...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Tuesday, February 24

Tilam kelambu dan tilam bedung bayi murah 2015


Untuk yang tertanya-tanya samada hani jual lagi atau tidak tilam kelambu dan tilam bedung bayi ni..jawapan dia YES!!! Hani masih jual.

Korang boleh jer wassap hani 
0137240059

PRICE RM 75.00 include postage.

Hani memang suka tilam bedung tu sebab sangat-sangat berguna untuk baby masa dia baby. Senang nak dibawa kemana sahaja...

Baby pun boleh tidur lena kalau kita letak sekali dengan tilam bedung tu dalam stroller.

Gituuuuuu.

Tilam besar pulak siap kelambu lagi. Tak payah risau tilam tertinggal la, kelambu tertinggal la. Dia sekali harung jer.

Boleh jugak dilipat. So, tiada alasan untuk bergaya dengan tilam kelambu combo dengan tilam bedung.







#triputarakami 2

Ok. Entry yang ni banyak pasal gambar jer la ea...

Sampai jetty kuala perlis, cepat2 gerak pi padang besar. And kami tak jumpa petrol station yer . Cuak gak sebab minyak tinggal 2 bar jer masa tu. So, better u olls isi minyak dulu kat area kuala perlis tu baru gegas pi padang besar. Kang tak pasal ada yang tolak kereta.

Jalan ok jer. Kereta tak banyak. Then sampai jer padang besar apa lagi carik barang jer la. Tapi pada kami rantau panjang lagi best. Hewhewhew. Lagi murah kat rantau panjang. gituuuu. tapi sabit nak pi lagi kan. Dulu pi masa form 2 tak silap u olls. Pakai duit mak bapak lagik. Memang tak ada shopping-shopping ni. Ko tak payah banyak songeh sangat. Untung ayah dah bawak jalan. Duk diam and ikut jer. gituuuu.

Jersey kot yang murah. Memang murah berbanding harga kat JOhor ni la kan. Tapi mestilah i olls tak beli. waakakkaka... Baik i beli baju tidur. Banyak faedahnyaaaaaaaa.

Dont worry, surau dia semua ada kat sini. Besar lagi. Cuma kena ingat dorang tutup pukul 7 malam ok. Azan magrib jer memang korang nampak pintu jer. Dorang dah balik!!!!

Jadi pepandai la korang budget masa korang. Kena lincah kadukkkkkk.

Lepas tu terus balik kulim, pi umah mak lin. hehehhehe. malu sebenarnya dengan mak lin. sebab time belajar dulu memang selalu giler naik kulim. jap g bila dah kerja susah benar nak pi kulim. Last pi pun tahun 2012 kot. masa trip pi pangkor tu...hhohohoh... lepas tu la ni ha baru pi..siap bawak anak lagi..kihkihkih..melampau sunggguh anak sedara.

Dah sampai sini memang rehat habis-habis la kan. Tapi ada tragedy..kihkihkih... sampai-sampai jer on semua suis.. mandi... tup tup black out!!! hahhahahahha. pukul 11 malam black out ko. mana nak carik wireman???

Nasib ada magic, wireman datang kul 12 lebih macam tu... terus ada electric. Tapi lepas dah terang budak-budak banyak tenaga tetiba. Ada yang tidur pukul 4 pagi. mama abeed ni memang tidur jer.. pepandai la anak-anak carik mama nanti ea... nite....
Esok pagi terus pi tree top walk of sg sedim. 10 most visit place in malaysia. ha gituuuuuu...

RM 10.00 per enrty.
Kat jetty kilim

dalam bot untuk kilim tour
from jetty langkawi
tree top walk
panas!!!!!
get ready nak balik johor.

Gerak lepas bola, sampai rumah pukul 10.00 pagi...

huwaaaa. sakit bontot!!!!!

#triputarakami


Hi u olls,

Selamat Tahun Baru Cina!!! Abeed jer dapat ang pow dari jiran depam rumah. Kami semua dapat makan limau jewwwwww. Bonda bagi balasan ikan duri masak asam pedas. Huhuuuu.

Ok. Now cerita pasal #triputarakami yang penat but happening!!!

