...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Monday, March 30

POTRET - AKIM

Terangi malam ku dengan syair indah mu
Merenung kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemas ku bila tiada mu
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya
Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi
Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi


p/s 

i giler lagu ni okeyyyyyyy.......

jauhhhhhh

terbawa
lukisan hatimu,

hahahhah.. mati la asyik nak nyanyi jer....


Budak terlebih rajin


Ok

Sila abaikan rumah yang bersepah tu. Maafkan saya. Saya hanya akan kemas rumah weekend ONLY. Hari lain, maaf yer. Closed day. hahahhaha.

Sampai rumah paling cepat pukul 9. Bila mana pulak nak kemas. Ingat nak baring jer time ni. Mandi pun berjemaah dengan abeed. Basuh baju, angkat baju. Settle esok punya barang. Zasssss. Baring depan TV. Main dengan abeed. 

Last week, sampai rumah jer abeed terus tido. Tak dan nak main. Kesian abeed. Dapat jumpa mama kejap jer. Banyak masa habis kat rumah baby sitter. Huhuuuu.. Ni mama tau, mama... Dulu abeed duduk dalam perut mama. Hari-hari ikut mama pi kerja. Hari-hari kita borak dalam kereta masa mama nak pergi & balik kerja. Kita nyanyi sama-sama. Kita nangis sama-sama ( i tak suka jem, kang i nagis ).

Now, abeed jarang jumpa mama. Sedeyyyyyyy.

Sebab tu kalau boleh weekend tu, nak buat kerja time abeed tidur jer. Time lain nak main jer dengan abeed. 

Maka terciptalah gambar di atas.

Kita kemas sama-sama jer la abeed. Abeed main, mama kemas. Sama-sama...... Yup, memang la lambat nak siap. Boleh jadi berejam. Time vacuum abeed pun suka. Dia yang sibuk memvacuum. Masak memang kena tunggu abeed tidur. Sebab dia suka sangat main kat dapur.

BAHAYA.

Tapi tu la kan.... kang kalau lambat masak, ayarkkkkk... tak kan nak suh daddy tunggu pulak kan. Daddy balik jer terus nak makan. Huhuuuu..

Maka still kena lincah-lincah. Sambil-sambil. Petang sabtu main lagi dengan abeed.
Huhuhuhuuhu.

Abeed dah besar now. Terasa sangat dia dah besar. Dah boleh cakap sikit-sikit.
CAR, BUS, MEOWWW - x nak dia sebut cat okeeee...
KAK, D, Maa.

Kalau mandi tu, abeed nak shishi? - pandai dia terus shishi.....
hehehehe....

Nak mandi pandai dah amik towel. Mesti amik towel mama sekali, walaupun mama dah mandi. Tak kasi amik terus marah......
HUHUUUU.

Paling rajin berus toilet. 

hahhahahah.

Kalau suruh amik TOTO, laju jer masuk bilik. Konon nak tarik. Boleh la dia tarik. Kuat jugak budak tecik ni.

Membesar dengan sihat yer Abeed Qushayyi.

Mama doakan abeed berjaya dunia & akhirat. Jadi anak yang soleh.


Monday, March 16

R I N DU

Sebenarnya hari ni adalah hari malas sedunia. Sebab??? Bos hani pun malas hari ni... Maka anak buah sila la bermalas-malasan. Now keje memang penat. Banyak...... Sampai malas nak buat. Betul. Tak tipu.

Tapi bila memikirkan dateline makin dekat. Time tu tetiba jer aura rajin datang. Nope. Bukan aura rajin. Aura terpaksa rajin tu datang. Tu yang boleh duduk dari pagi sampai tengah hari. Tetiba tengok kiri kanan orang dah keluar lunch.

Tu bukan rajin. Tu maksud dia kerja selambak. Gigih siapkan. Bila semua benda kena handle sendiri now. Terasa beban dia kat otak. Yup.. belum busy tahap orang lain. Tapi 8 jam yang tersadai depan PC tu sangat memenatkan. Tak semua orang rasa. Tak semua orang paham.

Tak pe la... Dah tak da mood boss. Nak buat macam mana. Janji kita close on time. Gitu je la prinsip now.

Pernah tak korang rasa down dengan life korang? Macam mana nak hiburkan hati yang lara ea?
Yer ye ye... saya tau... duduk berdoa atas sejadah. Boleh mengubat hati yang lara. But, in others way how?

ada orang suka menangis bagai nak rak... sampai tertido-tido nagis... but then bangun dengan semangat baru....

ada pulak, tetiba meroyan macam nak gila. Then baru dia akan normal, then baru dia boleh pikir dengan waras.


