...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Wednesday, December 31

2014 - 2015

Selamat Tahun Baru 2015 semua.

Macam mana dengan tahun 2014 korang? macam mana korang lalui tahun lepas? semua azam berjaya korang gapai or azam hanya tinggal azam?

hani pun tak ingat apa azam hani last year? wakakkakaka. *oktaklawak*

Kenapa mesti ada azam? sebab supaya tahun berlalu, hari berlalu dengan perubahan yang baik. Membazair kalau hidup kita dibiarkan tanpa warna. Percayalah anda akan menyesal nanti kalau biar kan sahaja hidup yang indah ini. 
*auwwwww*

Azam pulak tak semestinya buat awal tahun, bila-bila boleh buat azam, janji mesti buat.

Ok. 

Hani nak trace segala memori 2014. Apa yang dah terjadi dalam hidup hani for 2014.

JAN 2014 - Hani tak ingat apa sudah jadi. maybe happy sebab 1st time celebrate birthday dgn abeed.

FEB 2014 - Arwah abah ( FIL ) kembali kerahmatullah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang soleh & beriman. AL-FATIHAH untuk arwah MUHAMMAD ARIS BIN HASSAN. Arwah abah pergi sangat mengejut. Tetiba en apai call cakap abah meninggal. masa tu dalam pukul 12 lebih kot. Hani pun dah tertidur. En apai keluar time tu. Hani mamai & terperanjat. Hani cuma call mak hani jer untuk info and cepat-cepat kemas baju . 

MAC 2014 - MH370 - Tragedy yang memeranjatkan seluruh rahyat malaysia. Doakan yang terbaik untuk semua mangsa & keluarga mangsa. 

APRIL 2014 - Bawak abeed & sara naik aeroplane!!! Trip ni memang dah plan since JAN 2014. Pi sabah je pun. Tapi sabah memang cantik. Hani suka and nak pi lagi. Kalau boleh nak make sure tok ayah & bonda akan join time ni. Tok ayah tu la... sayang benorrr nak cuti.. Pi ramai-ramai lagi boleh jimat. Sebab boleh share bayar trasnport & amik homestay jer...... Kundasang sangat sejuk!! 2 malam kat sana, memang buat hani jatuh hati... *over*

MAY 2014 - 

JUNE 2014 - Jual brooch!!! kat opis, kawan-kawan and time puasa kat jusco.

JULY 2014 - MH 17 -di kala semua umat islam sedang berpuasa and bersedia untuk menyambut syawal kita dikejutkan dengan tragedi ni. AL-fatihah untuk semua magsa dan semua mereka semua tenang diSana. Semua keluarga mangsa tabah dengan dugaan ini. Kehilangan orang tersayang memang memeritkan. Birthday kakak sara & abeed kami celebrate kat rumah jer. Kawan kakak dapat doorgift je. 

AUG 2014 - 1st time gak hani buat open house . Huhuuu. 2 trip lagi. Maklumlah kalau buat sekali harung. Kat celah mana pulak guest nak duduk kan.

SEP 2014 - Start bisnes kecil-kecilan... huhuuu.. Jual kerepek kat opis. Tumpang jual shawl, jual jubah.

OCT 2014 - 1st time tak tolong mak masak untuk ngunjung!!!! O-o - sorry mak.

NOV 2014- Berjaya sampai rantau panjang!!! kelantan & terengganu memang antara tempat yang hani teringin nak pi. Sampai gak akhirnya. Next time kalau mai sini, naik flight jer la yek.. Penat wei penat.


DEC 2014- QZ8501 - Banjir pantai timur - tragedi ni sebenarnya mengingatkan kita jangan leka dalam hidup. Kita tak sangka akan dapat banjir besar. Hani ingat lagi banjir besar kota tinggi 2007. Lebih kurang macam ni la situasi dia. Electric tak ada. Line telephone tak ada. Semoga mangsa banjir terus tabah and kita semua dapat sama-sama membantu mereka. Bantuan dari segi makanan, pakaian, wang ringgit, tenaga. Kita boleh pilih untuk bantu dari berbagai segi. 


Now 2015 -  hani nak listkan azam hani kat sini. then nak tengok boleh buat atau tak... *hohohoo, doakan saya ok*

Rajin solat awal.
Nak menjahit banyak benda.
Nak rajin membaking.
Nak mendeko rumah kasi gojes.
Stop beli handbang - no new handbang for 2015.
Kena belajar masak macam-macam jenis lauk lagi.
Stop cabut bulu mata. --- huwaaaa, ni habit ok..cannot stop. but, i will try.
In age 30, so kena jaga kesihatan baik-baik. better consume collagen. Gigih nak beli collagen.
Nak kurangkan online shopping. hahhahahaha. doakan saya ok....
Nak rajin lagi meniaga.. chaiyokkkk - jujur, meniaga kena rajin sangat. sangat salute pada those yang berniaga. Abeed support mama ok.... rajin tolong mama tau.

* macamsenangjerkanazam*

Semoga 2015 lebih indah dari 2014. 

hasil cabutan pagi tadi.

Sunday, December 28

Butterfly shawl..BoxingDay

Korang, hani nak info yang hani ada buat clearance sale!!!!
Yang ni special tuk butterfly shawl seperti dibawah ok.
Normal Price : RM 39.00
Sale Price : RM 25.00
Combo Price : Buy 2 @ RM 45.00 - COD
Combo postgae : Buy 2 @ RM 50.00 - include postage

COD
hanya dikawasan seri alam, pasir gudang, skudai.