Kami gerak dari JB rabu lepas magrib, and jalan sangat-sangat sesak... Huwaaaaa, last year punya CNY trip tak jumpa jem pong.. This year punya terbaik dia pagi.. Pukul 2 , 3 pagi pon jem ok!!! Solat subuh kat R&R sesak tau.... Ramai betul manusia sekarang. Sampai kuala Perlis pukul 9 lebih macam tu. Group angah & group mak lin tidur kuala perlis.

So, we all jumpa kat jetty jer la. Tapiiiiii, ramai giler manusia dalam tu. Nasib kami dah beli ticket semalam. Tapi still stuck jugak dalam terminal tu sebab ferry delay dalam sejam.Dah macam mangsa banjir dah rasa. Sebab orang yang ferry petang pon dah berhimpun dalam tu. Dorang ni semua yang sampai baru beli ticket. Sampai pukul 7, dapat ticket 2ptg. Ko rasa???

Sampai langkawi dalam pukul 1 lebih macam tu terus makan nasi!! I is laparrrrr. Sambil tunggu kereta sewa sampai sebab driver tu stuck jugak dalam jem. Then terus pi homestay letak barang terus pi tempat cable car. Malangnya terlalu lama nak tunggu. Kena tunggu 2 jam. Terus cancel and kami layan musuem 3D @ langkwi jer. Kebetulan ada offer time tu SO RM 25.00 sahaja seorang.

Eh. Ferry tu from KUALA PERLIS - LANGKAWI RM 18.00
MUSEUM 3D @ LANGKAWI RM 38.00
( masa kami pi ada offer, and tak sure harga time lain hari ).
HOMESTAY 3 bilik RM 200.00
MITSUBISHI GRANDIS RM 200.00
KILIM GEOFOREST PARK RM 250.00 - 10 orang
EN. AZHAR 011-1278 9987



Ok. Tu fare price yang korang boleh refer kot ada saper2 nak pi sana. Korang boleh call no tu, sebab dia boleh arrange untuk bot sekali. homestay lengkap, boleh tidur 6 orang punya. 1 queen, 4 single, toto, bantal extra semua dia dah bagi. Bersih, ada fridge, iron, water heater, kettle.

Balik dari 3D museum, terus pi HIG.. shopping time!!!!! Hahahahah, i like... memang korang akan habis beratus-beratus kat sini. Sebab pakai sauk jer. Wakakkakka. Group B paling lama shopping kat sini.Group B is group angah. Hahhahah. Anak dia kami jaga dalam kereta. Kasik mak bapak dia tenang sikit shopping.

Then terus pi makan, tak da la mahal sangat makan kat sini. Boleh la makan ramai-ramai siap ketam semua bagai tu. Kira berbaloi, sama jer rate kat senibong. Ok.

Then terus balik rumah, penat!!!! Nak mandi, tdo, lepak tengok TV. Sebab esok pagi2 driver akan tunjuk jalan & jumpa driver boat pulak kat KILIM GEOFOREST .

So, pukul 8.30 dia dah datang untuk tunjuk jalan kat kami. Memang bagus pi pagi la yek kat sini. Sebab waktu kami dah nak balik tu memang matahari dah naik. So agak panas tau. Becak pulak ketiak kang.

So, naik bot tu dorang bawak kami round-round tengok helang, kalau nasib baik u olls akan nampak helang makan depan mata korang. Then tengok a few gua, gua kelawar, gua buaya. Then tengok bukit-bukit yang membentuk muka manusia, kasut, penyu... Nanti dia kan stop kan kat sangkar ikan untuk tengok and dengar-dengar talk pasal ikan.

Then masuk kat gua kelawar round-round dalam gua. Dapat la jumpa. kelawar and masuk dalam gua.

Then lepas tu kami terus drive pi terminal jetty pulak. Lepak kat jetty, shopping again!!!

Then naik ferry pi padang besar pulak!!!

Sambung nanti. Bye.


Monday, February 2

Weekend yg bmakna

Happy monday u olls.... last week sangat busy... paling busy jumaat la kan. Sebab khamis EL - cousin belah en apai meninggal dunia. Al-Fatihah untuk arwah. Last week pulak auditor datang. Khamis tu jugak ada GST training. Makanya bila semua benda kena buat on friday. Makan red velvet pun tak terasa okeeeeee.. Hate this!!! Hani suka makan sambil menikmati. Tapi bila pukul 6.30 ptg baru dapat lepaskan diri dari auditor and rasa nak tercekik perabis cake.... Slice jer kot. tak kan nak bawa balik kan. kang berebut pulak. gigih la habiskan berdua... huhuuhuhuh.

