...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Monday, April 30

speechless

Itu jer yang aku mampu katakan pasal perhimpunan bersih 3.0..Entahlah aku sampai rasa mana kesedaran sivik rakyat malaysia ini, banggakah mereka??? Banggsa dengan perlakuan mereka??

 Aku tidak masuk campur dengan apa yang mereka ini pertikaikan .. yang aku persoalankan kenapa mesti dengan cara sebegitu?? Bukan kah semua masalah perlu di selesaikan secara rasional bukan dengan amukan atau amarah?? Bukankah dengan cara mereka sekarang mereka hanya menunjukkan betapa ceteknya pemikiran mereka???

Merosakkan harta kerajaan.. itu pasti.. menyebabkan kecederaan..itu pasti.. Adakah dengan cara ini kerajaan malaysia akan turut dengan kemahuan mereka??? Bila aku tonton adegan mereka ...Sampai terdetik kat hati aku yang kering ini..

 Boleh tak aku buat undang2  sendiri?? Aku yang putuskan hukuman untuk mereka... semua yang terlibat membaling..memukul ... merosakkan segala harta. pihak polis & bomba.. kita putuskan tiada bantuan untuk mereka... sebab?? sebab bukan kau ker yang baling bomba dan polis.. kau dah baling tak kan kitorang nak tolong kalu rumah korang terbakar ker?? kena ragut ker?? nak tolong ker?? nak buat apa kan.. ko yang benci sangat dengan polis & bomba kan...

Tapi aku tau.. kerajan kita tidak akan buat sebegitu... Entah lah.. semua ada salah masing2.. seperti mana kita tau no body perfect..

Tapi tolong lah berpegang pada kepercayaan agama masing2... bila kita buat baik,pasti baik balasanya.. Tapi kalau begini kita layan kerajaan kita.. adakah mereka akan memberi yang terbaik untuk kita??

Saya sayang malaysia -- Tanah Tumpah Darahku.. Anda???

p/s - saya tak menyertai bersih... tapi saya bersih..
   

http://www.youtube.com/watch?v=aT5oKpmuB5o

Sunday, April 29

Kekadang

  Kadang kala sebagai manusia biasa , kita selalu rasa untuk memiliki apa yang kita impikan.. Tapi, kadangkala kita tak sedar apa yang kita impikan itu, tak semestinya yang terbaik untuk hidup kita..

Kita perlu sedar apa yang kita ada dalam hidup kita hari ini, adalah yang terbaik untuk kita..

 Apa yang kita rasa sangat benci, tak suka, bosan mungkin perkara itulah yang terbaik untuk kita hadapi, lalui, rasai..

  Kita sangat tidak tahu tentang ketentuan ini.. Jadi , bersyukurlah..

 Hanya Allah yang tau apa yang terbaik untuk hambanya...

Nukilan -- hon3ydpi3 --

Thursday, April 26

cinta yang agung adalah cinta yang gagal--benarkah?

Hurmm.. bila baca word ni dekat http://didamumin.blogspot.com/ ia mengingatkan aku pada cerita lama..cerita lama antara aku n Mr. Luv1... My 1st love.... Kisah antra aku dan dia yang mbuatkan aku hilang ramai kawan ari ni.. yang mbuatkan kawan2 aku meletakkan satu kesalahan padaku.....tapi aku tak kisah..walau sekelumit...kerana...hanya aku dan dia yang tau kisah antara kami...

Kalau cakap pasal sayang..yer memang aku dan dia saling sayang..cinta...tapi, aku tau sayang dan cinta tak boleh diguna pakai..tak boleh menjamin..tak boleh memberi kebahagian yang kita perlukan tuk build up family..marriage...

Aku masih ingat pagi jumaat tu... panggilan terakhir itu..sentiasa ada dalam kotak memoriku...pagi yang akan ku ingat dan kenang sampai bila-bila...

Dia call..bagi tau...ini akan jadi panggilan terakhir dari dia, jaga diri baik-baik,jaga mak dan ayah, jaga adik2...jgn garang2..jgn degil2..doakan dia bahagia dengan pilihan dia kerana hari ini dia akan bernikah.....

Saat tu ... kami sama-sama menangis.....kerana kami tau selepas waktu ini. Detik ini tidak akan ada rasa cinta itu di hati kami...

