...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Wednesday, December 31

2014 - 2015

Selamat Tahun Baru 2015 semua.

Macam mana dengan tahun 2014 korang? macam mana korang lalui tahun lepas? semua azam berjaya korang gapai or azam hanya tinggal azam?

hani pun tak ingat apa azam hani last year? wakakkakaka. *oktaklawak*

Kenapa mesti ada azam? sebab supaya tahun berlalu, hari berlalu dengan perubahan yang baik. Membazair kalau hidup kita dibiarkan tanpa warna. Percayalah anda akan menyesal nanti kalau biar kan sahaja hidup yang indah ini. 
*auwwwww*

Azam pulak tak semestinya buat awal tahun, bila-bila boleh buat azam, janji mesti buat.

Ok. 

Hani nak trace segala memori 2014. Apa yang dah terjadi dalam hidup hani for 2014.

JAN 2014 - Hani tak ingat apa sudah jadi. maybe happy sebab 1st time celebrate birthday dgn abeed.

FEB 2014 - Arwah abah ( FIL ) kembali kerahmatullah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang soleh & beriman. AL-FATIHAH untuk arwah MUHAMMAD ARIS BIN HASSAN. Arwah abah pergi sangat mengejut. Tetiba en apai call cakap abah meninggal. masa tu dalam pukul 12 lebih kot. Hani pun dah tertidur. En apai keluar time tu. Hani mamai & terperanjat. Hani cuma call mak hani jer untuk info and cepat-cepat kemas baju . 

MAC 2014 - MH370 - Tragedy yang memeranjatkan seluruh rahyat malaysia. Doakan yang terbaik untuk semua mangsa & keluarga mangsa. 

APRIL 2014 - Bawak abeed & sara naik aeroplane!!! Trip ni memang dah plan since JAN 2014. Pi sabah je pun. Tapi sabah memang cantik. Hani suka and nak pi lagi. Kalau boleh nak make sure tok ayah & bonda akan join time ni. Tok ayah tu la... sayang benorrr nak cuti.. Pi ramai-ramai lagi boleh jimat. Sebab boleh share bayar trasnport & amik homestay jer...... Kundasang sangat sejuk!! 2 malam kat sana, memang buat hani jatuh hati... *over*

MAY 2014 - 

JUNE 2014 - Jual brooch!!! kat opis, kawan-kawan and time puasa kat jusco.

JULY 2014 - MH 17 -di kala semua umat islam sedang berpuasa and bersedia untuk menyambut syawal kita dikejutkan dengan tragedi ni. AL-fatihah untuk semua magsa dan semua mereka semua tenang diSana. Semua keluarga mangsa tabah dengan dugaan ini. Kehilangan orang tersayang memang memeritkan. Birthday kakak sara & abeed kami celebrate kat rumah jer. Kawan kakak dapat doorgift je. 

AUG 2014 - 1st time gak hani buat open house . Huhuuu. 2 trip lagi. Maklumlah kalau buat sekali harung. Kat celah mana pulak guest nak duduk kan.

SEP 2014 - Start bisnes kecil-kecilan... huhuuu.. Jual kerepek kat opis. Tumpang jual shawl, jual jubah.

OCT 2014 - 1st time tak tolong mak masak untuk ngunjung!!!! O-o - sorry mak.

NOV 2014- Berjaya sampai rantau panjang!!! kelantan & terengganu memang antara tempat yang hani teringin nak pi. Sampai gak akhirnya. Next time kalau mai sini, naik flight jer la yek.. Penat wei penat.


DEC 2014- QZ8501 - Banjir pantai timur - tragedi ni sebenarnya mengingatkan kita jangan leka dalam hidup. Kita tak sangka akan dapat banjir besar. Hani ingat lagi banjir besar kota tinggi 2007. Lebih kurang macam ni la situasi dia. Electric tak ada. Line telephone tak ada. Semoga mangsa banjir terus tabah and kita semua dapat sama-sama membantu mereka. Bantuan dari segi makanan, pakaian, wang ringgit, tenaga. Kita boleh pilih untuk bantu dari berbagai segi. 


