, wireman datang kul 12 lebih macam tu... terus ada electric. Tapi lepas dah terang budak-budak banyak tenaga tetiba. Ada yang tidur pukul 4 pagi. mama abeed ni memang tidur jer.. pepandai la anak-anak carik mama nanti ea... nite....
Esok pagi terus pi tree top walk of sg sedim. 10 most visit place in malaysia. ha gituuuuuu...

RM 10.00 per enrty.
Kat jetty kilim

dalam bot untuk kilim tour
from jetty langkawi
tree top walk
panas!!!!!
get ready nak balik johor.

Gerak lepas bola, sampai rumah pukul 10.00 pagi...

huwaaaa. sakit bontot!!!!!

#triputarakami


Hi u olls,

Selamat Tahun Baru Cina!!! Abeed jer dapat ang pow dari jiran depam rumah. Kami semua dapat makan limau jewwwwww. Bonda bagi balasan ikan duri masak asam pedas. Huhuuuu.

Ok. Now cerita pasal #triputarakami yang penat but happening!!!

Kami gerak dari JB rabu lepas magrib, and jalan sangat-sangat sesak... Huwaaaaa, last year punya CNY trip tak jumpa jem pong.. This year punya terbaik dia pagi.. Pukul 2 , 3 pagi pon jem ok!!! Solat subuh kat R&R sesak tau.... Ramai betul manusia sekarang. Sampai kuala Perlis pukul 9 lebih macam tu. Group angah & group mak lin tidur kuala perlis.

So, we all jumpa kat jetty jer la. Tapiiiiii, ramai giler manusia dalam tu. Nasib kami dah beli ticket semalam. Tapi still stuck jugak dalam terminal tu sebab ferry delay dalam sejam.Dah macam mangsa banjir dah rasa. Sebab orang yang ferry petang pon dah berhimpun dalam tu. Dorang ni semua yang sampai baru beli ticket. Sampai pukul 7, dapat ticket 2ptg. Ko rasa???

Sampai langkawi dalam pukul 1 lebih macam tu terus makan nasi!! I is laparrrrr. Sambil tunggu kereta sewa sampai sebab driver tu stuck jugak dalam jem. Then terus pi homestay letak barang terus pi tempat cable car. Malangnya terlalu lama nak tunggu. Kena tunggu 2 jam. Terus cancel and kami layan musuem 3D @ langkwi jer. Kebetulan ada offer time tu SO RM 25.00 sahaja seorang.

Eh. Ferry tu from KUALA PERLIS - LANGKAWI RM 18.00
MUSEUM 3D @ LANGKAWI RM 38.00
( masa kami pi ada offer, and tak sure harga time lain hari ).
HOMESTAY 3 bilik RM 200.00
MITSUBISHI GRANDIS RM 200.00
KILIM GEOFOREST PARK RM 250.00 - 10 orang
EN. AZHAR 011-1278 9987



Ok. Tu fare price yang korang boleh refer kot ada saper2 nak pi sana. Korang boleh call no tu, sebab dia boleh arrange untuk bot sekali. homestay lengkap, boleh tidur 6 orang punya. 1 queen, 4 single, toto, bantal extra semua dia dah bagi. Bersih, ada fridge, iron, water heater, kettle.

Balik dari 3D museum, terus pi HIG.. shopping time!!!!! Hahahahah, i like... memang korang akan habis beratus-beratus kat sini. Sebab pakai sauk jer. Wakakkakka. Group B paling lama shopping kat sini.Group B is group angah. Hahhahah. Anak dia kami jaga dalam kereta. Kasik mak bapak dia tenang sikit shopping.

Then terus pi makan, tak da la mahal sangat makan kat sini. Boleh la makan ramai-ramai siap ketam semua bagai tu. Kira berbaloi, sama jer rate kat senibong. Ok.

Then terus balik rumah, penat!!!! Nak mandi, tdo, lepak tengok TV. Sebab esok pagi2 driver akan tunjuk jalan & jumpa driver boat pulak kat KILIM GEOFOREST .

So, pukul 8.30 dia dah datang untuk tunjuk jalan kat kami. Memang bagus pi pagi la yek kat sini. Sebab waktu kami dah nak balik tu memang matahari dah naik. So agak panas tau. Becak pulak ketiak kang.

So, naik bot tu dorang bawak kami round-round tengok helang, kalau nasib baik u olls akan nampak helang makan depan mata korang. Then tengok a few gua, gua kelawar, gua buaya. Then tengok bukit-bukit yang membentuk muka manusia, kasut, penyu... Nanti dia kan stop kan kat sangkar ikan untuk tengok and dengar-dengar talk pasal ikan.