Ya..dulu..aku yang putus kan hubungan ini..rasa cinta ini..kerana ..hubungan yang kami cuba ciptakan ini tak mendapat restu ibu dia, Aku akur.. aku tau dia lelaki..seorang anak lelaki tidak boleh diputuskan hubungan dengan ibunya selepas dia berkahwin. Aku rela berpisah..setelah hampir setahun baru rasa dan kata perpisahan itu dapat diluahkan... Jujur. Ia sangat sakit. Walau pun aku yang ucapkan perkataan itu. Sangat sakit...sangat....

Dia memang tak dapat menerima perpisahan itu pada awalnya...kami b'kawan hampir 4 tahun...satu masa yang agak panjang.. Tapi akhirnya dia akur..akur dengan keputusan ini..Dan kami terus berkawan sampai pagi di hari pernikahan itu....

Now.... aku bahagia dengan hidupku dan aku tau dia juga sangat bahagia dengan wife...anak dan anak yang bakal lahir itu....

Banyak kenagan kami bersama.... aku tak kan lupa kenagan itu semua..kenangan untuk dikenang..bukan untuk disiakan...

Inilah cinta aku dan dia yang gagal..........

Tiada lagi rasa cinta antara kami..yang ada adalah cinta yang baru untuk dijaga rapi agar tidak gagal dan terus kekal...amin...




doa untuk ibuku

untuk ibuku Siti Zainon

Tuesday, April 24

hobby

 hair clip sweet---- petite

 hair clip besar gabak - dinosour

 angry bird and kemboja - key chain

 brooch kemboja and anak rama2-- :)



flet craft-- sekarang ni ada dah bnda nak buat bila bosan.. :) -- happy weekend--

~l i f e~

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai,
kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah
kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada
keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan
kesyukuran yang bertapak di jiwa insan....

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu
hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan
dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain
merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa
bahagia dengan Allah. Dan ketika orang-orang pergi
menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta
dan cinta mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai
Allah.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan ,
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda
yang abadi, ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah
sumber ketenangan, ambillah waktu untuk belajar, itu
adalah sumber kebijaksanaan, ambillah waktu untuk bersahabat, itu
adalah jalan menuju kebahagiaan, ambillah waktu untuk
bekerja, itu adalah nilai keberhasilan, ambillah waktu untuk
beramal, itu adalah kunci untuk ke syurga.

~~biar hidup ada tujuan dan garis panduan~~

Sunday, April 22

kemaafan dendam yang terindah

Kadang2 bila recall balik bnyknye org berkira dgn kita..jgn kata pasal wang ringgit..hal yg xkena bayar pakai wet pocket dia pun berkira sgt..sakit hati ni sekejap je.. pastu dh lupa dh dan dh maafkan dh..mungkin dengan cara kita memaafkan org dan menghalalkan hidup lebih tenang..lebih ceria.. lebih happy go lucky..


Ni status kawan aku last sunday, status yg ada kaitan dengan tajuk 'kemaafan dendam yang terindah' ... Tapi bukan senang kan kita nak maafkan salah orang kat kita...


Hurmmm... aku ada alami satu situation yang aku rasa sampai mati aku tak nak maafkan orang tu... even dia melutut kat aku... bila nak buat macam tu aku rasa aku sngat kejam dan sangat jahat.. Tapi ada tak orang tu rasa dia kejam dan jahat bila dia buat aku???ada x?? confrim tak ada kan..sebab tu dia tegar buat aku giler2...buat cerita..jaja cerita...


Pedih...sangat pedih aku waktu tu... aku tak kuat mana nak terima segala kata2 yang dia reka pasal aku... aku sampai tak tau apa salah aku kat dia..kenapa dia sanggup mereka cerita pasal aku...cerita yg m'burukkan nama aku...kalau ikutkan hati aku..memang..,memang sampai mati aku tak nak maafkan dia..yaa.. aku memang pendendam...dendam dalam diam...


Tapi, masa boleh merubah segalanya... now... aku dah maafkan dia walaupun terpaksa...terpaksa dek kerana keadaan..masa..dunia..Aku sedar dengan maafkan dia hidup aku akan lebih indah..cukuplah maaf tu hanya di hati..tak perlu di luahkan...


Ya, dia pernah minta maaf dengan aku..tapi waktu tu, saat tu..aku sangat tak bersedia untuk itu..mungkin kerana aku tau...maaf yg di pinta tak lahir dari hati yang ikhlas...