Hebat tak??
This is we called as YES.
BoxingDay.
Macam tu la.

Korang boleh PM or wassapp hani 
0137240059



emerald green
ribbon purple
ribbon green
ribbon blue
butterfly yellow
flower purple
green/ white

ocean blue.

p/s stock adalah limited...maka sila laju-laju pm hani okies....
tq in advance u olls.

Tuesday, December 23

celoteh

Hi korang... buat apa jer time tengah hari ni?

Hani still tengah kalut nak take up all expenses untuk 2014 ni... huwaaaaa, letih betul bila buat kerja sorang ni... kalut kat kepala. tetiba rindu kat reen *pulanglaaa*

Heehheeh, ok tak reen akak bodek? :P

Mana nak take up invoice, petty cash, payment lagik? haishhhh... memang berselirat kepala ni. Sampai sakit-sakit satu badan tau.... tetiba terasa bestnya duk rumahhhhh... *sambil berangan tengah lipat baju sambil tengok runningman*

hahhahahaha.

Sara suka tanya, mama tengok cerita ni tak? kenapa tak tengok? Kenapa mama gelak sampai nages-nages tengok running man?

Hahahhahah. Banyak betul soalan. Cerita yang tak tengok tu cerita petang-petang or malam-malam la. Cerita melayu. Hani tengok gitu-gitu cerita pukul 7.00 sampai 8.00 tu jer. Tu pun skip-skip. Sampai rumah MIL kadang pukul 7.30 dah, solat lagi.. dapat la tengok beberapa minit. sabit tengok jugak la tu. Kat rumah memang tak ada aktiviti tengok cerita. Now layan en sotong, meletops. tu jer kot... rabu kalo en apai pi badminton boleh la i olls layan korea.

lain-lain adalah melayan budak abeed. sian dia. lebih 10 jam kat rumah baby sitter. tu yang bila jumpa mama dia terus jadi gedik semacam... hahahahha. tumbukkang.

kalau dapat tempat kerja dekat dengan rumah mesti best jugak ea..hurmmmm... malasnya nak pi interview.....

Dec ni. terasa padat betul schedule ai..huhuhu... Last 2 week. dapat balik teratak ayah bonda. last week. pi sekolah agama sara. Dengar pasal minngu ukhuwah and details pasal kitab, yuran and lain-lain.

This week, nak balik kampung jap nak join rombongan bertunang.*winkwink* sape yang nak bertunang tu??? tak sabar rasanya nak join. sebab ai olls x pernah jumpa orang yang nak kami pinang ni. eh. tunang and pinang sama ker lain???

Ntah. ahad plak pergi sekolah kebangsaan sara . Ada ujian untuk kemasukan darjah satu and explanation untuk parents gak.

Besar dah kakak sara. Last week pi beli baju sekolah and kasut. Mak oiiii, mahal jugak ea....terus teringat mak & ayah. macam mana la dorang belikan baju sekolah kitorang dulu ea.... haishhh, sian ayah kena keja penat-penat.

kami beli 3 set jer tu pun cecah rm 350.00 *lappeluh* hahahhahaha... siap cakap ngan en apai. boleh tahan ea u.. macam mana la yang beli sampai 5 set tu? haishhh. ini baru sorang. Kot nanti 2 sekali sekolah????

Itu baru sebut pakaian tak termasuk bag, botol la, stationery la, yuran lagik. hohohohoohoh. duit-duit. duit dimanakah kamu... ahhahaha
 meh sini meh...datang dekat ngan hani meh...

ok la. dah lunch hour ni. today ada wat suprise plus farewell party untuk member opis. last day today,lepas ni nak duduk bintulu. hukhuk. bye2..jaga anak & bini baik2 kat tempat orang. kami doakan ko berjaya okies.

XOXO
-hani-

Thursday, December 18

Tangkapan 12.12 from lazada

Hi korang, buat apa tu? Sejuk betul seri alam hari ni, cuaca suram jer. Dari semalam petang hujan bumi johor. Sejuk jer tidur malam tadi. Budak abeed pun bangun lambat, uuk pun lambat. Mama sampai opis pun lambat. hahahahaha. Faktor utama tak dapat bonus. Kahkahkah. 
Shawl inspired aleesya form fleurcloset
So, nak cerita benda gembira jer kat korang. Masa lazada buat sales gila-gila tu. Hani pun menggila membeli. Rasa macam nak tembak diri sendiri jerk. 
Booommmm.
Eh, macam bunyi boom.
Hani beli backpack!!
untuk isi baju mama & abeed. Backpack daddy tak muat nak sumbat barang kami semua. So yang ni untuk sumbat barang ringan-ringan sikit. Maklumlah rumah bertangga-tangga.
RM 33.00 only deduct 12% Maka RM 29.04
Berbaloiiiiiii
Nampak????
Tak nampak???
I olls beli sewing machine.
hohohoohoh.
Sampai sekarang tak guna lagi.
Sekian.

Yang ni shawl from fluer closet - blogger famous amour tuuuu

Kak D kusayang tu... hahahahha, bodek sikit. kot - kot dapat free gift shawl 10 helai ker?

kahkahkaha

yang ni pun hani grab from lazada so, dapat la dlm RM 21.12 selai...normal price RM 24.00.
Berbaloiiiiii

Tapi kan, gelojoh sangat beli sampai terbeli pink 2 helai. sepatutnya nak beli peach.kahkahkah.
Layan jer la. colour jer sama, desing lain. tak paaaa.