 Tapi sempat jugak pagi jumaat tu jumpa ex-officemate yang sanggup datang dari BP untuk hantar wedding invitaion card dia..auwwwww. i likeeeee.. kurus and berseri-seri bakal panten. Tahniah awakkkkk.

Tapi kita tak mau ingat yang stress. Hidup ni singkat jer. Mari kita ingat yang indah-indah belaka. Lupakan segala duka nestapa. Ewahhhhhh.



Yang ni cerita hari sabtu.. pic atas tu dorang pi tengok pak chu kat hostel. pak chu x boleh balik.gigih la anak sedara dari PJ lawat pak cik kat sekolah.huk huk huk. Tapi hani tak join ni. I olls lambat sikit sampai. en apai kerja... maka lambat la baru boleh gerak balik lok heng.. huhuuu... hometown lok heng jer... tapi kan sebenarnya kan... kan.. kan.. dah sebulan tak jumpa mak & ayah.... missed both of them much!!!! Bukan apa, time kita free, dorang busy. Time kita busy , dorang free. Acaner nak jumpa. hani tak suka jumpa kejap-kejap tak puas. mesti nak spend time lelama sikit. makan mak masak banyak -banyak ...nyummmmmmm.

Yang ni petang masa kami sampai, seronok abeed main bola atas rumput!!! maklumlah rumah sendiri tak jumpa rumput. puas la budak kecik tu tawaf depan umah atok ayah tu. main dengan momot, main dengan syirah sekali.

Malam tu mak masak nasi ayam, request by budak comey!!! saya la tu... ahhahahahhaha.... masak nasi ayam jer senang semua boleh makan. dari teha sampai atok ayah tak da masalah nak makan. abeed pun makan. sonang kerja. tak yah masak 2, 3, jenis lauk... penat ok. nak tengok bola lagi lepas tu... haishhhh... nak lepak-lepak depan tv lagi...

Abeed tdo lambat giler malam tu, kunyah tak renti-renti pulak tu. orang nak tdo, dia berak pulak.. dah mulut tak renti-renti kunyah makanan kan... grrrrrrrr.....

Pagi-pagi dah tolong mama sapu beranda sambil amik angin pagi...  then breakfast of the day ialah bubur nasi, nasi ayam grg and ubi goreng... hamboiiiii, makanan tak agak-agak yaaaa. perut berlipat tak yah salahkan orang lain. salahkan tekak sendiri.

- _________  -


Then kitorang pi carik kain untuk baju raya kat kota tinggi. Over or excited???? Ini kami panggil beli awal-awal ,, kang tak kalut dah.. ada orang tu duk jauh, kang kami beli sendiri dia tak suka.. jadi time dia balik ni kita balun beli terus yer.... sebab kami biasa pakai baju yang sama colour. sama corak. sekayu gitu. Anak, menantu, cucu....sekayu.

Nyanyi sikit lagu sepohon kayu...

:P

 hani dah ada 3 helai baju.. hohohoohohoh.. puasa tak ganti lagik.. 

Dushhhhhhh.


Yang ni kami pi makan & minum kat CENDOL DURIAN KOTA TINGGI. location area bus station kota tinggi.

For me, cendol durian sodap. ada jual rojak, mee rebus, mee bandung , laksa penang.

Bak kata en apai, cendol sg mas lagi sedap sebab ada soto. Eh. sebab cendol dia lagi sedap... en apai punya statement boleh pakai kot. sebab both gerai cendol dia akan order cendol pulut. Kat sg mas hani suka cendol special. makan pes-pes. makan rojak... nyamannnn perut. boleh tdo dengan lena.
hahahahhaha.


Hani suka cendol durian RM 2.50
Ayah & Uda cendol kaw&kaw RM 8.00 -  i lupa nak rasa


Ok. U olls boleh try jugak cendol durian & cendol kaw&kaw tu ea....

-busy-