Aku harap, dia berubah... tak buat lagi apa yg dia pernah buat kat aku , pada orang lain.. Kerana aku rasa..kalau dia buat pada orang lain..aku tak tau apa penerimaan orang lain pulak...


Hopefully, now dia happy dengan family n anak2 dia...aku tak pernah m'doakan yg tak baik untuk dia...tapi... untuk jumpa n b'salam2 ,n borak2 dgn dia like nothing happen before...Sumpah, aku masih belum mampu...Biar....biar masa yg tentukan bila ia akan b'laku...


Maybe bg dia..apa yg dia buat tak salah...dat y dia boleh b'lagak biasa depan aku..itu dia..pereka cerita...bagi aku...mangsa keadaan ini....tak pa...biar jer...biar dia dengan pilihan dia..hidup dia...


Untuk orang tu... u got it...kemaafan...


Untuk aku..teruskan hidup dengan lebih tabah...kerana dugaan yang makhluk Allah itu beri..now aku lebih kuat..amin..

Thursday, April 19

Q3

getting batter

Alhamdullillah,

Today, aku semakin ok.. last pening pun mlm tadi..bangun jer pagi tadi terus nomal. Now nak buat kerja yang menimbun...

Jumaat yg indah..pagi yang indah...semoga yang terindah untuk kita semua....

FLAT

Hari ini aku memang lepak habis, lepak dengan do nothing...

Semalam aku dah pergi klinik and doktor kata tak da apa2.. juz maybe ada tindakbalas toxin  dalam badan..Lepas je balik dari klinik aku makan ubat, makan roti, basuh baju , sidai baju, baca novel, tengok TV and pukul 11 jer tido.. Masa tu aku Ok je..Ingat kan dah ok la kan.. coz tak da pulak aku sakit perut ke pening ke nak muntah ker...

Then pagi tadi, aku bangun jer macam biasa iron baju.. tengah2 aku iron baju tu... sakit perut datang lagi...berdezupppp aku lari ke toilet..lama ok aku memerap dlm toilet tu.. then terus pening2 lalat aku datang balik...aku pun makan ubat then terus aku tido balik lepas info ofice bagi tau aku lambat masuk..

Dalam kul 10 kot baru aku sedar balik and gigih mandi lepas tu terus p ofice.. Kul 10.30 cam tu aku sampi..orang sakit kan..tak payah la b'siap comel2 p office..heeee... Sampi office siap kan benda yang penting dulu..then..aku muntah la pulak... mak aiiiihhhh penat ok..  lunch hour... aku kena paksa makan,,,makan la nasi putih buh kicap ckit..ayam goreng panas2....makan tu penting yer..sakit ker sihat ker kena gak makan...

Lepas jer lunch hour aku tido kat surau sampai la pukul 3 lbh...ehheheh..memang macam tak kerja la kan aku hari ni... tapi tak pa..sekali sekala jerrrr.. Now, aku rasa better dari smlm...tengok la mlm nanti and esok pulak macam mana..mintak2 semua ok..

p/s from encik tunang-- tu la, lain kali makan makanan yg b'khasiat!!!

aku--- b'khasiat apa makanan aku selama ni.. :)

semoga kita semua sihat sentiasa, aminnn - sakit tu nikmat dari Allah

Tuesday, April 17

tak sihat

Pagi ni aku sangat tak larat tuk ke opis, tapi aku gagahkan jugak. Pagi tadi masa bangun ok jer.. tak da apa2 pun yang pelik. then masa nak siap2 pakai baju segala tu, tetiba je kepala macam pusing.. ok, aku duduk jap..lepas tu perut aku pulak macam meragam.

 Masuk toilet jap.. lepas keluar toilet kepala lagi la pusing.. macam melayang2 la pulak.. x pa..duduk jap..then terus p opis... sampai opis toilet lagi .. macam nak muntah pun ada..sangat tersiksa aku pagi ni ok.. total masuk toilet tuk pagi ni 4 kali..penat..

Now.. ada lega sikit kat perut..kepala je still melayang di udara seperti tak ada arah tujuan.. mintak2 kejap je macam ni.. tak larat dah  ni.. macam nk tido pun ada ni..ntah kenapa ntah aku pun tak tau..

