...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Friday, May 15

Lunch treat

Kami!!!!

Ini gambar nak balik dah. Nampak tak mata memasing layu? Tu namanya dah kenyang...brupppppp. Alhamdulillah. Thank you mak minah. gonna missed u!!!

rindu nak lepak dengan mak minah, rindu nak makan masakan mak minah.
Mak minah dah berhenti ... Duk rumah jer la ea. Banyakkan berehat. tak payah keje lagi.
Okies...

Hani doakan mak minah sihat selalu... tak mo skip makan ubat tau..
luv u!!

tengok bakal panten - kiri sekali, practice jaga anak okkk.
good job.

Riang betul si budak hani tu dapat makan...
huhuhuuu.
Memang senak giler perut lepas makan. Banyak giler kot makan. ahhaahahha..
mati laaa.
gembira lelemak kat badan, bakal dapat kawan baru.
:P

Korang nampak tak mak minah masak apa?
ikan keli masak lemak - mantoppp
sotong goreng tepung - marvelossss
pecal - daebakkkk

tembikai merah menyala + air sirap sejuk.

lengkap.

terima kasih daun keladi,
lain kali kami datang lagi.

heheheheh.
Ni budak-budak comel yang bergumbira nak dapat makan.
hahahhaha.
sebelum pi kita amik pic dulu.

dorang kata.

yan - hani tak yah pakai hilll   high heel - 
hani - pe kes??? aku pakai flat ok today
korang yang rendang.

hahahahhahah.
ni pun cara-cara hani dah bengkok kan kakikuyangpanjang.

hahahahha.

ok u olls.

kami
#bwppe

2011-2015


Tuesday, May 12

150JUTA


150JUTA

Dah dengar? Hahhaha, tiap kali dengar lagu nu mesti ingat en apai, text dia terus.

U, I dengar lagu u, lagu u usha I.. :P

dengar lagu ni since 2010 kot... 1st time dengar sebab en apai suh dengar.

then terus i mark lagu ni as LAGU U...

enjoy reading korang.

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


credit en goggle

Sunday, May 10

Happy mother's day


Selamat Hari Ibu tuk ibu-ibu semua!!!!

Mesti semua busy kan semalam. Nama jer hari IBU tapi still, ibu-ibu tak dapat off day.
KihKih

Nak buat lagu mana, gitu jer la jawabnya.

Korang buat aktiviti apa semalam? Hani kena bawak abeed gi main jew. Patut abeed bawa mama g Spa.
Tapi tbalik pulak.
Apa la abeed ni.
Sukati dia jew.

Last friday hani just belikan MIL cake' selamat hari ibu' kebetulan ada kenduri kat rumah cousin en apai. So, ada ramai ibu-ibu kan. Kita makan cake reramai yerk. 

Sepatutnya sabtu tu bonda & atok datang rumah. Tapi last minute plan cancel sebab ada kenduri sebelah rumah tu. Tak dapat la mama nak manja-manja dengan bonda suh urut-urut kaki.
Heheheh.

Atok bijak tau, tiap kali mother's day bawa bonda datang jumpa hania. Pandai sangat atok ni. Hahahah, nasib hani bijak. Boleh baca semua plan atok ..

Hahahaha.

Atok tak payah susah-susah nak celebrate bonda, suh hani jer celebrate . Ngelat tu atok.
:P

p/s

Terim kasih mak !!!
Terima kasih sebab sudi jaga along selamat 30 tahun ni. Hanya Allah mampu membalasnya. Along doakan mak panjang umur, sihat selalu & menjadi isteri serta ibu yang membawa kami terus ke syurga.

Amin.

Untuk MIL. terima kasih mak!! untuk segalanya. Terima hani seadanya ( maklumlah menantu tak pandai masak )

gluppp
glupppp

Untuk Mak Idah, Mak Lin & Mak Yan.

Selamat Hari Ibu Jua. Thanks coz always be a good mother, I will try to be good as u olls. To be tough as u olls. 

