Sebelum entry panjang lebar dari I, better U olls baca dulu komen UAI pasal ni....
Okies.
Tak mo gado2 yerrrr.
Semalam hani dapat baca komen UAI pasal ni... betul ustaz kata HALAL jika isteri HALALKAN... dan HARAM kalau isteri TAK HALALKAN..... ini adalah isu pasal suami pakai duit isteri, suami suruh bini tolong bayar untuk tampung kos sara hidup.
Untuk hani benda ni akan jadi mudah kalau kita mudahkan. Dan akan jadi susah kalau kita susahkan....
Yang paling penting isteri & suami memang kena banyak tolak ansur pasal duit, Sebab apa?? Sebab kos hidup sekarang memang gila. Eh... x da la gila sangat kalau nafsu korang boleh dikawal. Tapi kalau nafsu korang ada spesis2 macam cannot go jer kan. Maka tepuk la dada & dahi korang.
Contoh dia cam gini.
1) Suami boleh beli sebiji kereta jer... contoh kancil... Kancil ni la nanti korang kena naik tuk pi kerja, tuk balik kampung, tuk pi jalan-jalan, untuk hantar anak pergi sekolah.
Tapi bini tak nak pulakkkkk.
' No, No No, I don't want kancil , I want honda cityyyyy' - Amboiiii kemain selera.
Boleh korang nak beli HONDA, sila beli pakai duit sendiri.... Dalam islam pun ada kata isteri kena ikut kemampuan suami. Kalau rasa tak boleh ikut, sila jangan banyak songeh. Beli jerkkkk. Jangan lupa bayar sekali.... :P
2) Suami boleh kasi TV kat umah yang besar gabak tu... Siap pakai antena tu... kena panjat betulkan kalau angin tiup. Bini pulak tak nakkkk....
' No. No. No, I nak tengok ONE HD ( saya la tu :P ) , I nak tengok HBO HD...I nak tengok primadona... bla,bla,bla....
Bolehhhhhh, bayar la bil astro tu yer bini... tak yah songeh sangat. Memang nampak ala bil astro jer bang, awak la bayar.... Astro RM 150.00 ( lebih kurang ) Duit ni sebenarnya boleh tampung minyak laki pi & balik kerja tau....
3) Suami boleh bayar electric RM 15.00 jer sebulan... Bini pulak 48Jam nak on aircond, masak pun nak pakai kipas. Oven la, Microwave la ... Memacam la tok nenek electronic punya barang semua nak ON.
Bolehhhhh, sila bayar lebihan bil tu yer... Jangan longhat sangat.
4) Suami mampu bawak jalan setakat pi bandar JB jer... Bini pulak selera gajah... NO NO No..
I nak this year kita pi pulau redang....... Mesti pergi.
Maka bini, sila buat budget, then share2 la dengan laki....
Ok. Itu antara contoh jer... Sebab seingat hani masa pergi kursus kahwin dulu. Ustaz kata kalau suami mampu belikan sepasang baju jer setahun... Maka bini, pakailah baju tu hari-hari sampai koyak rabak.
Then bila dah koyak baru sabit berdosa kalau suami tak belikan baju baru, sebab koyak kan, dah tak tutup aurat.
But, now a day , isteri zaman sekarang, baju mesti sebulan tak boleh repeat punya.... cannottttt.
' Mana boleh repeat, nanti opis mate cakap i pakai baju sama jerkk'
Makan pulak, nak yang sodap2 jer... KFC la, MCD la, PIZZA la, SUBWAY la, SEOUL GARDEN la,
Tak nak pulak makan, nasi putih, ikan goreng... Nasi putih, tempe goreng....
Alamak, sebut makanan teringin pulakkkk.... ngences la cam ni.. :P
Jadi kalau isteri-isteri yang high maintenance tu awak-awak kena la beli tuk diri sendiri yer...
Suami-suami yang tak berapa nak kaya pulak, bila bini dah tolong bayar-bayar tu, korang jangan la banyak cekadak pulak. Bini dah tolong bayar / kurangkan beban. Korang tolong la bini pulak. Tolong angkat kain baju kat ampai pun bini dah senyum... :)
Ini sekadar pandangan hani jer tau.... Sebab maybe hani dah terbiasa dari sebelum kahwin ada komitmen... bayar keta, bayar bil, bayar tu, bayar ni... So, hani paham betapa susahnya nak pusingkan duit...
So, bila lepas kahwin, kita anggap jer sama, bayar apa yang kita mampu bayar... Beli apa yang kita mampu nak beli...
Agak-agak tak mampu, gosok sikit laki, suh adiahkan... Agak-agak gosok sampai keluar api pun tak akan dapat, Maka kumpul jer duit, beli sendiri. Confirmmmm lagi pueh hati...
-_____-
Tapi ada jugak kes, laki yang lepas tangan, semua suruh bini bayar, Dengan alasan, laki gaji kecik, Tak boleh bayar apa pon... Mak aiii, habis tu gaji ko pi mana bang???
Gitu....
Tolak ansur tu penting.
Lagi satu benda paling penting seorang isteri kena buat ( yang ni mak hani selalu pesan ) Ingat suami kita ada tanggung jawab penuh ke atas mak bapak dorang.... Dorang ( anak lelaki ) kena tolong mak bapak dorang selagi dorang hidup.
Jadi isteri kena banyak mainkan peranan dorang untuk pastikan suami kita jalankan tanggung jawab tu sebagai seorang anak lelaki.
Semoga anak kita nanti ( contoh abeed ) boleh ikut apa yang sepatutnya... Kena jaga mama dia ni sampai hujung nyawa.... hehehehhehe...
- dengar tu abeed -
- Jangan cari bini yang banyak songeh tau-
Since mak hani pulak ada 4 orang anak lelaki, hani selalu berharap agar mak & ayah akan dapat menantu perempuan yang boleh paham apa itu tanggung jawab suami dorang sebagai anak lelaki.
Sebenarnya,isu dia bukan duit, Isu dia tanggung jawab. Bila kita sedar akan tanggungjawab kita, makanya kita akan tau apa yang perlu atau yang patut kita lakukan.
Suami pulak, kena banyak main peranan jugak.. kena tolak ansur jugak. jangan ingat tekak sendiri jer...
ok la... banyak pulak melalut....
tepuk tangan dada tanya iman.....
tepuk dada tanya selera....
p/s ni sekadar pendapat hani jer. Tak da kaitan dengan siapa. Kalau u olls tak suka pendapat hani, tak payah ikut. Kalau suka dan terkesan, sila la buat apa yang patut.
life is unexpected