Tapi kan, bila aku pikir2 kan kenapa la tetiba bley terpening n tersakit perut pagi ni kan... aku rasa la kan... pasal dosa semalam.. dosa menipu a.k.a bohong sunat... heheheeeee, don't worry aku tak buat apa2 yang salah.. :)

Hebat kan... buat salah malam tadi, bangun jer terus dapat balasan... --- balasan tak tunggu akhirat---
heeee... ok la... mintak2 cepat baik.. nak wat kjer yang selambak ni..

-----zzzzzz----- O_o

resign

Sekarang kat opis aku ni kecoh pasal GM kitorang nak benti.

Tadi officemate aku ada yg nangis dah. Actually, GM aku ni malay and ni 1st time kami dpt GM malay. GM aku ni sangat2 la humble orangnya.. tu yang best ada GM mcm ni.. Dia la yang dok fight tuk kami2 yang kerdil ni tuk annual dinner, duit raya, buka puasa , uniform n blablaaaaaa...

Sebelum ni x do la mcm gini, keje dengan omputeh (GM dulu) mmg x dpt la semua ni.. yang dia tau suh kerja , kerja n kerja jer... kebajikan semua ni tak da la kan..

Jadi dengan resignnya GM aku now... maka. kami semua dah terbayang GM yang mngerikan... Siap ada yang bayangkan lepas ni tak ada new uniform, tak akan ada dinner, buka puasa and of course duit raya. Kalau la dpt omputih lagi reti ker dia pasal duit raya ni kan...cnfrm la dia x memahami budaya kita..

Ada pulak yg ckp kang dpt GM malay tp stok malay yg kerek giler... Kalau dpt la yg mcm gini alamatnya aku la yg kurus kat cini..meja aku ni betul2 depan mata GM okies....mesti lepas ni datang kerja adalah hari2 yang mengerikan bagi aku...heehehhheee

Tapi tu la kan manusia, means aku la tu.. suka benar m'bayangkan yg buruk2.. cubalah kasi yang indah2 bukan ker molek.. heee

Tak pe..kita sama2 doa GM yg akan masuk tu nanti baik hati, murah hati and menyejukkan hati....

heeee.. amin

Tuk GM aku yang nak benti... Terima kasih En. A-- jasamu ku kenang---  :)

Monday, April 16

tentang rasa

http://www.youtube.com/watch?v=Gl8sFAsaZYw

Hurmmm,

Sekadar perkongsian,
Aku tengah giler nak dengar lagu ni, bila dengar jer terus terberangan...heee MOTIF???
sukati la kan..

Ini semua hasil dari Vanilla Coklat O_o.. Dapatkah selamanya kita b'sama. menyatukan persaan kau dan aku...

Best kan dpt partner yg romantik mcm dlm cerita tu, tapi percayalah ia hanya cerita semata-mata. Jadi, sama2 la kita berangan jer.. Yer la kan, nak dapat yg realy romantic macam tu.. cnfrimmmmm la kan tak dapat...

Pagi yg indah... layan lagu chenta --- L O V E---

kahwin

Lately, semua orang asyik tanya jer bila nak kahwin, nape tak kawin2 and ada pulak yg ckp aku dah putus tunang... hurmmmmm..

Aku kekadang t'pikir jugak kenapakah meraka ini sangat nak tau bila aku nak kahwin... adakah mereka sedang gigih kumpul duit nak bg hadiah yg best2 kat aku?? nak kumpul tenaga tuk majlis aku?? nak b'kampung lama2 kat umah fmly aku??? ker sekadar nak mengepoh.... :(

Jodoh , ajal & maut bukan ker kat tangan ALLAH... bukan ker mereka2 ni patut doa kan jodoh aku cepat smpai dari mereka cerita yang bukan2 pasal aku...Siyes.. aku sangat stress kalau orang cakap pasal kahwin ni depan aq sekarang....

Ayat tanya kalau manis2 tak apa lajugak kan... ni tanya siap muka penuh kerek' eh, ko bila pulak nak kahwin?? ke ko dah putus tunang??? mak aiii... copot jantung aq dengar...

Tak per la.. biarlah mereka dengan kata2 mereka... untuk aku, ada jodoh aku kahwin.. x da jodoh aku tak makan pasir pun-- InsyaAllah...





InsyaAllah satu hari yg permai nanti aku akan ada pelamin seindah ini... amin...