Ada yang akan share dengan orang yang dia percaya.

So, macam-macam la kan biasanya orang akan buat bila dorang rasa down. Yang penting kena kuatkan iman & tabahkan hati. Tak ada sesiapa kat dunia ni yang nak hancurkan hidup dorang sendiri. Masing-masing ada cita-cita, impian, harapan. Yang penting make sure kita gunakan cara yang betul. Insyaallah semua akan berjalan lancar. Aim your goal. Set your dreams.

Tapi percayalah, masalah, dugaan, Allah hanya akan beri pada orang yang Dia sayang. Pada orang yang Dia rasa mampu. Untuk apa? Untuk menguji kita. Untuk tengok sejauh mana sayang kita pada dia. Cabaran / ujian pulak dari pelbagai segi.

Tepuk dada, tanya iman.

Tak semua orang kuat. Tak semua orang mampu. Tu yang tetiba ada masuk hospital mental tu... Sebab apa? sebab tak tahan dengan dugaan. Rasa down sangat. Jadi stress. Hilang kawalan. Mental terus celaru. Dah tak boleh nak fikir lagi dah. Subhanallah. Jauhkan lah kita dari semua ni. Hani doakan semua kawan-kawan hani. family.. kuat dengan dugaan yang dihadapi.

Bangkit.
Bangun.
Hidup mesti diteruskan.
Hidup mesti bahagia.
Life must be happy.
Hidup mesti menggembirakan.

Kalau rasa tak happy.... cari jalan macam mana nak happy. Cuba untuk selesaikan masalah.

Hani ada kenal someone yang sangat kuat. bangkit. kagum sangat.....

Jatuh sekali, tak bermakna kita akan jatuh selamanya. Sakit itu pasti. Tapi kita tak boleh terus meratapi kesakitan itu. Kita mesti bangun. Jadikan sakit tadi sebagai satu pengajaran. Bangun dari sakit. Cari kebahagiaan.

Yang pasti. Kita tak akan pernah faham , hidup / masalah orang lain selagi kita berada dalam situasi tu. Makanya, jangan suka masuk campur atau memandai dalam hidup orang lain. Sentiasa positif.

Ok la... mood run run away. Please come tomorrow. Miss u already. :P

Monday, March 9

Wedding and Saturday activities

Hi,

Lama jer macam tak update blog ni. Huhuuu, last week closing time. Busy la konon. Nak baca blog kak D pun tak sempat :P

Ok ni cerita last friday. ada majlis aqiqah ex school mate en apai. 1st time kot join en apai jumpa kawan-kawan sekolah dia.

Majlis buat kat taman permainan, so luas.abeed suka jer nak main. Memula jer diam baikkk sangat. Lepas mama dia siap makan dia pun mula ronda kawasan.


Actually masa kami pi majlis tu mak ayah ada kat rumah..hohoohhoho...  Ajak mak ayah datang sebab dorang hari jumaat tu pi BP - Melawat FIL m yan meninggal dunia.
Alang-alang dorang tak ada apa2 aktiviti ajak jer lepak rumah. Pak uda bawa dorang pi makan malam tu. Dating la dengan anak bujang gituu.


Sabtu pagi, ajak dorang breakfast kat pasar dahlia jer. Huhuu. Lepas tu mak ayah terus balik.
Lepas breakfast lincah-lincah siap sebab nak pi wedding Pn Hazirah!!!! Tahniah awak, saya doakan jodoh awak berkekalan hingga ke syurga. Selamat menjadi isteri & anak yang baik. Amin.
Hazirah ex officemate merangkap ex house mate. gituuu.

Memula tak kawan, lama-lama teman lepak. Kak hani garang katanya masa tak kenal. Eh. dah kenal rupanya baikkkk sangat. waakakak. itu tipu.
:P

Abeed: ehhh. naper ada unta kat sini mama?
Kakak : abeed cepat tengok depan, mama nak amik gambar.

siap ada en camel ok.... ko hado??? terus demam abeed jumpa en camel kat kenduri kawen. ahahhahahha. tanjat agaknya unta pun pi dewan.

Tapi abeed dah baik demam dah sekarang. Demam tanjat sikit-sikit jer. Lama tak pi BP. Last pi rasanya masa hazirah tunang..hahhahaha... Agaknya lepas ni pi untuk aqiqah anak dia pulak.
Eh. ko penting ker dia nak jemput ko hani??
:P