Now 2015 -  hani nak listkan azam hani kat sini. then nak tengok boleh buat atau tak... *hohohoo, doakan saya ok*

Rajin solat awal.
Nak menjahit banyak benda.
Nak rajin membaking.
Nak mendeko rumah kasi gojes.
Stop beli handbang - no new handbang for 2015.
Kena belajar masak macam-macam jenis lauk lagi.
Stop cabut bulu mata. --- huwaaaa, ni habit ok..cannot stop. but, i will try.
In age 30, so kena jaga kesihatan baik-baik. better consume collagen. Gigih nak beli collagen.
Nak kurangkan online shopping. hahhahahaha. doakan saya ok....
Nak rajin lagi meniaga.. chaiyokkkk - jujur, meniaga kena rajin sangat. sangat salute pada those yang berniaga. Abeed support mama ok.... rajin tolong mama tau.

* macamsenangjerkanazam*

Semoga 2015 lebih indah dari 2014. 

hasil cabutan pagi tadi.

Sunday, December 28

Butterfly shawl..BoxingDay

Korang, hani nak info yang hani ada buat clearance sale!!!!
Yang ni special tuk butterfly shawl seperti dibawah ok.
Normal Price : RM 39.00
Sale Price : RM 25.00
Combo Price : Buy 2 @ RM 45.00 - COD
Combo postgae : Buy 2 @ RM 50.00 - include postage

COD
hanya dikawasan seri alam, pasir gudang, skudai.

Hebat tak??
This is we called as YES.
BoxingDay.
Macam tu la.

Korang boleh PM or wassapp hani 
0137240059



emerald green
ribbon purple
ribbon green
ribbon blue
butterfly yellow
flower purple
green/ white

ocean blue.

p/s stock adalah limited...maka sila laju-laju pm hani okies....
tq in advance u olls.

Tuesday, December 23

celoteh

Hi korang... buat apa jer time tengah hari ni?

Hani still tengah kalut nak take up all expenses untuk 2014 ni... huwaaaaa, letih betul bila buat kerja sorang ni... kalut kat kepala. tetiba rindu kat reen *pulanglaaa*

Heehheeh, ok tak reen akak bodek? :P

Mana nak take up invoice, petty cash, payment lagik? haishhhh... memang berselirat kepala ni. Sampai sakit-sakit satu badan tau.... tetiba terasa bestnya duk rumahhhhh... *sambil berangan tengah lipat baju sambil tengok runningman*

hahhahahaha.

Sara suka tanya, mama tengok cerita ni tak? kenapa tak tengok? Kenapa mama gelak sampai nages-nages tengok running man?

Hahahhahah. Banyak betul soalan. Cerita yang tak tengok tu cerita petang-petang or malam-malam la. Cerita melayu. Hani tengok gitu-gitu cerita pukul 7.00 sampai 8.00 tu jer. Tu pun skip-skip. Sampai rumah MIL kadang pukul 7.30 dah, solat lagi.. dapat la tengok beberapa minit. sabit tengok jugak la tu. Kat rumah memang tak ada aktiviti tengok cerita. Now layan en sotong, meletops. tu jer kot... rabu kalo en apai pi badminton boleh la i olls layan korea.

lain-lain adalah melayan budak abeed. sian dia. lebih 10 jam kat rumah baby sitter. tu yang bila jumpa mama dia terus jadi gedik semacam... hahahahha. tumbukkang.

kalau dapat tempat kerja dekat dengan rumah mesti best jugak ea..hurmmmm... malasnya nak pi interview.....

Dec ni. terasa padat betul schedule ai..huhuhu... Last 2 week. dapat balik teratak ayah bonda. last week. pi sekolah agama sara. Dengar pasal minngu ukhuwah and details pasal kitab, yuran and lain-lain.

This week, nak balik kampung jap nak join rombongan bertunang.*winkwink* sape yang nak bertunang tu??? tak sabar rasanya nak join. sebab ai olls x pernah jumpa orang yang nak kami pinang ni. eh. tunang and pinang sama ker lain???

Ntah. ahad plak pergi sekolah kebangsaan sara . Ada ujian untuk kemasukan darjah satu and explanation untuk parents gak.

Besar dah kakak sara. Last week pi beli baju sekolah and kasut. Mak oiiii, mahal jugak ea....terus teringat mak & ayah. macam mana la dorang belikan baju sekolah kitorang dulu ea.... haishhh, sian ayah kena keja penat-penat.

kami beli 3 set jer tu pun cecah rm 350.00 *lappeluh* hahahhahaha... siap cakap ngan en apai. boleh tahan ea u.. macam mana la yang beli sampai 5 set tu? haishhh. ini baru sorang. Kot nanti 2 sekali sekolah????