On that day gak hani tolong belikan vacuum untuk mak cik hani. RM 95.92 only normal price RM 109.00.
Untuk hani memang berbaloi.

Officemate??? Jangan tak tau lagi menggila. macam-macam dorang beli.. Pening abg gdex & skynet. Sebab barang dorang besar-besar.

Dorang beli apa tu untuk muscle tu, then beli luggage la... pening mak cik tengok.
Eh.
ahhahahah

ok u olls, kat opis ni dah macam ada orang mati.

ok.
backtowork

Wednesday, December 10

Blouse from nile

Hi korang, ni seperti yang hani janjikan. Hani buat review untuk blouse yang hani beli from nile. Nak beli baju online ni petua dia kena baca description betul-betul. Like ukuran, material baju ( jarang or tak ). Dekat nile dorang akan info. See thru, no need inner. Macam tu laaaa.

RM 19.90
Loose bat sleeve top
Hani ambil size M
ok. Tapi jangan pakai dengan seluar low cut pulak!!
Seksi yang amat nanti. Tak boleh tonggeng2.
Sebab design dia pendek tapi loose.

RM11.00
Ruffle blouse - red
XL
Super duper comfy. Tak tipu ok. Price ni time offer ( 11.11 )
Haaaa, mesti korang tak dapat dah price ni kan. No dah jadi RM 26++ tak silap hani.
Labuh, tak panas.
European stylish chiffon blouse
RM 21.50
black
L
yang ni design di depan pendek, belakang panjang. Kena pakai inner. Nanti cekci. 

kakak sara - baju frozen from rantau panjang. hewhewhew.

Total Rm 52.40 - free postage. For me, berbaloi-baloi. Bukan paloi okies.

Hehehhehe.



Credit untuk cameraman : en apai
camerawomen : kak maz

:)

shawl semua butterfly & oblong.

heheheh. best pakai design cam ni sebab senang nak cover dada. Maklumlah ada bdk kecik tapi besar yang sibuk nak susu kang tetiba...

ok. Waiting for another parcel from nile today.

dont worry. murah jer.

Tuesday, December 9

SALE 12.12

Hai korang!!!!

wink*wink*

tu maksudnya baik ada makna!!!!

Hahahahahahh..

Tapi hani punya makna, tak da niat buruk ok. Baik sahaja...

Baik untuk menyegarkan mata korang tau.

Korang mesti ada perasan iklan kat TV pasal lazada punya offer. 12.12.2014....

So, hani tak mau share dah pasal lazada. Sebab korang dah tau. Tapi korang mungkin tak tau. On that day korang boleh dapatkan VOUCHER RM 25 from beutifulnara untuk pembelian RM 100 and above.

So, korang boleh la share and kumpul-kumpul order untuk dapatkan lagi offer berganda tu.

ok. Stop pasal LAZADA - ai olls tak dapat apa-apa pun yer from lazada- just sharing is caring.

Now hani nak cerita pasal NILE OFFER

Nile ada offer since 08.12.2014 until 12.12.2014

So, do grab your favourite items now!!

Hani dah rembat beberapa barang untuk hani tadi. Untuk pengetahuan korang, lagi banyak korang belanja dekat nile ni. lagi banyak korang akan dapat rebat. Macam tadi hani claim RM 2.10... hehehhehe. Mesti korang cakap..alaaaa sikitnya... korang kena tau. Barang kat nile memang murah and mampu milik.

Tak caya????

Cepat-cepat tengok.

Esok or lusa hani akan up satu entry khas untuk barang from nile ok. Yang ni promise punya.

Today pun hani pakai baju from nile pi opis. Kihkihkih. Saja tak nak pakai uniform.

Baru nampak kelainan pulak.. puiiiii.

Ok u olls. Cepat-cepat beli kat nile. Kang orang dah ramai masuk. Hang pulak kang. Korang jugak yang gigit jari... hewhewhewhew.




Thursday, December 4

Ganukelantantrip - 2

Satu jer tak dapat buat kat kuala terengganu... tapi sedey sangatttt.
Tak dapat makan celup tepung!!!!
We all di sesatkan oleh waze.
Hampeh btol.
Hahahhahahah. 
Then tak boleh nak pi dah, sebab nak balik bilik. En Apai nak tgok bola malam tu. MAS vs SIN.
Hotel Yt Midtown
Korang boleh gak tido sini kalau pi terengganu. Berbaloi tapi tak ado swimming pool.
plan last minute bilik ni jer yang available. Nasib beli toto kat rantau panjang. Tidur la en apai atas toto baru. Rasmikan toto gitu...mihmihmih.
Chinatown Kuala Terengganu
Korang yang berchenta tu, molek la kalau nak wat kenangan kat sini.
I chenta U
U chenta I

cantik tau mural kat sini.
Hurmmmm, kat Jb ada tak?

We are here!!!
-kenapa muka aku macam nak mintak pelampang??? -

Singgah amik gambar jer
Hurmmmmmm.
Nampak macam gemsss, hampeh betul hambar ni.

time pi excited. time balik..lemah okkkk. asyik cakap jer, bila la nak sampai jb ni..huwaaaaa. penat ok...letih betul badan den ni.

