seminar kenali anak kita bersama petronas,,,,,lotus desaru,,,,,,,tanggungjawab kita membimbing anak2 bahagia barjaya dunia akhirat,,,,,
Ayat kat atas tu hani copy ayat mak hani..... my lovely mum ..... Tetiba sebak pulak bila baca ayat mak. ' Tanggungjawab ibu bapa membimbing anak2 bahagia, berjaya , dunia & akhirat.
Tapi, u olls bila diri sendiri jadi seorang ibu, terasa sangat takut. Mampukah? Berjayakah ? untuk ajar, didik & bimbing anak2 sendiri untuk berjaya dunia & akhirat.
Semoga hani & suami diberi kekuatan untuk melakukan amanah Allah ini.
Tapi, kekadang ada jugak terdetik kat hati ni. Tak pastilah untuk orang lain kan. Tapi hani ada perasan parents sekarang ni. Suka buat benda tak elok depan anak2. Tunjuk contoh yang tak baik depan anak2. Maki2 depan anak2. Sungguh itu adalah didikkan yang tidak bagus untuk anak2 anda.
Yer, hani sedar siapa diri ni. Tak layak untuk berkata2 atau ulas pasal anak2. Tapi hani diberi akal & fikiran untuk fikir baik & buruk, kesan & akibat dari perbuatan parents itu kepada anak2 dia.
Ajar anak cakap bodoh.. Bukan ajar, tapi cakap bodoh depan anak2.. Bukan maki anak2. Tapi dok maki orang lain. Jadik anak2 akan fikir , cakap bodoh tu tak salah pun. Sebab parents dorang boleh sebut.
Entahlah... semoga kita semua dapat memberi contoh yang terbaik untuk anak2. Dapat jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak2. Kerana anak adalah amanah Alllah yang terunggul untuk kita. Berjaya kita, berjayalah anak kita.
Berjaya menjadi seorang manusia . Itu penting. Perkataan manusia tu sangat subjektif. Manusia yang berlasndakan Al-Quran. Bukan duniawi semata. Akhirat jua.
Semakin kita dewasa, semakin banyak yang kita boleh fikir & kaji sendiri. Buatlah yang terbaik untuk anak2 kita. Sebab bila kita tak ada nanti. Dialah penyambung legasi kita. Dialah yang akan mendoakan kita. Sedekahkan bacaan Al-Quran untuk kita. Jangan nanti, kita terpaksa tanggung semua dosa dia. Sebab kita tersalah bagi didikan pada anak-anak kita.
Tak salah ikut peredaran zaman, yang salah bila agama semakin di lupakan.
Salam pagi jumaat.
No comments:
Post a Comment
drop your comment here my dear :)