Itu baru sebut pakaian tak termasuk bag, botol la, stationery la, yuran lagik. hohohohoohoh. duit-duit. duit dimanakah kamu... ahhahaha
 meh sini meh...datang dekat ngan hani meh...

ok la. dah lunch hour ni. today ada wat suprise plus farewell party untuk member opis. last day today,lepas ni nak duduk bintulu. hukhuk. bye2..jaga anak & bini baik2 kat tempat orang. kami doakan ko berjaya okies.

XOXO
-hani-

Thursday, December 18

Tangkapan 12.12 from lazada

Hi korang, buat apa tu? Sejuk betul seri alam hari ni, cuaca suram jer. Dari semalam petang hujan bumi johor. Sejuk jer tidur malam tadi. Budak abeed pun bangun lambat, uuk pun lambat. Mama sampai opis pun lambat. hahahahaha. Faktor utama tak dapat bonus. Kahkahkah. 
Shawl inspired aleesya form fleurcloset
So, nak cerita benda gembira jer kat korang. Masa lazada buat sales gila-gila tu. Hani pun menggila membeli. Rasa macam nak tembak diri sendiri jerk. 
Booommmm.
Eh, macam bunyi boom.
Hani beli backpack!!
untuk isi baju mama & abeed. Backpack daddy tak muat nak sumbat barang kami semua. So yang ni untuk sumbat barang ringan-ringan sikit. Maklumlah rumah bertangga-tangga.
RM 33.00 only deduct 12% Maka RM 29.04
Berbaloiiiiiii
Nampak????
Tak nampak???
I olls beli sewing machine.
hohohoohoh.
Sampai sekarang tak guna lagi.
Sekian.

Yang ni shawl from fluer closet - blogger famous amour tuuuu

Kak D kusayang tu... hahahahha, bodek sikit. kot - kot dapat free gift shawl 10 helai ker?

kahkahkaha

yang ni pun hani grab from lazada so, dapat la dlm RM 21.12 selai...normal price RM 24.00.
Berbaloiiiiii

Tapi kan, gelojoh sangat beli sampai terbeli pink 2 helai. sepatutnya nak beli peach.kahkahkah.
Layan jer la. colour jer sama, desing lain. tak paaaa.

On that day gak hani tolong belikan vacuum untuk mak cik hani. RM 95.92 only normal price RM 109.00.
Untuk hani memang berbaloi.

Officemate??? Jangan tak tau lagi menggila. macam-macam dorang beli.. Pening abg gdex & skynet. Sebab barang dorang besar-besar.

Dorang beli apa tu untuk muscle tu, then beli luggage la... pening mak cik tengok.
Eh.
ahhahahah

ok u olls, kat opis ni dah macam ada orang mati.

ok.
backtowork

Wednesday, December 10

Blouse from nile

Hi korang, ni seperti yang hani janjikan. Hani buat review untuk blouse yang hani beli from nile. Nak beli baju online ni petua dia kena baca description betul-betul. Like ukuran, material baju ( jarang or tak ). Dekat nile dorang akan info. See thru, no need inner. Macam tu laaaa.

RM 19.90
Loose bat sleeve top
Hani ambil size M
ok. Tapi jangan pakai dengan seluar low cut pulak!!
Seksi yang amat nanti. Tak boleh tonggeng2.
Sebab design dia pendek tapi loose.

RM11.00
Ruffle blouse - red
XL
Super duper comfy. Tak tipu ok. Price ni time offer ( 11.11 )
Haaaa, mesti korang tak dapat dah price ni kan. No dah jadi RM 26++ tak silap hani.
Labuh, tak panas.
European stylish chiffon blouse
RM 21.50
black
L
yang ni design di depan pendek, belakang panjang. Kena pakai inner. Nanti cekci. 

kakak sara - baju frozen from rantau panjang. hewhewhew.

Total Rm 52.40 - free postage. For me, berbaloi-baloi. Bukan paloi okies.

Hehehhehe.



Credit untuk cameraman : en apai
camerawomen : kak maz

:)

shawl semua butterfly & oblong.

heheheh. best pakai design cam ni sebab senang nak cover dada. Maklumlah ada bdk kecik tapi besar yang sibuk nak susu kang tetiba...

ok. Waiting for another parcel from nile today.

dont worry. murah jer.