Kat kuala terengganu banyak tengok kawasan dari dalam kereta jer. Round betul-betul kat pasar payang jer. very the mak mak style kan, hahahahahha.

beli keropok...enak okies. cheap itu pasti.
beli baju kelawar. ai olls memang dah lama tak ada baju kelawar. boleh la pakai, time balik kampung. baru mak mak style.
ahhahahahhah.

saja beli buat kenangan pi teregganu. murah jer kan. rembat la selai dua. beli baju tidur untuk budak-budak. beli ole-ole untuk bonda & tok ayah.

trip tu ganu & kelantan ok.
kami suka.


macam banyak betul berjalan tahun 2014 ni.
Feb - pahang
April - sabah
Nov - kelantan, terengganu

itu tak masuk turun naik KL. 
hohohoho

mudah - mudahan dapat merayap jauh-jauh lagi untuk 2015 ok.
Kalau boleh nak jalan pi bandung pulak. best gak kan shopping kat belah sana.
Kita tengok timing okies....
Banyak berjalan luas pengalaman.


Tuesday, December 2

Ganukelantantrip

Ok. System hang, mari kita up entry.
Last weekend we all pi kelantan & terengganu with 
#ganukelantantrip

Overall, best, penat.
Penat sebab lama giler dalam kereta. Best sebab ini 1st experiance hani pi kelantan.
Hhahahha... Now, untuk melaysia belum pi sarawak jer. Maka sebelum jadi 30++ mari kita plan ke sarawak pulak. 
Kahkahkah.
Kesian dah tua, tapi malaysia pun tak habis round lagik.

Kitorang gerak pukul 10.00 mlm dari Jb( khamis ). Sampai rantau panjang pukul 9.30pagi.
En Apai drive sorang of course. Khamis tu dia dah cuti siap-siap. Maka tenaga banyak.
Hani dari mersing tidur lena sampai rompin. Kahkahkah. Lepas tu baru teman driver sambil tidur-tidur ayam.

CIQ RANTAU PANJANG
Awal giler kitorang sampai. kihkihkih. Memang tak da benti tidur pun. En Apai benti rehat kejap-kejap jer. Tu pun tiao kali benti budak abeed pun bangun jugak. Bangun siap jerit-jerit nak ikut daddy dia keluar kereta. gigit kang budak abeed ni.
Bekpes nasi kerabu fresh from kelantan. Lincin pinggan ai. Kahkahkah.
En apai kata : tadi yang lapar I, yang beria makan budak dua ni ( mama & abeed ).
hahahahaha
THIS IS RANTAU PANJANG
tengok kedai pun tak bukak lagik. Kahkahkah. Kasi pusing satu round then baru park then baru jalan-jalan.
Shopping mak-mak ok i olls. Hhahaha. I beli periuk kukus and toto. Hahhahahah. Macam mak cik-mak cik pulak terasa diri ni.
MIL beli kuali. huhuuu. Then beli baju tuk budak-budak and mak budak.
Murah memang murah.
Penggila vision, corelle and rakan-rakan dia. Sila la beli barangan kesayangan anda disini.
i olls belum giler lagi nak beli.

Pukul 11 lebih kami dah gerak pi kota bahru. Penat wei dah berapa jam dalam kereta. Kena pi rantau panjang siang jer tau. Sebab dia akan tutup around 5.00 ptg. 

WAKAF CHE YAH
Hotel - sabrina court hotel. Boleh pakai waze. Tapi tak payah tidur sini pun tak apa. Sebab ini hotel zaman badul. Hahhahahaha. Sabit boleh tidur jer yer. Maklumlah pi pun last minute kata confirm. Jadi sebat jer mana hotel yang ada. Kang tidur masjid jer kang.
Tapi sangat best sebab memang kang bandar kota bahru. I olls jalan kaki jer pi pasar siti khadijah. Boleh jalan kaki jer pi bus station dia. Shopping comples pun berapa langkah jer. Tapi ai olls memang tak pi shopping complex kalau tengah holiday cam gini. Tak kuasa ai nak penat kan kaki lagi.
Kata pelancong haruslah berjalan kesan kemari . Melihat melawat tempat orang.

Lepas check in. Mandi la... oiiii dah berapa jam tak mandi rimas ok rimas. Kasi driver tidur. Kasi budak-budak rehat. mak - mak pun nak rehat gak.

Malam keluar pi bazar.
Wakaf che yah.
Bazar anis. ( sorry kalau silap ).

Hani makan ice cream rojak.
Sodap.
beberapa scoop kecil ice cream, beberapa potongan dadu roti, buh jelly, buh choc rice, buh choc syrup. Memang nyaman.

Nak lagikkkkkkk.

PASAR SITI KHADIJAH
Memang style dia cm gini. Korang ingat kat Japan jer makan cam gini?? Kota bahru pun ado tau. Memang ai jakun + teruja masa tengok tempat makan cam gini. Hehehhehe.

Eh lagi satu sup dorang kebanyakkan kedai akan ada jual sup daging . sup perut. So, credit tuk hani la kan. Sebab ai olls tak makan pun perut, ekor, pipi & sahabat-sahabat dia yang lain tu.
hehhehe.

Kelantan masak memang sedap kan. So tak ada masalah la tuk hani. Makan jeeee.

STESEN BAS KOTA BHARU
Pukul 10.00 pagi kami gerak pi terengganu pulak. JOm ganu kitaaaaa.

Trip kelantan alhamdulillah. Tak hujan pun. Cuaca sangat membantu . 

Monday, November 24

Double M

Mama Malas.... nama panjang..hehehehhe.

