...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Tuesday, October 30

kesibukan melanda

Tadi sempat membelek calendar oct & nov, and what??

Rupanya me tak akan ada weekend yang free untill 17.11.2012, sejak my wedding day.. tapi itu untuk setakat hari ni..and me pun tak sure lagi if calendar akan jadi penuh..

Ishhh, fenat okies... Now. tengah bjuang untuk closing pulak ( tp sempat celoteh kat blog..aptb)...heeee.. Balik kerja pun lambat. tapi tak bley la nak balik lambat cam dulu.. cam tak sampai hati pulak nak balik kul 9 and biarkan orang tunggu kita balik kerja..

Tapi kerja sudah menimbun... boss sudah tanya revenue tuk this month..ish..sabar boleh???

Cuti sekolah bakal bermula, maka dengan itu akan banyak la wedding invitation yang ada... kalo sempat memang akan pergi... tapi kalo sampai ramai yang jemput tuk satu hari?? acaner tu? pergi semua?? gigih la nak pergi kalo semua satu area..klo pecah2?? x yah pi semua...ngeeee..kejam giler...

Lepas ni kena tunggu my aunty bersalin pulak.di sebabkan me yang paling dekat dgn dia (rumah) maka kami suami isteri kena alert dengan telephone.mana la tau member nak terberanak di tengah malam..tak ke naya... dah la pak cik tiada..dia pi Haji.. so, kami as a family kena la tolong monitor isteri tersayang dia kat sini..heeeee

Wedding pulak semua sedara mara.. gigih la kami.. plan nak berjalan pun tak bley nak budget timing lagi.. schedule penuh..wahhhh.. kalah PM cam gini..hewhewhew...

Ok. mari gigih siapkan kerja..

dear ACCPAC please be nice with me..mmmuuuuahhhh

kbai


Thursday, October 25

manusia itu...

Kekadang kita perasan tak yang manusia ni lahir dengan perangai yang sangat pelik?.. Kekadang mereka rasa diri mereka yang terbaik. Yang buruk semua bagi kat orang lain. Tapi kan sebenarnya meraka yang perasan baik ni  la, yang paling busuk hati..

Benda jadik sangat mudah, bila kita jadi perasan kita memang tak sedar diri. Lupa pada keadaan sekeliling. Sibuk tunding jari cari kesalahan orang, sibuk cari kekurangan orang, sibuk menjaga tepi kain orang. Tapi kita tak sedar, setiap kali kita buat macam tu.. Orang akan lagi nampak siapa diri kita yang sebenar.

Entah la ea.. memang manusia diciptakan dengan pelbagai ragam. Sangat pelbagai. Hani memang tak boleh nak layan perangai manusia. Satu perangai hani yang mak tak suka is tak reti berpura2 tuk tunjuk yang kita suka. Hani sangat transparent bab2 ni.. Kalau hani tak suka memang hani tak suka. Memang tak reti la nak bodek ke, senyum ke.. Memang samada hani diam or blah. Tu jer.. tak boleh nak laga2 pipi. senyum2 lepas tu kutuk belakang. Nope.. itu bukan saya.

Bila saya tak suka, saya akan cakap saya tak suka. Tapi bila dah tua  ni dan tau cara nak jaga hati orang. Bila hani tak suka hani diam jer ( time orang tu dok cakap2 depan kita). Tak pun hani pergi jer.elakkan diri dari orang yang kita tak suka tu. Cam tu gamaknya..

Hani bukan tak suka, pura2 berkawan..;lepas tu kutuk2 kat belakang.. Jangan buat macam tu yer.. Tak baik.

Sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Sedar siapa diri kita. Perhatikan pada yang memerhati kerana tak semua mata untuk kebaikan.

:: selamat hari raya aidiladha::

tahun depan nak ajak2 adik2 berkorban kat umah mak la :)

Friday, October 19

1 week after

Hari ni, genap seminggu ....