Then masuk kat gua kelawar round-round dalam gua. Dapat la jumpa. kelawar and masuk dalam gua.

Then lepas tu kami terus drive pi terminal jetty pulak. Lepak kat jetty, shopping again!!!

Then naik ferry pi padang besar pulak!!!

Sambung nanti. Bye.


Monday, February 2

Weekend yg bmakna

Happy monday u olls.... last week sangat busy... paling busy jumaat la kan. Sebab khamis EL - cousin belah en apai meninggal dunia. Al-Fatihah untuk arwah. Last week pulak auditor datang. Khamis tu jugak ada GST training. Makanya bila semua benda kena buat on friday. Makan red velvet pun tak terasa okeeeeee.. Hate this!!! Hani suka makan sambil menikmati. Tapi bila pukul 6.30 ptg baru dapat lepaskan diri dari auditor and rasa nak tercekik perabis cake.... Slice jer kot. tak kan nak bawa balik kan. kang berebut pulak. gigih la habiskan berdua... huhuuhuhuh.

 Tapi sempat jugak pagi jumaat tu jumpa ex-officemate yang sanggup datang dari BP untuk hantar wedding invitaion card dia..auwwwww. i likeeeee.. kurus and berseri-seri bakal panten. Tahniah awakkkkk.

Tapi kita tak mau ingat yang stress. Hidup ni singkat jer. Mari kita ingat yang indah-indah belaka. Lupakan segala duka nestapa. Ewahhhhhh.



Yang ni cerita hari sabtu.. pic atas tu dorang pi tengok pak chu kat hostel. pak chu x boleh balik.gigih la anak sedara dari PJ lawat pak cik kat sekolah.huk huk huk. Tapi hani tak join ni. I olls lambat sikit sampai. en apai kerja... maka lambat la baru boleh gerak balik lok heng.. huhuuu... hometown lok heng jer... tapi kan sebenarnya kan... kan.. kan.. dah sebulan tak jumpa mak & ayah.... missed both of them much!!!! Bukan apa, time kita free, dorang busy. Time kita busy , dorang free. Acaner nak jumpa. hani tak suka jumpa kejap-kejap tak puas. mesti nak spend time lelama sikit. makan mak masak banyak -banyak ...nyummmmmmm.

Yang ni petang masa kami sampai, seronok abeed main bola atas rumput!!! maklumlah rumah sendiri tak jumpa rumput. puas la budak kecik tu tawaf depan umah atok ayah tu. main dengan momot, main dengan syirah sekali.

Malam tu mak masak nasi ayam, request by budak comey!!! saya la tu... ahhahahahhaha.... masak nasi ayam jer senang semua boleh makan. dari teha sampai atok ayah tak da masalah nak makan. abeed pun makan. sonang kerja. tak yah masak 2, 3, jenis lauk... penat ok. nak tengok bola lagi lepas tu... haishhhh... nak lepak-lepak depan tv lagi...

Abeed tdo lambat giler malam tu, kunyah tak renti-renti pulak tu. orang nak tdo, dia berak pulak.. dah mulut tak renti-renti kunyah makanan kan... grrrrrrrr.....

Pagi-pagi dah tolong mama sapu beranda sambil amik angin pagi...  then breakfast of the day ialah bubur nasi, nasi ayam grg and ubi goreng... hamboiiiii, makanan tak agak-agak yaaaa. perut berlipat tak yah salahkan orang lain. salahkan tekak sendiri.

- _________  -


Then kitorang pi carik kain untuk baju raya kat kota tinggi. Over or excited???? Ini kami panggil beli awal-awal ,, kang tak kalut dah.. ada orang tu duk jauh, kang kami beli sendiri dia tak suka.. jadi time dia balik ni kita balun beli terus yer.... sebab kami biasa pakai baju yang sama colour. sama corak. sekayu gitu. Anak, menantu, cucu....sekayu.

Nyanyi sikit lagu sepohon kayu...

:P

 hani dah ada 3 helai baju.. hohohoohohoh.. puasa tak ganti lagik.. 

Dushhhhhhh.


Yang ni kami pi makan & minum kat CENDOL DURIAN KOTA TINGGI. location area bus station kota tinggi.

For me, cendol durian sodap. ada jual rojak, mee rebus, mee bandung , laksa penang.

Bak kata en apai, cendol sg mas lagi sedap sebab ada soto. Eh. sebab cendol dia lagi sedap... en apai punya statement boleh pakai kot. sebab both gerai cendol dia akan order cendol pulut. Kat sg mas hani suka cendol special. makan pes-pes. makan rojak... nyamannnn perut. boleh tdo dengan lena.
hahahahhaha.