Last friday hani cuti, tapi dengan azam tak mo buat kerja kat rumah. Memang nak cuti, nak rest. Boleh???? Boleh jerrrrrr..... Hahahahhaha, buat benda basic jer. Sidai kain, lipat kain, basuh kain, vacuum.

Yang lain. Off day. duduk depan tv, makan biskut, makan pizza ( delivery ). main dengan abeed. Itu jer hani buat dengan abeed on friday. Siap tepon bonda bagi tau. Hari ni mama off, main jer dengan abeed. Memang dua-dua macam ulat. Melekat jer. hahahah. Daddy keje.

Konon cuti lepas penat bekerja . Sebab last week memang busy giler. Dua hari layan LHDN. Dua hari layan GST. boleh mereng jugak la kepala ni. Badan sekali mereng. LHDN audit untuk 3 tahun. Giler banyak dokumen nak kena provide. Sampai sekarang tak settle lagi. Kasi closing dulu then sambung balik with LHDN.

Sabtu, pi wedding kat Pt Sulong. Cousin atok aki. Rupanya tak jauh dari umah atok ayah ( rumah family ayah ). Hehhehe. Mak yang tak tau ada sedara kat situ. 

Balik wedding singgah umah atok aki sat, singgah JPO sat . pitam wei teman pak itam carik barang. Bahasa jawanya lempohhhhh.. Sakit kaki ai olls. Tapi ai mampu tengok jerrrrr....... Tak berani pegang-pegang takot terbeli. Hahhahahahhaha.. Takot okies. Kita teman jer la Si Itam tu beli barang dia. 

Then pi umah M Yan, siap suh m yan masak sedap-sedap lagik.. Nyummmmm. Kitorang dapat makan mee rebus, cake pisang, apam balik ( semua homemade) hebat okies. 

DAEBAKKKK!!!

rajin betol m yan masak lately.... Keep it up. Nanti i olls datang selalu ea... Bhahahahha..

Then balik rumah, rehat, TDO. 

Bonda & Tok ayah tidur rumah malam tu. 

Ahad pagi, breakfast nasi goreng. Then bonda masak nasi ayam untuk pak itam tapau balik banting. Maka i ools tak payah masak untuk lunch. SELAMAT.......

Hhahaaaaa.

Abeed & Sara suka betul makan nasi ayam bonda. Sara siap tanya kenapa ayam bonda hitam ( kami akan letak sos tiram & Madu yer kalau goreng ayam untuk nasi ayam ) feel macam kat kedai gituuu. Sara makan sampai 3 kali. Selalu punyalah payah nak makan.

So, bonda kena la masak selalu untuk kami yer. Hahhahahaha.....

Monday - KEJE... :(

rindu budak abeed

Thursday, November 20

Last day

Tadi pagi pi sekolah sara jap..ambil report card.
Alhamdulillah semua result kakak Sara ok.
Tahniah kakak!!
Next year dah masuk tahun satu, kena belajar lebih lagi. Sebab lagi mencabar pulak pelajaran Kat sekolah.
Sara belum dapat lagi Surat untuk test sesi kemasukan tahun satu.. Call sekolah dorang cakap. End year nanti baru buat. Ada sekolah memang dah buat. So, kita tunggu Surat je la ea...
Sebab lepas ni kakak x jumpa kawan tadika Assofea lagi..Mama decide nak kasi gift tuk kawan and Teacher.

Gigih la pagi tadi bungkus gift dgn abeed.
Abeed tolong sepahkan actually.
Hahahha.
Mama bagi button Brooch tuk girl.
Butang baju melayu tuk boy.
Set Brooch tuk Teacher.
Saja suka2.
Sebab kelmarin dorang ada buat tukar2 hadiah..
Daddy belikan kawan kakak tabung, kakak dapat mini blackboard.
Teacher bagi jajan.
So, orang memberi kita merasa.
Orang dah kasi jgn lupa membalas.

Gituuuu.
Okies.
Mama tunggu daddy ni...

Wednesday, November 12

Hasil tangkapan sales 11.11.14

Korang!!!!!

Korang singgah kat nile tak 11.11.14 hari tu? Apa???tak singgah????? rugi la korang kalo cam tu.

Ok . Tak pa.. pi singgah today. Sebab today last day u olls boleh grab offer buy RM 48.00 and above you will gwt free postage.

Best tak???

Korang share la dgn kengkawan beli itu, beli ini... Macam kami... Hahhahhaha.. Sebab tu wassapp group tu berguna. Pantas memberi informasi. gituuuu.

Ini kami order 11.11.14, barang dapat 12.11.14... Pantas kan.... macam ni la baru best... Hari ni bayar, esok terus dapat... Gembira sikit hati ni..

Hhahahaha... Korang tengok la apa opis mate hani order. Giler dorang ni.. Semalam order lagi. mati la macam ni. asyik nak beli jer...

Tapi kan memang murah, hahahhaha...


Ini untuk yang tak kisah yer pakai baju murah..hahahah, i olls memang ok jer baju apa2... kaki saya jer yang cannot. Maklumlah kaki special edition. Tak boleh layan kasut malaysia.. wakakkaka *lempangsedas*

Beli storage box pun murah. nanti hani tunjuk kat korang ea kalo berkesempatan apa yang hani buat hasil tangkapan kat nile ni...

ok. Cukup untuk nile today.

lain kali cerita lagi


Tuesday, November 11

kesan kasih ibu kepada saiz otak anak

credit to mamapeduli

sila baca betul-betul yer... Bukan apa mama peduli..tapi mama peduli..means mama yang ambil tahu...