Tuesday, December 9

SALE 12.12

Hai korang!!!!

wink*wink*

tu maksudnya baik ada makna!!!!

Hahahahahahh..

Tapi hani punya makna, tak da niat buruk ok. Baik sahaja...

Baik untuk menyegarkan mata korang tau.

Korang mesti ada perasan iklan kat TV pasal lazada punya offer. 12.12.2014....

So, hani tak mau share dah pasal lazada. Sebab korang dah tau. Tapi korang mungkin tak tau. On that day korang boleh dapatkan VOUCHER RM 25 from beutifulnara untuk pembelian RM 100 and above.

So, korang boleh la share and kumpul-kumpul order untuk dapatkan lagi offer berganda tu.

ok. Stop pasal LAZADA - ai olls tak dapat apa-apa pun yer from lazada- just sharing is caring.

Now hani nak cerita pasal NILE OFFER

Nile ada offer since 08.12.2014 until 12.12.2014

So, do grab your favourite items now!!

Hani dah rembat beberapa barang untuk hani tadi. Untuk pengetahuan korang, lagi banyak korang belanja dekat nile ni. lagi banyak korang akan dapat rebat. Macam tadi hani claim RM 2.10... hehehhehe. Mesti korang cakap..alaaaa sikitnya... korang kena tau. Barang kat nile memang murah and mampu milik.

Tak caya????

Cepat-cepat tengok.

Esok or lusa hani akan up satu entry khas untuk barang from nile ok. Yang ni promise punya.

Today pun hani pakai baju from nile pi opis. Kihkihkih. Saja tak nak pakai uniform.

Baru nampak kelainan pulak.. puiiiii.

Ok u olls. Cepat-cepat beli kat nile. Kang orang dah ramai masuk. Hang pulak kang. Korang jugak yang gigit jari... hewhewhewhew.




Thursday, December 4

Ganukelantantrip - 2

Satu jer tak dapat buat kat kuala terengganu... tapi sedey sangatttt.
Tak dapat makan celup tepung!!!!
We all di sesatkan oleh waze.
Hampeh btol.
Hahahhahahah. 
Then tak boleh nak pi dah, sebab nak balik bilik. En Apai nak tgok bola malam tu. MAS vs SIN.
Hotel Yt Midtown
Korang boleh gak tido sini kalau pi terengganu. Berbaloi tapi tak ado swimming pool.
plan last minute bilik ni jer yang available. Nasib beli toto kat rantau panjang. Tidur la en apai atas toto baru. Rasmikan toto gitu...mihmihmih.
Chinatown Kuala Terengganu
Korang yang berchenta tu, molek la kalau nak wat kenangan kat sini.
I chenta U
U chenta I

cantik tau mural kat sini.
Hurmmmm, kat Jb ada tak?

We are here!!!
-kenapa muka aku macam nak mintak pelampang??? -

Singgah amik gambar jer
Hurmmmmmm.
Nampak macam gemsss, hampeh betul hambar ni.

time pi excited. time balik..lemah okkkk. asyik cakap jer, bila la nak sampai jb ni..huwaaaaa. penat ok...letih betul badan den ni.

Kat kuala terengganu banyak tengok kawasan dari dalam kereta jer. Round betul-betul kat pasar payang jer. very the mak mak style kan, hahahahahha.

beli keropok...enak okies. cheap itu pasti.
beli baju kelawar. ai olls memang dah lama tak ada baju kelawar. boleh la pakai, time balik kampung. baru mak mak style.
ahhahahahhah.

saja beli buat kenangan pi teregganu. murah jer kan. rembat la selai dua. beli baju tidur untuk budak-budak. beli ole-ole untuk bonda & tok ayah.

trip tu ganu & kelantan ok.
kami suka.


macam banyak betul berjalan tahun 2014 ni.
Feb - pahang
April - sabah
Nov - kelantan, terengganu

itu tak masuk turun naik KL. 
hohohoho

mudah - mudahan dapat merayap jauh-jauh lagi untuk 2015 ok.
Kalau boleh nak jalan pi bandung pulak. best gak kan shopping kat belah sana.
Kita tengok timing okies....
Banyak berjalan luas pengalaman.