12.10.12 - 19.10.12

Rutin harian belum ada berubah sangat. Masih banyak yang sama. Belum lagi hari-hari kena masak lepas balik kerja. Dah 3 hari kami bekerja , hari-hari makan kat umah mak jer.. ngeeeee ( ngelat ).

Semalam encik suami tanya, nak masak ker malam ni? ... ngeeeee, masak maggie boleh tak? ' pemalas'.. tu jer dia cakap...hahhahahaa..

Ala, u... nanti weekend I masak special ea tuk U.. Jangan sakit perut sudah...;p

Esok, mak & ayah nak datang... hohooo..nervous ni nak sambut mak sendiri datang... heheheee... Mak dah la macam supervisor.. mak andam pun ngeri ngan mak.. apatah lagi kami... alolooooo..

Bila mak cakap nak datang tadi, hani terus msg en. suami.. dia just cakap ' ok, datang la'.... 30 minit lepas tu.. dia call pulak... pesan suh kemas rumah...hahahahaaa.. en. suami pun kalut gak dengar mak & ayah nak datang...

Hurm.. nak masak apa ea? Kimi suka makan sup.. masak mee sup je boleh tak?? Layan je la ea... hahahhaaa.. buat mee sup, tapi ada ayam goreng, ada nasi, apa lagi ea? pikir-pikir n pikir...teruja ni nak sambut tetamu.... ngeeeeee :)

Ok. kita tengok esok cam ne yer.. kena tanya en suami gak ni nak masak apa.. Dia tu nampak jer tak kisah, tapi sebenarnya cerewet.. Percayalah :)

Thursday, October 18

mood kerja

hurmmmm, 2nd day kerja...

Tapi mood kerja still tak datang lagi.. macam mana nak buat ni ea? Kerja dah bertimbun gak ni... Ada kang this month punya closing buat one shoot jer... hahahha... kalau macam tu 72 jam duduk kat opis tak balik-balik...

Ada berani??

mood kerja, mari kemari.. mari datang.. kita buat kerja sama-sama. Boss dah la bad mood. Ada kang yang kena hempuk dengan bos ni.. heeee

kbai.. ;p

p/s - tido semakin tidak lena dari hari ke hari - dugaan menjadi seorang MAMA

Wednesday, October 17

price tag

Guys, korang pernah tak di tanya dengan soalan like this :

' ehh, cantiknyaa cincin..berapa ni?'
' lawa gak jam ko ni, berapa ea?'
' berapa ko amik pakej ni? '

Korang, klo korang suka or tersuka pada apa-apa yang belongs to somebody... please yer... jgn terus petik harga... tak sopan la... kita kan orang melayu, penuh dengan adat dah budaya.

Sungguh tak sopan tau. Dan hani memang dari dulu tak suka dan tak selesa dengan soalan cepu emas macam tu...

And kalo korang memang suka and nak beli benda yang sama jugak... better korang cakap dengan ayat macam ni pulak :

' awak, cantik la badges ni.. saya nak beli juga.. nanti awak bagi tau ea , awak beli kat mana'

sweet kan...

tak da la nampak terlalu gelojoh and rakus gitu..

okies...

banyak kerja ni.. sambung nanti

p/s - sedang berusaha untuk mendapatkan phone no yang lama''

    - awak, kenapa curik tepon saya, sian tau saya...

status kini bertukar

From single to in relation ship,
from in relation ship to engaged,
from engaged to married...

Sekarang sayalah isteri kepada en. apai, ibu kepada sara....

Status sudah bertukar, tanggung jawab sudah banyak,

Hopefully, everything will be ok.

Bila kita yang baik-baik, InsyaAllah yang baik pasti untuk kita. Tapi kita tetap tidak boleh menidakkan ketentuan atau pun dugaan Allah untuk kita.

Yang pasti, setiap apa yang berlaku dan terjadi pasti ada hikmahnya.....