Takut sangat bila baca statement macam ni... Hani selalu fikir, adakah hani dah buat yang terbaik?? Ada tak apa kekurangan yang hani buat masa besarkan anak?

Apa sepatutnya yang perlu hani buat?
Betul ker apa yang hani buat?
Boleh tak hani besarkan anak-anak macam seperti mak & ayah besarkan kami adik-beradik?

Yessss. hani selalu comparekan diri hani, cara hani dengan mak dan ayah... Sebab apa?? Sebab hani tabik dekat mak & ayah hani.. Dorang berjaya besarkan 5 orang anak dorang dengan jayanya... Jayanya dekat sini bukanlah dengan cara yang kaya raya. Bukan dengan cara tabur duit dekat anak.

Dengan jayanya adalah seperti mana yang orang lain dapat lihat sekarang. Perit jerih yang mak & ayah lalui masa besarkan kami. Hani selalu  fikir, hani mampu atau tidak untuk buat macam dorang,

Mak hani belajar sampai SPM - eh dulu panggil SPM gak ea??? .. tak ingat la... Lepas SPM kerja then umur 19 tahun kawennnn.

Ayah hani tak habis belajar - padahal abang-abang dia habis belajar . bapak den dulu nakal sikit, mat rempit kononnn. like ' ku jejak jalan yang berliku ' gituuu.. usha mak pakai motor besar & boot paras lutut..wakakkakakka. - eh, mat rempit dulu tak pakai kapcai tau -

TAPIIIII, dorang boleh besarkan kami 5 beradik yang lebih besar dari dorang now... ( OMGGGGG ) . hahahhaha.. kami memang lebih besar dari mak & ayah. Usah ditanya mengapa.. heheheh..

tu yang hani tabik tu.

Hani belajar takat diploma jer.
Angah diploma gak.
Uda kat UTM
Pak itam kat matrik
pak cu kat SMKA


agak-agaknya la kan, kat mana la anak den sekolah nanti??? hurmmmmmm. ye .. ye memang tak boleh push anak belajar ... tapi setiap orang ada target kan???

untuk tengok anak berjaya....

doakan hani berjaya okies.

maka mari lakukan yang terbaik untuk dapat yang terbaik!!!

chaiyokkkkkkk

p/s - masa kecik-kecik ayah selalu marah cakap hani malas belajar, tengok mak-mak cik semua kat U, along tak nak masuk U ker????

gituuuuuuuu

ok la.. tadaaaaaaa


Monday, November 10

Biggest Sale Of The Year

Hi korang!!!

Today hani tak nak bebel panjang-panjang ok. Since hari ni hani kurang sihat. Maka mari kita gembirakan hati yang luka dengan membeli dah membelah secara online.

Seperti yang korang tau ( ayat skema ) hani memang suka online shopping!!! Sebab jimat masa, tenaga dah macam-macam lagi penjimatan yang adoo.

Today 11.11.2014 ada sales online terbesar sedang berlangsung. Maka baik korang gigih shopping sat g time lunch okies. Tapau makanan siap-siap, duk opis then shopping.

NILE

LAZADA

Boleh click link as given untuk terus shopping. Korang kena alert dengan offer dorang since ada offer yang berbeza. So, tepuk dada tanya diri mana yang perlu.

Kira tak payah shopping lagi untuk 2 ker 3 bulan akan datang.

Ok U olls, happy shopping!!!!

bye....

p/s - hani,  hand glove pun beli on9...wakakakka - sila gelakkan saya -

Friday, November 7

Makan makan makan

Hi u olssssssss,


Hani busyyyy sangat sekarang. Rasa macam nak pengsan - over tak ? - Busy sebab reen dah benti.. Maka semua keje I buat balik... huwaaaaaa.

Rasa nak nangis ok. Dulu ( reen masuk masa hani nak cuti bersalin ) boleh la balik lambat. Tak da saper pun yang tunggu. Now kalau balik lambat dapat main dengan abeed sejam dua jer.. Lepas tu abeed dah low bat ( nak tdooooo ) . Mama pun low bat nak baringggg.

Kebetulan semalam cuti. Maka mari abeed teman mama merayap okies.. hheheheh. Tak pi mana pun. Pi umah mak yan jer.. kasi can abeed main dengan cousin mama... ahhahahah..cousin mama tau, bukan cousin abeed. cousin mama cenonet lagik..hahahhaha...

Since dorang pun selalu tanya mana abeed. kita kasi dorang main sama-sama okies. tapi mama tak boleh jauh2 dari abeed. Kena pastikan abeed nampak mama . Kalau abeed tak nampak mama dia yang senget ni, nanti dia nangisssss.

Haishhh anak bujang ni... ngekorrr jer keje dia.

Semalam wat keje sambilan sekali. Dress hani dah keluar dari rama-rama tau, tapi sill tudung & dress zahra kay ada lagi... so, do grab now. hani now plan tuk produce shawl sendiri pulak.

Doakan saya yer kawan-kawan.

Balance dress i olls ada jual murah-murah ni.. Yang ni hani bawak keluar khas untuk kawan-kawan with special price... kalau mau roger okies.