Hani suka cendol durian RM 2.50
Ayah & Uda cendol kaw&kaw RM 8.00 -  i lupa nak rasa


Ok. U olls boleh try jugak cendol durian & cendol kaw&kaw tu ea....

-busy-

Sunday, January 18

London weight management - birthday present

Sabtu lepas hani ada appointment kat sini!!! amazing ok.... sabar-sabar, ni adalah percuma ok. Jangan kata pulak kita ni membazir..... hahahahhaha....

Hani dapat email sempena birthday hani yg akan datang... kira januari la kan. Then hani reply tak lama lepas tu dorang call untuk set the date.

Giler tak pergi??? Haruslah pergi kan. saper yang tak nak!!

Memula nebes la jugak ka. mana tau tup-tup kena bayar. arhhh sudah. mana nak cekau duit ni. bawa pun tak sampai rm 50.00 hahahhaha. untuk memastikan diri ini tak tergoda dengan segala hasutan syitonnnn gigih tau, tak bawa duit.

Memula datang dorang amik banyak details and segala tok nenek form, tak pa. dorang isi. kita tinggal cakap jerrrr.

Untuk treatment ni amik masa lebih kurang 3 jam. sejam untuk isi sana sini form. total 3 jam. lama weiiii.

Dorang akan amik ukuran semua, berat semua.... then kita discuss apa yang hani nak untuk dorang buat. Of course la i nak shape!!!
Hahhahah, shape lari ok.. lariiiiii...gone sudah. tak tau pi mana.... tercicir kat sepital masa push push abeed kot. haahhahah.

untuk dapat shape balik. memang kena buat sesuatu. Sebab hani memang malas nak senam semua tu. memang la kena buat treatment kalau rasa shape tu dah lari. Berat sama, tapi seluar ketat. Acaner tu???

Kena la do something kan. tak kan nak biar jer.

Kat bilik tu la kami dok borak-borak. dorang sangat ramai, cantik and selimmmmm even dah ada 2 anak. amboiiiii. korang tak makan ker??

hobi saya makan - ^_^ -
itu saya info dorang jugak.
nasib saya boleh meneruskan hobi saya itu. dorang kata tak apa....
hahahhaahhaha

Memula sekali adalah mandi wap - 20 minit
then dorang sapu and massage sikit dengan apa benda oil tu dah lupa tajuk. Untuk membakar lemak katanya.

Then pakai hot blanket tu.

Sedap kot.

Lepas settle semua baru mandi. Semua ada, shampoo, sabun , conditioner, hair dryer. Tak payah nak bawak pulak.
Hehehheheh.

Lepas tu baru dorang urut pakai machine.

Settle.

Terasa badan sangat ringan. Maybe dah lama tak mandi wap. Korang tau kan mandi wap memang bagus. Untuk relaxing. Terasa bahu yang sengal-sengal ni jadi ringan.

Tak tipu. Yang tu kat spa pun korang boleh dapat.

Lepas settle semua dorang amik ukuran balik. Weiiii, kurang la weiiii.. hahhahaha. Hebat gak kan.
Total loss memang seperti yang dorang janjikan. total tau.total. kang korang cakap hani tipu pulak.
Total loss hani adalah 14cm!!! Amazing kan. kat perut jer kurang 1.9cm..
Hahahha.
Tepuk tangan gaya abeed sikit...

terus rasa nak buat 10 kali... hahahhaha. baru boleh kurang banyak cm...

Seperti yang dijanjikan jugak. Dorang bagi hani gift kat bawah ni. 15 sachet slimming coffee. Hani tak minum lagi..
Hehhehe.
Nanti la yer.
Now kena habiskan ephyra dulu untuk 15 hari punya result. kang bercampur baur pulak badan hani ni.

Dapat ini lotion jugak. Sapu belah pagi & malam. Kira sama gak la fungsi dia dengan lotion mustajab tu.... Lotion ni akan bakar lemak kat tempat yang hani sapu. Agak panas.Akan nampak merah-merah lepas hani sapu.

Yang ni untuk diet korang yerrrrr... Make sure menu diet korang betul tau.... Kalau tak betul. membazir jer korang diet. kurus tak dapat. lapar jer dapat.


Seeeeeee - yang ni hani nak bagi korang.
Sape nak??? angkat tangan!!!!

hahahhaha.

Saper yang berminat. Boleh share entry ni kat FB korang. Then tag hani. the lucky one akan dapat buat treatment ni.
Mudah kan. Make sure korang boleh datang kat AEON Bukit Indah untuk treatment ni.

jommm apa lagi......  peluang nak dapat free bukan datang selalu yer...