...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Sunday, January 18

London weight management - birthday present

Sabtu lepas hani ada appointment kat sini!!! amazing ok.... sabar-sabar, ni adalah percuma ok. Jangan kata pulak kita ni membazir..... hahahahhaha....

Hani dapat email sempena birthday hani yg akan datang... kira januari la kan. Then hani reply tak lama lepas tu dorang call untuk set the date.

Giler tak pergi??? Haruslah pergi kan. saper yang tak nak!!

Memula nebes la jugak ka. mana tau tup-tup kena bayar. arhhh sudah. mana nak cekau duit ni. bawa pun tak sampai rm 50.00 hahahhaha. untuk memastikan diri ini tak tergoda dengan segala hasutan syitonnnn gigih tau, tak bawa duit.

Memula datang dorang amik banyak details and segala tok nenek form, tak pa. dorang isi. kita tinggal cakap jerrrr.

Untuk treatment ni amik masa lebih kurang 3 jam. sejam untuk isi sana sini form. total 3 jam. lama weiiii.

Dorang akan amik ukuran semua, berat semua.... then kita discuss apa yang hani nak untuk dorang buat. Of course la i nak shape!!!
Hahhahah, shape lari ok.. lariiiiii...gone sudah. tak tau pi mana.... tercicir kat sepital masa push push abeed kot. haahhahah.

untuk dapat shape balik. memang kena buat sesuatu. Sebab hani memang malas nak senam semua tu. memang la kena buat treatment kalau rasa shape tu dah lari. Berat sama, tapi seluar ketat. Acaner tu???

Kena la do something kan. tak kan nak biar jer.

Kat bilik tu la kami dok borak-borak. dorang sangat ramai, cantik and selimmmmm even dah ada 2 anak. amboiiiii. korang tak makan ker??

hobi saya makan - ^_^ -
itu saya info dorang jugak.
nasib saya boleh meneruskan hobi saya itu. dorang kata tak apa....
hahahhaahhaha

Memula sekali adalah mandi wap - 20 minit
then dorang sapu and massage sikit dengan apa benda oil tu dah lupa tajuk. Untuk membakar lemak katanya.

Then pakai hot blanket tu.

Sedap kot.

Lepas settle semua baru mandi. Semua ada, shampoo, sabun , conditioner, hair dryer. Tak payah nak bawak pulak.
Hehehheheh.

Lepas tu baru dorang urut pakai machine.

Settle.

Terasa badan sangat ringan. Maybe dah lama tak mandi wap. Korang tau kan mandi wap memang bagus. Untuk relaxing. Terasa bahu yang sengal-sengal ni jadi ringan.

Tak tipu. Yang tu kat spa pun korang boleh dapat.

Lepas settle semua dorang amik ukuran balik. Weiiii, kurang la weiiii.. hahhahaha. Hebat gak kan.
Total loss memang seperti yang dorang janjikan. total tau.total. kang korang cakap hani tipu pulak.
Total loss hani adalah 14cm!!! Amazing kan. kat perut jer kurang 1.9cm..
Hahahha.
Tepuk tangan gaya abeed sikit...

terus rasa nak buat 10 kali... hahahhaha. baru boleh kurang banyak cm...

Seperti yang dijanjikan jugak. Dorang bagi hani gift kat bawah ni. 15 sachet slimming coffee. Hani tak minum lagi..
Hehhehe.
Nanti la yer.
Now kena habiskan ephyra dulu untuk 15 hari punya result. kang bercampur baur pulak badan hani ni.

Dapat ini lotion jugak. Sapu belah pagi & malam. Kira sama gak la fungsi dia dengan lotion mustajab tu.... Lotion ni akan bakar lemak kat tempat yang hani sapu. Agak panas.Akan nampak merah-merah lepas hani sapu.

Yang ni untuk diet korang yerrrrr... Make sure menu diet korang betul tau.... Kalau tak betul. membazir jer korang diet. kurus tak dapat. lapar jer dapat.


Seeeeeee - yang ni hani nak bagi korang.
Sape nak??? angkat tangan!!!!

hahahhaha.

Saper yang berminat. Boleh share entry ni kat FB korang. Then tag hani. the lucky one akan dapat buat treatment ni.
Mudah kan. Make sure korang boleh datang kat AEON Bukit Indah untuk treatment ni.

jommm apa lagi......  peluang nak dapat free bukan datang selalu yer...


Tuesday, January 13

k-pop ohhh k-pop

Hari ni baru berkesempatan tengok video pasal artis k-pop dengan budak melayu bertudung tu. Amboiii statement akak... macam nak kena saman pulak. hahahahaaa..

Tapi kan, hani macam nak komen sikit la..sebab macam pelik. Pelik sebab hani ada dapat info yang budak-budak melayu ni nak kena saman... kena saman ker???

Tapi kenapa dorang nak kena saman??? Ehhh bukan ai sokong dorang tau..tak kata pun apa yang dorang buat tu betul. Yup memang salah. Tapi pasal kena saman tu?? Kenapa dorang jer kena saman? Atas dasar apa? Kalau nak saman dorang boleh tak saman sekali artis-artis malaysia yang lain yang berpeluk bagai tu tak kisah la time nyanyi ker time berlakon dalam drama ker? Janji peluk. Boleh???