Semalam m yan masak special tuk i olls. Jangan marah u olls. I olls dah pesan kat m yan masak best-best untuk saya.... 

maka, breakfast with mee hoon sop daging.
 ( pic x dok )

then butter cake hangat dari oven baru.
sedap u olssssss
Lunch kat ZZ ( damansara aliff ) makan nasi ayam penyet (pic x dok)
Petang buat pavlova pulak.

sodappppp

blurpppppp

memang kenyang bangat perut i olls semalam.



best kan.....

Jangan jeles.

Senang rupanay buat pavlova. I olls jer yang malas..hakhakhak.

p/s - hani akan up pic dress yang ada.. tapi tunggu hani free ok...

tatatattata u olls.

eh... i olls kan giler butterfly shawl sekarang..hahahhaha..mati la asyik beli shawl..tapi tak beli baju..acaner tu??

kena beli baju ea kalo mcm ni...hahahhaha

Sunday, October 26

Cuti cuti dari opis

Last week kan..hani keje 2 hari jer..selasa n khamis... Yang lain hari tersadai bersama aktiviti lain Kat rumah. Actually tak ada la duduk saja Kat rumah.banyak yang hani plan.
Selasa-
Pi Bandar penawar dengan abeed untuk collect my new ic..hahhaaaa..jauh kan hani buat..saja cari pasal.
Kebetulan actually. Alang-alang pi penawar hani ajak bonda n pak uda lunch sekali ngan kami..Lepas lunch singgah kedai rm2 Kat penawar tu..best kot.one stop centre dah gaya dia..sayur, tanah, pasu, jajan, gayung ntah la macam2 ado..sampai naik gila den di buatnya....
Lepas pi penawar bawa abeed pi rama-rama studio.. Hani ada buat offer tau. Go grab our dress now..Yang floral tinggal ompat helai jo..meh la cepat.. Kang nyosal.
Rabu - duk rumah diam-diam.
Khamis - keje.
Jumaat - kemas umah, clear tudung lama... Kasi clear sikit laci.. Lapang sikit minda. Petang pi facial..lama kot tak manjakan muka..tetiba rasa bersalah kat diri sendiri..remember, do love your self more than you love other people... Ni sebab syg Sgt Kat abeed la ni, Mama dah x syg diri Mama..haishhhh. Ok. Hani hantar abeed Kat baby sitter on Friday.x kan nak wat facial bawa bdk abeed???.

Hahahah..

Ok..I'm typing from my bed ditemani anak bujang n anak dara...

Ohh lupa..Mama stress sampai dah hafal buku harimau abeed tu... Asyik suh Mama bacakan jer...adoiiii.

Wednesday, October 15

My self

Hi good day u olls, ok. Sebenarnya minggu yang sangat busy, sangat penat. Banyak kerja. Rasa macam nak nangis ok. Maka pagi ni manjakan diri. Tenangkan diri. Tengok gambar lama. Hahhahaha. Hari tu tetiba nak buat entry pasal braces. Hani pernah pakai braces tahun 2007-2009 kalau tak silap. And now hani rindu sangat kat besi tu. Hahhahahahahaaa.

Kalau tanya nak pakai lagi?? Yesss, i want. Sebab?? Best. hahhahahahaaa. 
masa pakai braces ni yang azab cuma masa memula jer. Lepas tu seronok jer. Tapi tak ada lah azab mana pong. Sikit jer. yang x best masa memula pakai adalah sebab susah nak makan sate. Tak kuat ok nak tarik sate dari lidi tu. Maka kena manjakan diri. Suh orang tarik sate tu. Nanti kita tinggal makan jer.

Lepas tu time makan sayur. Lagi-lagi kangkung...hahahah. sayur suka lekat kat besi. Leceh sikit nak bersihkan.
Hehheheheh
Manager hani dulu kata, dia amik hani kerja sebab hani pakai braces. Boleh??? Hahahha.. cutekan orang pakai braces ni...En apai pun kenal hani from this gigi besi. Hahhahhahahha.

Hani Jan 2008
Ni la muka saya masa pakai braces. Comeyyyy or comottt?
Hahhahahah.
En Apai suka panggil saya budak comot. heheheheh. Memang saya comot, sebab tu selalu panggil diri sendiri budak comey.This is what we called as mempositivekan diri.
Wakakakkaka. Or kita boleh cakap, over.
End 2009
Time ni hani dah pakai retainer. Setahun kot pakai retainer ni. 
Pakai ni boleh tanggal kan sendiri & pakai. Jadi tak susah pun. Sonang bangat.

Oct 2014
Ni last week. time nak dating pi tengok movie. hahhahaaaa. maklumlah jarang dapat dating. maka kita selfie jap dengan membiarkan 2 hero berkeliaran dalam rumah.
:P
Abeed kalao daddy dia siap-siap nak keluar, memang dia tak pandang mama dia dah. Budak macam tu mari kita abaikan sambil relax-relax silang kaki ngadap TV. Bukan selalu kan dapat merasa keseronokkan berganda macam ni.
Hahhahaha.

ok la... nak settlekan kerja berganda tu. Tata u olls.



Wednesday, October 8

Raya haji 2014

Hi Korang inilah kami semasa pagi raya haji!!!!
Kami beraya sekeluarga jer sebagai ganti pagi syawal yang lalu tak dapat bersama. Chewahhhh. Dah macam lirik lagu pulak yer. Hani & Angah akan beraya ikut turn tu saing tuk make sure masa turn teratakayahbonda tu kami dapat kumpul bersama-sama.