Doakan hani mampu jadi sehebat mereka-mereka ini.

ok. nak bekpes.
lapar weiiiii

Wednesday, May 6

MAY

bila di kaji-kaji... macam2 jugak pernah jadi kat bulan May ni tau...

Bulan may banyak tahun la..... Rasanya dulu en apai ajak tunang pun bulan may'10 kot ( gedik ok ) date? memang tak ingat la kan. i is pelupa... wakakkakakaaaa. tapi date tunang jadi 28.11.10 - sebab bonda busy bebenor nak carik date pun payah... tapi date cantik..... BOD en apai & me... No No No.. tak plan pun... tetiba notice date ni BOD pun time nak order doorgift.. hahahhaha....

Masuk keje kat opis seri alam ni pun bulan May gak 2011... now may 2015... kalau baby tu... dah g sekolah dah.. yer la dah 5 tahun. Now bila pikir terpaksa meninggalkan opis ni. sedey kot... huhuuuuu... dari zaman muda remaja, sampai jadi mak orang dah. Ni la kali pertama hani kerja paling lama dalam satu company tu..ngeeeeeee.

Jadi terasa sangat. So, now nak spend time baik-baik dengan mereka-mereka ini. group primadona masih aktif insyaAllah ( nama group whatsapps ktrg ) Nama mesti glemer, kalah che ta & erra. Hahhahaha.


Jadinya, hujung bulan ni akan jadi bulan terkahir hani kat opis ni... sob sob sob. Tak pa la. mungkin ini yang terbaik. Sebab bila lama sangat kat satu-satu company tu kita akan jadi terlalu selesa. Sebab dah selesa maka kurang mencabar. hamboiiii, nak mencabar pulak yerk.

Begini... hani dah buat AP 5 tahun. before this buat semi AP gak 3 tahun. so total dalam 8 tahun kot. makanya semua dah dalam kepala. Jadinya kepala jadi malas nak pikir yang berat-berat dah. Now pulak keje overload. So, memang la seperti orang ngantuk disogok kan bantal. Carik jer tempat lain.

Jap lagi dapat opis yang dekat jer dengan rumah. Memang tu kot yang hani impi-impikan sebelum ni. Konon dulu nak beli rumah area seri alam. jap lagi tekan-tekan calculator macam tak mampu pulak. kat seri alam ni rumah paling murah rm400K kot..gluppppp.tekan lagi calculator laju-laju. ahhahahaha

So lepas ni boleh plan la untuk area selesa jaya tu jerk. bukit indah ada. gelang patah ada ( balik tempat lama ) hahahhaha. Dulu duduk taman nusantara lama gak kot. 2 -3 tahun jugak..

Plan jerk. jadinya tak tau lagik. bermimpi itu percuma. maka silalah bermimpi & berdoa semoga mimpi itu jadi kenyataan . Siapalah kita yang nak menafikan takdir Allah kan. Jadi mimpi, impian, usaha, doa. Penting tu.

Hani memang kuat berangan-angan ni.... kihkihkih. percuma kot.

wish me luck ok kat tempat baru!!! cuak gituu, semalam dah sign offer letter & buat medical check up. Hopefully semuanya under control. Nebes.

Nak cerita gak. since hani berjinak-jinak dalam bidang pekerjaan ni kan. hani tak pernah fail dalam interview. Tiap kali interview mesti dapat. Kira hari tu lepas g interview memang nebes. satu cuak takot tak dapat - so, record tak pernah fail tu akan pecah. nanti sdey. hahahhahahaaa.

no no no. tak kata pun i hebat. i poyo jerk. :P

So, kita tengok la ea. berapa lama nanti i akan kerja kat tempat baru tu... hhuuhuhhu. semoga jodohnya berpanjangan & berbahagia hendaknya.

ok. ada orang call ajak asar sama-sama. sweet tak? sweet sangattt. susah nak carik orang-orang macam ni.

bye....