:)-

Puan. Hani

Sunday, October 7

petua ohh petua

baru kejap tadi sy telah menyuruh en goggle untuk bekerja dengan sedikit keras.. heee...

mission : mencari petua menaikkan seri wajah... auwwwww :P

Heee, memandangkan hari yang di tungu-tunggu semakin hampir, ditambah dengan badan yang penat & lesu, tambah lagi dengan badan yang tak berapa nak sihat ( batuk, selsema demam sikit ) segala penyakit datang ni..makaaaaa, saya pun carik alternatif lain supaya kelihatan glowing semasa majlis nanti..heheheheee ( ayat kepoyoan )

Esok, i dah book makcik spa.. boleh la kiranya badan ini berehat-rehat sekajap..before berpenat-penat semaksimum yang mungkin....OMG..fenatttt

Today, balik kerja plan nak p clinic.. nak ckp gan doktor ku syg...' doc, please yer..bg ubat yg terbaik...sy nak nikah ni.....' :)

Last weekend balik rumah pun tak berapa nak daya nak tolong mak. ada buat sikit-sikit jer..badan macam tak larat.lemah jer..huwaaaa...tetamu ramai pulak tu yang datang..maka kepenatan itu bertambah..nasib tetamu datang semua membawa perkhabaran yang gumbira..ngeeee

Aunty2 datang menolong segala benda yang pending.. cousin datang bawah dalam 30 hamper ( dia pensponsor untuk cabutan bertuah) best tak??? best kann

This time, barang untuk hantaran semua we all buat sendiri tau... masa tunang saya & en tunang sewa jer..sebab malas nak pikir. tapi kena marah dengan mak cik2 kesayangan ku..dorang nak buat sendiri...jadik marilah kita pedajal kan mereka... yipppiiii ' nak, hamik ni, buat cantik2 yer' ngeeee

Now, barang pun dah siap.. tinggal tunggu makanan jer macam cake, chocolate & buah..eh sirih junjung sekali...ikut adat la katakan..heeee

So, tinggal 4 hari jer la before saya menjadi isteri kepada en tunang... harapan saya sila doakan kami bahagia hingga ke hujung nyawa.. amin :)

p/s - tadi bank call, dia suruh amik adiah...wakakkaka( malu la saya dtg nak amik adiah jerrrr ).
     - smlm pun da sedara dtg bg adiah awal sebab tak dtg nanti..( x pa sy faham , tak kan nak balik dari KL tiap2 minggu kan)

tq to all.. sungguh sy sayang kamu semua...

mak idah, mak lin & mak yan....
cik mili, pak chu & cik kudin....
abang long, ninot,chacot,adik afiq,ucop,imran,baim...



