...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Sunday, June 22

HUBUNGAN ITU

Hurmmmmm

Actually kalau boleh hani memang tak nak sebut or share pasal benda ni. Tapi disebabkan benda ni menghantui diri ini sepanjang minggu ni. Terasa terpanggil pulak nak corat-coret kat sini.

Bukan apa, sekadar peringatan untuk diri sendiri, peringatan tuk hari mendatang.

Sebab kita sebagai manusia tak pernah akan tau apa akan terjadi esok, lusa dan hari yang mendatang.

Apa yang Allah datang kan dalam hidup kita, untuk kita lalui, untuk kita tempuh.

Jadi hani coretkan sesuatu di sini, supaya hani beringat. Sebab, sesungguhnya manusia itu mudah lupa.

Manusia mudah lalai.

Manusia mudah alpa.

Hani now berada dalam kelompok mereka yang sedang berscandal. Hani rasa takut, bersalahkan hani? Berdosakah aku?

Berdosa sebab tak beritahu pasangan mereka?
Rasa maca dorang dah besar panjang, boleh pikir buruk & baik. Boleh bezakan dosa & pahala. 

Bersalah ker sebab tak nasihat?
Nasihat yang macam mana? Sekadar nasihat, jangan teruskan. Adakah itu sudah mencukupi?? Atau perlu dihujani dengan hujah-hujah, hadis-hadis???

Berdosakah sebab sudi jadi pendengar setia?
Sudi mendengar kisah percintaan terlarang / terhalang mereka. Sudi mendengar kisah-kisah manis mereka. Sudi mendengar ceritera turun naik hubungan mereka.

Ok. Sesungguhnya hani buntu. Sangat buntu. Tak tau nak buat apa. 

Nasihat. Memang dah bagi. 

Larang??? Marah??? memang hani tak buat. Sebab dorang bukan adik-adik hani atau budak kecik yang boleh kita marah sesuka hati. Dorang dah dewasa. Dah cukup dewasa.

Dah cukup matang.

Scandal bini orang dengan bujang.

Scandal bujang dengan laki orang.

Scandal???

Atau pun lebih manis dipanggil hubungan.

Tapi ia tetap satu DOSA.

Berdosakan kalau seorang isteri keluar berdating dengan lelaki lain??
Berdosakan kalau sorang suami keluar dating dengan perempuan lain??

Hani rasa itu boleh dipanggil CURANG.

hurmmmm, hani rasa sangat kerdil kalau sebut pasal dosa ni. Dosa sendiri belum mampu nak di imbangi dengan pahala.

Sebab tu berat sangat nak meleteri mereka-mereka ini.

Tapi hani takut. Sangat takut. Hani sayang mereka. Tak mau mereka pergi lebih jauh.

Semoga Allah akan bersama kami, mereka & semoga hani ada kekuatan untuk bantu mereka hentikan semua ini.

Tidak.

Bukan niat hani nak jadi kepochi dalam hal rumah tangga orang.

Tapi sebagai sahabatan, hani rasa, hani ada hak untuk jadikan sahabat hani terbaik.



' KITA BOLEH MENILAI JIWA KITA BERSIH ATAU TIDAK KETIKA KITA MELIHAT KEMUNGKARAN BERLAKU JIKA ADA PERASAAN BENCI. KITA MELUAT ITU TANDA JIWA KITA BERSIH. TETAPI JIKA KITA SERONOK MELIHAT KEMUNGKARAN, TIDAK KISAH DENGAN KEMUNGKARAN, KITA PUN TERLIBAT DENGAN KEMUNGKARAN, ITU ERTINYA JIWA KITA JIWA KOTOR'

USTAZ DATO' ABU HASAN DIN AL-HAFIZ


Tuesday, June 17

Happy Father's Day

Selamat Hari Ayah!!!!!

Terima kasih Ayah

Besarkan kami,
Penuhkan Impian Kami,
Warnakan Hidup Kami,
Bekerja keras untuk kami.

Kami tak rasa kekurangan,
Walaupun kita hidup dikelilingi mereka
yang ada semuanya.

Kami bangga dengan ayah kami.

Sayang ayah ketat-ketat.

Moga ayah diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya.
Ayah kami Saip Bin Khamis.

Love u till Jannah Ayah.
Terima kasih banyak-banyak.



p/s - Dah tua-tua ni ayah lagi sensitif tau, kalau call tu semua benda dia cerita. I is jeles sebab ayah kalau bergayut dengan anak lelaki dia macam orang bercinta. Mencik ai. 

p/s -  Semoga along dapat buat , atau pun lebih baik seperti mana ayah besarkan kami adik beradik. Haishhh susah tau nak besarkan anak ni. 5 orang pulak tu. Besar-besar pulak tu. Makan banyak & nak sedap-sedap jer la tu :P . Kalau balik ( siap order nak ikan sweet sour ), nak nasi ayam, nak tom yam. ish ish ish . Saper tu kalau balik asyik order cam tu ??? Ehhhh, bukan ai jer duk luar  tau. Semua duk luar now.  Tinggal mak & ayah berdua jer kat teratak ayahbonda tu.....




Tuesday, June 10

Abeed big boy mama

Hi u ollsBuat apa tu? Bz ker?

Bz wat kuih raya ker??  Huhuuu..over tau.

Sajer jer nak share pasal abeed Yang now dah masuk 10 bulan...uiiiii, kejapnya dah 10 bulan.Masih ingat lagi time abeed dlm perut mama.Tendang2 , joget2.. Rindu sangat moment tu...Cepatnya abeed besar...

Ok. Actually agak lambat kot abeed jalan.Huhuu.Sebab insyirah 10 bulan mmg dah jalan. Abeed 10 bulan baru nak diri2.. Panjat2.. Huhuuu.

Tak pa la nak..enjoy ur learning progress.

Abeed dah pandai hi 5 gak..Huhuuu

Clap clap memang hobby dia.

Bye-Bye pun dah boleh.

Yup.Memang tak lancar lagi..tapi boleh la..Huhuuu.

Alhamdulillah. Allah kasi Mama peluang untuk tengok anak mama membesar.

belajar.

Suka tengok abeed makan sendiri. Cute jer bila dia pegang biskut.Huhuuu.

Teruskan belajar abeed qushayyi.

Mama akan terus ada untuk anak mama.

Luv u son.


p/s - now memang dah tak ada nak share pasal solid foof abeed yer. Sudah habis resepi.

Abeed now makan family food - belajar kearah itu..

Once baby umur setahun sepatutnya dia boleh terima family food .

Jadi now abeed banyak makan nasi with sup jer la.

Abeed tak suka lagi dah makan bubur.

Makan biskut pun nak makan sendiri.

Big boy katanya.

Abeed dah makan lontong, sup ayam / daging / ikan, tom yam ( mama cairkan la dulu kuah tu ).

Ok u olls.

Happy working.