Kalau boleh, sila teruskan saman budak-budak tu. Kalau tak boleh.... kaji balik undang-undang tu, kaji balik tindakan tu, kaji balik denda tu. Sebab macam tak telus, macam tak adil, macam berat sebelah, macam-macam la lagi....

Bila ai tengok vidoe tu tadi, hati terus terdetik, ohhh budak-budak lagi...adik-adik baru nak naik.. akak ni pun tak tau apa jadi kalau si kim tan a.k.a lee min ho tu muncul depan akak...hahahhahah histeria tak tau la macam mana.... elak dia yang lari...hahahhahahhaha... daku pulak yang kejar. eh...kahakhkahkah... inikan budak budak-budak tersebut. meloncat-loncat dibuatnya..... 


Belajar dari kesilapan, makanya lepas ni kena terus say NO!.. tapi tu la yang selalu kita lupa... Budaya kita yang selalu melalaikan kita. Kena ajar, kena didik diri sendiri ni...... No touch touch..... gituuu.. Kena ajar adik-adik kita, kena ajar anak-anak kita.

Ok.

now layan pinocchio pulak ..... sebab ada saper nama pempuan tu? ai tak ingat. suka dia, sebab dia giler & cantik. 

sekian.






giler tak histeria kalau muncul kat depan mata????

huwaaaaaa







Sunday, January 11

Sara 1st day at school and wedding at ayer bemban

Hi u olsss, sibuk uruskan anak pergi sekolah ker? huhuuu.. lama dah kan korang rehat...relax-relax bangun lambat... tupppp now tetiba pukul 5 dah bangun...

pengsannnn.

Ok ini cerita last saturday.. kami pergi wedding kat ayer bemban yang ni belah en apai la ye...

makanya yang saya tau ni belah MIL.

kami pi lambat dtg sabit nak makan..wakakkakakka. datang lambat sebab majoriti kerja on saturday. Makanya kena la tunggu mereka balik kerja, makan, rehat 10 minit then mandi then siap then zassssss..

Ok.

Puhhhh, nasib baik daku tak kerja hari sabtu. Selamat dari nak menempuh kekalutan ini. I don't like ok..

Penat.

Hahhahahha.

Kami tumpang pelamin pengantin of course. Ok abaikan lemak yang berlipat tu...hahahhahahah...
Last pic macam ni rasanya masa wedding cousin en apai... lama gak tak selfie mepi ni...
Maklumlah baru nak keluarkan tepon jap g ada pulak budak kecik datang. Time ni laju-laju amik gambar sebab budak kecik abeed tu tengok beronok-ronok dengan MIL.

tetiba ada pulak yang nak amik pic jugak. amboiii kakak tegak betul badan. Kalah panten. heeee.
Farrel yang dah besar... cakap bahasa dia sendiri, Nyanyi no satu.. hamboiii bukan main lagi yekk.
Ini abang besar mau buat lawatan sosial. Amboiii sombong tau budak ni now. Kalau jalan dia jerrrrr yang betul. Kita ikut dia, bukan dia ikut kita. Dah la pendek. orang tak nampak. tapi still nak jalan sendiri. hoiiii, hilang lemak mama nak kejar. daddy sila kejar. i is penat. lenguh kaki nak kejar budak ni. kalau dukung dia lagi la... boleh terpelanting spec mama dia ni.. haishhhh.

yang ni paling best. Sebab kakak sara dah sekolah!!!!
Alhamdulillah so far, so good. Takut jugak sebab kawan-kawan lama semua dia x jumpa dah. Now semua kawan baru. Tinggal jer, then datang balik time kakak rehat tu. Tengok macam mana situasi kat kantin. Agak kalut la kan... Sebab sesak nak beli makanan. Takut terbalik jer pinggan makanan dia tu.. hohohohoh.

Lagi pun dah selalu biasakan dia untuk bayar kalau pi beli barang.. Suruh sara beratur sendiri... Hopefully everything will be ok.

Kakak enjoy and belajar rajin-rajin tau... ehhhehehe.. sekolah pun cantik. tak mo cabut class macam daddy... waakkakaka... mama cabut class time kat kolej jewwww.. amboiii teror ok.

Hahhahahah


Tuesday, January 6

Flood Relief Drive

LAZADA - FLOOD RELIEF DRIVE

OK. Selalu cuma shopping tak hengat dunia jer kan. Now ada kempen shopping untuk mangsa banjir.

Korang boleh pilih nak beli apa - hanya ada a few items yang difikirkan related untuk mangsa banjir. Boleh klik link kat atas tu. Korang pilih, bayar pun half price jer. Half price lagi LAZADA akan bayar. Bila korang beli LAZADA akan hantar pada mangsa banjir.

So, boleh beli and derma and bantuk dorang. Mudah-mudahan bantuan kira meringankan beban dorang.

Amin.

 - Out -

Jangan lupa dapatka shawl butterfly murah dari hani ok. Boxing deal. nyummmm.