Thursday, October 4

~~~semalam~~~

Semalam kan birthday one of my exBF.. wahhhh, statement maut ko hani... berapa banyak EX ko?? heeeeee..

X yang terbaik yang pernah aku ada. Just maybe kami tak ada jodoh. Now dia pun dah kahwin and dah ada 2 anak pun.. Tapi... kami memang tak pernah contact each other since his solemnization's day. Seriously, kami memang tak berhubung. No msg, No calling, No facebooking.. No.. Tidak sama sekali.

Tapi aku dapat tau semua pasal dia. eh. tak ada la semua kan. Just update macam,eh ur X kan dah ada 2 anak... cam tu je la... X ko kan dah keja kat M***.. cam tu la gamaknya.. tak da la update semua benda. Biasa-biasa je.. And aku pun ok tuk dengar semua tu. Sebab aku percaya memang kami ditakdirkan untuk tidak bersama, Sebab tu dia now boleh happy with fmly and anak-anak dia.

Memang kami decide tuk tak berhubung sejak dia nikah. Ayat tu lebih tepat. Sebab pagi hari dia nak nikah tu. Memang dia call. Pesan macam-macam. Suruh macam-macam. Sebab aku tau dia kenal aku. Kenal kedegilan aku.. Sebab tu pesan macam-macam.wakakakka..

Sebab dia akan jadi suami orang, dan aku bukanlah perempuan jalang tuk kacau laki orang dan aku bukan perempuan yang tak da perasaan tuk biarkan wife dia redha jer aku berkawan dengan laki dia. Maka, kami putus hubungan. Hubungan kawan yer. Lepas kami break off kami still kawa-kawan.

Aku masih ingat masa tu aku gaduh ngan BF aku ( now ex sudah ).. aku call X aku yang sorang ni la... siap nangis-nangis bagai..kat dapur pulak tu..hahahhah.. nangis kat dapur pasal room-mate tengah tido. kang tak pasal-pasal dia bangun...Ingat hantu dok nangis celah telinga dia..heeee

X aku ni la yang dok pujuk. dah-dah tak mo nangis.. pi tido.. kunci pintu. jaga diri. tak yah kawan lagi dengan bf ni.. dia tak baik...hhahaha..tapi memang ponggggg... ex-bf yang ni suka-suka hati jer nak lempang muka aku..cisssss.. nasib tak kena.kalau kena balai polis aku report.

So, oleh kerana aku tak boleh nak say kat X aku... maka dengan ini aku ingin mengucapkan ayat ini ' Happy B'day ***, hani doa kan *** happy awaz witf ur luvly wife, daughter, and ur big fmly' kat sini jer... hohohohohoohooo


boleh jer kan... ok la.. aku doa yang baik-baik tau untuk dia... kalo kami boleh berkawan kan..mesti dia boleh jadik BFF aku ( male categories la kan )...

p/s - sorang member pernah tanya aku menyesal tak clash dgn ***.
     - aku cakap tak.

sebab aku tau dia bukan untuk  aku dan aku bukan untuk dia. percayalah. kalau kami bersama pun kami tak akan happy. :)


Wednesday, October 3

8days to go

Masih terasa lagi detik itu..waktu itu...

1st time kami keluar b'sama..bukan berdua tapi btiga... waktu tu...tiada apa-apa rasa... officemates.. officemates yang paling kejam...ngeeee

Yer, our relationships b'mula dari rasa yang tak berapa selesa..menyampah.. tu la ayat yang sebenarnya...

Keluar pun atas dasar 'ohhh, ko banyak tolong aku, meh aku belanja makan'.. rezeki jangan ditolak.Orang nak belanja meh kita makan..( Feb'10)


Tapi bermula dari rasa itulah terjadik la fasa yang sekarang..

Kenal-kenal jer..terus encik tunang ajak kami bertunang.. masa decide nak tunang tu baru jer dalam 2 - 3 bulan kenal... giler cepat kot.. before this just kenal-kenal kat tempat kerja je la kan.. tu pun bukan duduk satu office.. aku kat office dia kat site.( June'10)


Then, bila kami decide tuk tunang, aku bg syarat untuk ikat lama... konon-konon nak kasi kenal lama sikit la..heeee.. giler gediks.. then 28.11.10.. our engagement day...Plan bulan 6 jadik bulan 11..giler busy kot family aku ni..heee...sebab masa tu langgar bulan puasa & raya..lepas tu pulak ada wedding cousin.. So, kena drag jauh sikit... cincin tunang pulak awalll giler beli...hahahaaaa.. giler jakun & poyos. ;p

Now.... we decide to get married. 12.10.12 ( solemnization day & berinai ) 13.10.12 ( my big day!! )..

Sangat berharap semua akan menjadi seperti yang dirancang. Sangat berharap Allah memberkati & memudahkan majlis yang kami rancang. Sanagt berharap semua yang dijemput dapat menghadirkan diri. Sangat berharap family yang ada dapat membantu. Sangat berharap jiran tetangga ada kelapangan untuk merewang.Sangat berdoa kami sihat dan bersedia untuk majlis itu nanti.

Kita semua mampu berdoa. Tuhan yang merancang. Semoga Allah memudahkan semuanya untuk kami. Seperti Allah memudahkan rancangan kami untuk perkahwinan ini.

p/s - Harap semua dah ok & ready to my wedding!!!