Maka sabtu lepas bonda masak bersama anak teruna. Jangan marah yer. Masak dengan anak teruna lagi sodap rasanya. Siap sempat buat dadih lagi untuk cucu-cucu. Heheheheh. Anak & Menantu perempuan balik tinggal makan jer. Sebab kami penat merayap kat zoo..hahahahha. Sila jangan tiru, takot mak mertua korang libas korang pakai kuali kang.
:P


Mestilah kak hani yang paling gojes. Sebab orang lain semua pakai warna coklat, kain batik ayu-ayu. Hani sorang jer yang giler pakai electric blue sebab kain batik ai olls dah ketat. Time raya tak boleh pakai ketat-ketat tau. Nanti rugi tak boleh makan banyak. 
Hahahahhahah.

ohhh. hani tak reti pakai kain batik yer. Kain batik saya mestilah dijahit dan di buat kipas belakang. Baru gojes. hahahhahha.

Over kan.

Ok . Ini jer food yang dimasak oleh bonda bersama anak teruna...Sodap dimakan dipagi raya sebelum mandi. Hhahahahah. 
Tangan gegar sebab pegang HP pakai left hand. Maklumlah jari penuh pegang makanan. Nak pegang budak abeed lagi. Time daddy makan, kaki abeed siap masuk dalam pinggang lagi. Hahahhahaha. Basuh kaki pakai glo. Best kan abeed. Lain kali buat lagi. Boleh mama berus pakai berus periuk pulak.
:P

Pagi raya lepas dorang lelaki balik solat. Terus buat sesi fotography. Tapi kak hani yang gojes tertinggal camera. hahahhaa.... Iza bawa tapi low bat. Boleh????

Sebelum kena marah dengan bonda & atok. Masing-maing gegas set amik gambar pakai HP sudeyyy. Janji bergambar kan.

hahhahaah.

Lepas bergambar kami pi beraya!!! Jangan jeles. Kami pi rumah pengasuh pak uda time kecik. Dengan rumah sedara bonda jer. Semua satu kawasan. Sebab syawal tak sempat beraya kita beraya time raya haji sudah. Janji beraya kan.

Ok uolls... Yang tak sempat puasa sebelum raya tu. Moh la kita puasa lepas raya pulak yer....

Mari......


Monday, October 6

Country garden, danga bay

Holla u olls, ok. sebenarnya entry ni dah update tapi hilang dari radar. Maka memang malas nak update balik. Last saturday angah datang dari putrajaya dengan hajat nak bawa budak-budak pi country garden & zoo.

Maka pukul 9 dorang dah sampai rumah nak amik kakak kesayangan dorang ni..auwwww. baik betul adik along ni. Hihhihk. Sebelum subuh ok dorang dah gerak. Konon takut jalan sesak orang balik beraya. Plus dorang banyak plan sebelum sampai teratak ayahbonda.
Angin sepoi-sepoi tanda nak hujan meyambut kedatangan kami. Sempat la jugak becak kan ketiak sebelum hujan turun memebasahi bumi JB. Rupanya turun renyai jer & sekejap jer. Kasi can mama abeed rest kejap.

Insyirah : Abeed tengok ni, jangan pegang tau....
Abeed: Mama, jom duduk kejap, penat laaaa.
Train.. choo- chooo-chooooo
Ok. bunyi train yang mama ajar abeed. Maaf la yer kalo lain dari bunyi train korang. Haahhaah. Nanti kita naik train pulak yer abeed.

Abeed : Insyirah, jom kita main kat luar pulak. penat pulak main bola ni.


ok.. sekian jalan di country garden. Korang jangan malas bawa anak pi sini tau. Mesti dorang suka. Playground dia besar, Hani suka. Eh.hahahah. sebab kami pi pagi. maka best giler main. Tak ada orang kacau. Hahaah... mama abeed pun main sekali. Korang pun pi la pagi-pagi. Sebab time pagi tak panas plus tak ramai orang plus budak pun tak meragam time pagi. Hikhikhik. Tapi make sure korang breakfast dulu yer...Kang kebulur susah pulak kang.

Lepas tu kami pi Zoo Johor. Kejap jer pun. Saja bawak syirah tengok tiger & bear. hahahah. Elephant tak ada pulak. eh kambing pun ada dalam zoo tau..heheheheh.


Tuesday, September 30

GerobokHani

OK.

Last entry for today.

Sebenarnya tengah busy , tengah stress. Sampai malas nak buat kerja. Lepas entry ni terus gigih hadap document yang bertimbun ni...

Arghhhhh.

ok. nak info. you olls boleh dapatkan dress ni kat RAMA-RAMA STUDIO JB
 terletak area belakang JAKEL tu .

Sebelah ZAWARA & HABIB mamak ( not jewels ok ).

:P

Now ada offer untuk uolls grab sebab buy 2 or more you will entitle to get 10% discount!!!

Best kan... memang best.

Dress fit to XL yer.. 

Suitable for BF mommies.


Ada tali untuk u olls adjust kat pinggang. nak nampak hot, nak nampak sopan its all kat tangan u olls jer.

hehhehe...
ada floral & plain desing. Harga berbeza ikut design.

Labuh???

Saper kenal hani mesti tau tinggi hani kan.... ala-ala tinggi hanis zalikha jugak..
wakakakakka
lempang sedas.

So, inilah dress floral & plain yang hani dok cakap tu...

mau order ??
boleh wassap me ok

Hani 013-7240059

booleh jugak pi butik terus.

Shawl from ZahraaKay itu pasti.

heheheh.