Tuesday, December 2

Ganukelantantrip

Ok. System hang, mari kita up entry.
Last weekend we all pi kelantan & terengganu with 
#ganukelantantrip

Overall, best, penat.
Penat sebab lama giler dalam kereta. Best sebab ini 1st experiance hani pi kelantan.
Hhahahha... Now, untuk melaysia belum pi sarawak jer. Maka sebelum jadi 30++ mari kita plan ke sarawak pulak. 
Kahkahkah.
Kesian dah tua, tapi malaysia pun tak habis round lagik.

Kitorang gerak pukul 10.00 mlm dari Jb( khamis ). Sampai rantau panjang pukul 9.30pagi.
En Apai drive sorang of course. Khamis tu dia dah cuti siap-siap. Maka tenaga banyak.
Hani dari mersing tidur lena sampai rompin. Kahkahkah. Lepas tu baru teman driver sambil tidur-tidur ayam.

CIQ RANTAU PANJANG
Awal giler kitorang sampai. kihkihkih. Memang tak da benti tidur pun. En Apai benti rehat kejap-kejap jer. Tu pun tiao kali benti budak abeed pun bangun jugak. Bangun siap jerit-jerit nak ikut daddy dia keluar kereta. gigit kang budak abeed ni.
Bekpes nasi kerabu fresh from kelantan. Lincin pinggan ai. Kahkahkah.
En apai kata : tadi yang lapar I, yang beria makan budak dua ni ( mama & abeed ).
hahahahaha
THIS IS RANTAU PANJANG
tengok kedai pun tak bukak lagik. Kahkahkah. Kasi pusing satu round then baru park then baru jalan-jalan.
Shopping mak-mak ok i olls. Hhahaha. I beli periuk kukus and toto. Hahhahahah. Macam mak cik-mak cik pulak terasa diri ni.
MIL beli kuali. huhuuu. Then beli baju tuk budak-budak and mak budak.
Murah memang murah.
Penggila vision, corelle and rakan-rakan dia. Sila la beli barangan kesayangan anda disini.
i olls belum giler lagi nak beli.

Pukul 11 lebih kami dah gerak pi kota bahru. Penat wei dah berapa jam dalam kereta. Kena pi rantau panjang siang jer tau. Sebab dia akan tutup around 5.00 ptg. 

WAKAF CHE YAH
Hotel - sabrina court hotel. Boleh pakai waze. Tapi tak payah tidur sini pun tak apa. Sebab ini hotel zaman badul. Hahhahahaha. Sabit boleh tidur jer yer. Maklumlah pi pun last minute kata confirm. Jadi sebat jer mana hotel yang ada. Kang tidur masjid jer kang.
Tapi sangat best sebab memang kang bandar kota bahru. I olls jalan kaki jer pi pasar siti khadijah. Boleh jalan kaki jer pi bus station dia. Shopping comples pun berapa langkah jer. Tapi ai olls memang tak pi shopping complex kalau tengah holiday cam gini. Tak kuasa ai nak penat kan kaki lagi.
Kata pelancong haruslah berjalan kesan kemari . Melihat melawat tempat orang.

Lepas check in. Mandi la... oiiii dah berapa jam tak mandi rimas ok rimas. Kasi driver tidur. Kasi budak-budak rehat. mak - mak pun nak rehat gak.

Malam keluar pi bazar.
Wakaf che yah.
Bazar anis. ( sorry kalau silap ).

Hani makan ice cream rojak.
Sodap.
beberapa scoop kecil ice cream, beberapa potongan dadu roti, buh jelly, buh choc rice, buh choc syrup. Memang nyaman.

Nak lagikkkkkkk.

PASAR SITI KHADIJAH
Memang style dia cm gini. Korang ingat kat Japan jer makan cam gini?? Kota bahru pun ado tau. Memang ai jakun + teruja masa tengok tempat makan cam gini. Hehehhehe.

Eh lagi satu sup dorang kebanyakkan kedai akan ada jual sup daging . sup perut. So, credit tuk hani la kan. Sebab ai olls tak makan pun perut, ekor, pipi & sahabat-sahabat dia yang lain tu.
hehhehe.

Kelantan masak memang sedap kan. So tak ada masalah la tuk hani. Makan jeeee.

STESEN BAS KOTA BHARU
Pukul 10.00 pagi kami gerak pi terengganu pulak. JOm ganu kitaaaaa.

Trip kelantan alhamdulillah. Tak hujan pun. Cuaca sangat membantu .