...dreams can comes true if you take time to think what u really want in ur life...

Monday, May 7

Durian Runtuh

cepat, pantas & efisen( kalo salah eja sorry, dah lama x p sek)

Hari ni PM umumkan durian runtuh untuk warga felda..

Alhamdulillah, setiap satu fmly akan dapat 15k - suami RM 5k, Isteri RM 5k & anak-anak RM 5k-

Nama pun bonus and durian runtuh, kira ok dan b'sykur sangat la kan.. Sape nak kasik macam tu..

Saham pun ada jugak, tapi untuk pecahan saham tu aku tak pasti lagi macam mana pengagihannya.Apa-apa pun aku harap sangat warga felda akan terus terbela selepas ini.

Aku anak sulong, jadi aku yang ingat macam mana perit jerih ayah & mak meneruskan hidup masa mula-mula kami masuk felda dulu. Akan tak akan lupa jasa-jasa mereka yang banyak membantu dari segi mental & fizikal.

Harapan aku kami sekeluarga tidak akan melalui fasa kesusahan itu lagi. Biarlah ia menjadi kenangan untuk aku, mak & ayah aku.. Adik-adik aku tak merasa fasa ini.. Dorang lahir2 jer dah duduk rumah batu.Angah pulak tak ingat apa2 untuk zaman itu sebab dia kecil lagi.

Aku pun tak ingat semua, tapi teratak kecil kami dulu akan tetap bersemadi dalam ingatanku..

Biarlah sebesar mana rumah fmlyku sekarang, rumah lama kami akan tetap menjadi memori terindah untuk aku. Peringatan untuk aku..Supaya aku akan terus gigih & berusaha seperti mana usaha ayah aku.

Membesar kan kami dengan sempurna agar kami tak merasa kekurangan..

Alhamdulillah adik2 aku boleh belajar dengan sempurna .. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi keluarga kami.

Kenapa entry ni macam emosi?? hohohohhooo

No comments:

Post a Comment

drop your comment here my dear :)